BAB 20

46.2K 1.9K 110
                                    

Pagi itu Ain ke pejabat seperti biasa. Dia ingat mungkin hari ini dia bakal dipecat. Namun tidak.

Hari ini pun Aiman menghiraukannya seolah-olah Ain tidak wujud. Ain rasa serba salah untuk meminta maaf kepada Aiman jika lelaki itu sendiri tidak mahu berjumpa dengannya, bercakap pun tak.

Ain keliru dengan sikap Aiman. Dia masih marah ke? Tapi kalau marah kenapa dia diam je. Biasanya dia sound aku terus. Ataupun, dia dah fed up sangat dengan aku sampai dia tak nak layan aku dah.

Ain memegang kepalanya yang migrain setiap kali memikirkan tentang lelaki itu.

*  *  *

Sekarang, sudah hampir seminggu dan Aiman masih tidak bercakap dengan Ain. Jika berselisih, dia hanya menjeling Ain sekilas lalu berlalu pergi seolah-olah Ain halimunan di matanya.

Dan...setiap kali Aiman berbuat begitu hati Ain terasa pedih dan sakit. Ain sendiri keliru kenapa perlu dia mempunyai perasaan seperti itu.

Namun, walaupun dilanda masalah, Ain tetap memastikan kerjanya sempurna dan dia selalu bergaul mesra dengan rakan sekerjanya. Mereka semua menyenangi sikap Ain yang baik dan ceria.

Ain sudah tidak mampu memikirkan cara untuk meminta maaf dengan Aiman. Jika Aiman sudah tidak mahu bercakap dengannya, apa pilihan yang Ain ada? Terima je la.

Walaupun hatinya sakit.

*  *  *

Sebulan.

Sudah sebulan Ain bekerja di Jaya Holdings Sdn Bhd. Gadis itu sudah mula selesa bekerja di sana. Semua kerjanya sempurna dan selalu dipuji para senior dan pihak atasan.

Ain sememangnya gadis yang berkebolehan.

Suatu hari, sedang Ain berjalan menuju ke mesin photostat, dia secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki. Lelaki itu agak berumur, mungkin dalam lingkungan 50-an. Seorang lelaki yang lebih muda pula berdiri di belakangnya. Berkot dan berkaca mata hitam. Macam bodyguard.

Kertas di tangan Ain habis jatuh. Ain sudah mula panik. Lelaki juga kelihatan risau.

"Cik tak apa2?" soal lelaki itu, lembut.

"Err, sa...saya ok. Maaf, encik. Saya terlanggar encik. Saya tak sengaja. Maafkan saya" Ain menunduk berulang kali.

Lelaki itu ketawa kecil melihat gelagat Ain.

"Takpe cik, jangan risau. Saya okay. Err, cik ni pekerja baru ke? Saya tak pernah nampak cik sebelum ni" soal lelaki tua itu.

Ain angguk.

"Ya, baru sebulan saya kerja kat sini" jawab Ain, gugup.

Lelaki itu pula mengangguk sambil tersenyum. Ain juga senyum sedikit. Matanya memandang wajah lelaki itu. Eh, macam kenal. Ain mengecilkan matanya, cuba meneliti. Kemudian, matanya terbuntang. Mulut Ain hampir terlopong.

"Da...Dato' Syukri?!"

Secara spontan Ain menyebut nama lelaki itu. Ya, Dato' Syukri. Ain mengenali Dato' Syukri kerana gambarnya banyak digantung di syarikat itu. Maklumlah, syarikat dia kan.

Dato' Syukri kaku sebentar. Kemudian dia ketawa geli hati mendengar Ain  menyebut namanya seperti sangat terkejut.

"Da...Dato' maa...maafkan saya...saya tak..." Ain mula tergagap apabila dia panik.

Dato' Syukri mengangkat tangan kanannya sedikit.

"Takpe, jangan panik. Rileks. Saya tak marah. Lain kali hati2 ya" Senyuman lelaki itu menenangkan hati Ain sedikit."Oh ya apa nama awak, cik?" soal Dato' Syukri.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now