BAB 4

49.1K 2.1K 59
                                    

Ain berjalan masuk ke dalam bilik kuliahnya dengan buku2 ilmiah yang penuh di tangan. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam, Laura di satu sudut bilik itu melambai-lambai memanggilnya.

Ain tersenyum lalu dia berjalan ke arah Laura dan duduk di sebelah gadis cantik itu.

"Ain~" Laura bersalaman dengan Ain dan melagakan pipi dengan gadis itu. Geli hati Ain dengan sikap Laura yang elegen tetapi ramah itu. Mesra orangnya.

"Awalnya kau Laura," Ain memulakan bicara. Laura hanya tersengih mendengar pujian Ain.

"Biasa la. Kalau aku lambat aku tak dapat tengok 'Hero Enter'," balas Laura sambil tertawa kecil.

Ain mengerutkan kening.
"Hero Enter?"

"Haaa.. Tu haaa dah nak start dah," Laura cepat2 memusingkan Ain ke arah pintu masuk bilik kuliah itu.

Kelihatan Aiman dan Zafwan sedang memasuki bilik itu (seperti manusia biasa). Namun, apa yang berbezanya, semua mata gadis2 di dalam bilik itu tertumpu pada mereka.

Ada yang menjerit kecil, ada yang tergedik-gedik melompat, ada juga yang mengurat!

Aiman hanya menghiraukan gadis2 itu lalu duduk di kerusinya. Zafwan pula hanya tersenyum manis sambil mengangkat tangan sedikit kepada gadis2 gedik itu.

Suasana itu membuatkan Ain tergamam seketika. Popular sungguh mereka itu. Mungkin kerana mereka kacak,bijak serta anak orang kaya.

"Cool kan dorang...popular sungguh," Laura berkata sambil memerhatikan jejaka2 kacak itu sedang berbual.

Ain hanya ketawa sambil menggeleng melihat gelagat Laura. Walaupun Laura minat lelaki itu, tetapi Laura tidaklah segedik gadis2 lain yang terjerit-jerit di dalam bilik itu. Dia masih punya maruah.

"Eh dah la...tak baik skodeng anak teruna orang," Ain menyiku tangan Laura. Laura pula hanya mencebik manja kepada Ain.

Suasana bising mula senyap apabila Madam Alia masuk dan memulakan sesi pembelajarannya.

* * *

"Baiklah semua, untuk assignment pertama awak tahun ni, saya nak awak semua buat secara berpasangan,"Madam Alia berkata kepada semua anak muridnya.

Mereka semua sudah mengeluh kerana perlu menyiapkan assignment itu.

Ain pula kelihatan teruja dan bersemangat ingin menyiapkan assignment pertamanya.

"Tetapi, kali ni, awak semua tak boleh pilih pasangan sendiri. Biar ia ditentukan melalui cara lain. Saya akan bagi awak satu bekas...dalam tu ada banyak kertas2 kecil. Dalam kertas2 tu akan ada 2 kertas dengan nombor yang sama. Orang yang dapat nombor sama dengan orang satu lagi, adalah pasangan." Madam Alia meneruskan penerangannya.

Semakin kuat keluhan mereka di dalam bilik itu. Dah la ada assignment, pasangan pulak ditentukan. Mahunya dapat musuh sendiri, tak naya ke namanya?

Namun, arahan tetap arahan. Jika ingkar, habislah markah mereka nanti. Bekas yang mengandungi kertas2 kecil itu diedarkan dan semua mengambil satu kertas.

Ain memegang kertasnya dengan harapan orang yang akan bekerja bersamanya itu ialah seorang yang rajin dan ramah.

Mereka semua mula membuka kertas mereka dan mula mencari pasangan mereka. Ada yang senyum kerana mendapat orang yang mereka inginkan, ada juga orang yang mengeluh kerana mendapat manusia yang mereka tidak suka.

Laura membuka kertasnya. Nombor yang diperoleh ialah 20.

"Sapa lagi nombor 20 ek?" soal Laura. Malas sungguh dia mahu mencari pasangannya.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now