BAB 28

41K 1.6K 5
                                    

Ain melangkah keluar dari teksi. Bagasinya di bonet kereta dikeluarkan dibantu oleh pak cik teksi tersebut.

"Terima kasih ya pak cik" ucap Ain sambil tersenyum manis.

"Sama2"

Pak cik tersebut masuk ke dalam teksinya lalu berlalu pergi dari situ. Ain masih berdiri di situ bersama bagasinya. Matanya menatap lama rumah kesayangannya yang sudah lama tidak dikunjungi.

"Ain!!"

Ain terkejut apabila seseorang memanggilnya. Dia sangat kenal suara itu. Ain menoleh lalu wajah abangnya Aizat yang sedang terkejut beruk menyapa pandangan. Seperti kilat, Aizat yang baru balik dari kebun ayahnya berlari ke arah Ain dengan kepantasan yang maksimum.

"Ya, Allah budak ni! Dah la lama tak balik! Pastu bila balik tak call awal2! Buat suspen je" Aizat mengosok kepala Ain, mencubit pipi lalu adik kesayangannya itu dipeluk erat dengan senyuman lebar.

Ain ketawa geli hati dengan gelagat abangnya itu. Bukannya lama sangat dia tak balik kampung. Tiga bulan lepas pun dia balik juga.

"Ish, lebih la abang Aizat ni. Mana ada lama pun. Abang sihat?"

Ain dan Aizat berjalan beriringan menuju ke arah rumah mereka.

"Alhamdulillah sihat. Mak abah pun sihat"

"Oh, ya. Mana mak abah?"

"Abah macam biasa la, kat surau. Mak pulak ada kat dalam"

Belum sempat Ain ingin melangkah masuk ke dalam rumah, Puan Milah sudah meluru ke arahnya dari dalam.

"Ainnn, anak mak! Kenapa balik tak cakap awal2?" Puan Milah memeluk erat anak perempuannya itu.

"Alaa, saja nak buat surprise. Nampaknya menjadi surprise ni" balas Ain sambil ketawa kecil.

Aizat mencubit pipi Ain lagi. Mengaduh Ain dibuatnya.

*  *  *

Ain, Aizat dan Puan Milah sedang duduk sambil berbual santai di ruang tamu. Tiba2, kedengaran suara Encik Razak memberi salam.

"Assalamualaikum, haa, Ain. Baru balik?" selamba saja Encik Razak menegur lalu duduk di sebelah Puan Milah berhadapan dengan Ain dan Aizat.

"Waalaikumussalam. Alaa, abah tak surprised ke. Semua orang surprised taww" rajuk Ain sambil memuncungkan bibir sedikit. Mereka semua ketawa melihat gelagat Ain.

"Nak surprised apanya. Dari surau abah boleh bau Ain dah balik tau" balas Encik Razak sambil ketawa.

Ain bangun dan tangan abahnya dicium. Lalu, kedua pipi tua Encik Razak pula dikucup kasih.

"Haa, ada benda penting ke balik ni. Takde la, biasanya Ain sibuk sangat sampai susah nak balik kalau mak tak suruh kan" kata Puan Milah, memerli manja anaknya.

Ain tersentak. Tiba2 dia teringat kembali tujuannya pulang ke kampung. Semua kebahagiaan yang dirasai kerana dapat berjumpa keluarga tersayang hilang begitu saja apabila dia teringat kembali perkara itu.

Sebenarnya, Dato Syukri yang menyuruhnya pulang ke kampung. Dato Syukri mahu Ain bersama keluarganya kerana...dia bakal menghantar rombongan meminang kepada Ain. Katanya, lebih baik jika keluarga Ain tidak tahu akan kejadian yang berlaku di hotel kelmarin. Biarlah pinangan itu berjalan lancar.

Ain terasa mahu menangis. Matanya hampir berkaca. Namun, dia menahan tangisannya kerana tidak mahu keluarganya risau.

"Ain? Kenapa nak? Ada apa2 berlaku ke?" soal Encik Razak apabila Ain tiba2 mengelamun. Wajahnya kelihatan bimbang.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now