BAB 41

44.9K 1.6K 78
                                    

Ain bangun dari katil lalu dia menuju ke bilik air untuk mandi. Selepas solat subuh, Ain turun ke dapur seperti biasa untuk menyediakan sarapan.

Hari ini adalah hari Ahad, Ain dan Aiman cuti. Namun, sejak pagi tadi Ain tidak nampak kelibat suaminya. Biasanya, lepas balik dari solat subuh berjemaah di surau, Aiman akan bersarapan bersamanya.

Ke mana pulak Aiman pergi? Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan.

Ain menghiraukan saja perkara itu. Dia meneruskan kerjanya menyediakan sarapan.

* * *

Aiman memasuki rumahnya lalu langkah diatur ke dapur. Wajahnya yang berpeluh dilap dengan tuala. Sampai saja di dapur Ain menoleh memandangnya.

Aiman memakai sweetpants dengan sweater yang menampakkan bentuk tangannya yang berotot. Ain merenung lengan sasa Aiman seketika sebelum dia tersedar betapa gatal matanya.

Matanya dialih, tepat memandang mata hazel lelaki itu tanpa berkelip.

"Abang" tegur Ain."Pergi mana?" soalnya.

"Jogging" balas Aiman, ringkas.

"Kat mana?"

"Tasik depan tu"

"Dengan sapa?"

"Aku sorang"

"Seja..."

Ain mahu bertanya lagi namun dia membatalkan niatnya apabila melihat Aiman mengeluh halus sambil memicit dahi.

"Sudah la tu, Airana. Kenapa kau banyak soal ni?" soal Aiman dengan dahi berkerut.

"Sorry. Tapi saya risau tau sejak pagi tadi abang menghilang tak bagitau apa2 pun" tenang saja Ain memberitahu Aiman."Is it a sin to worry about my own husband?"

Bulat mata Aiman memandang Ain. Dia tak sangka Ain berani menegurnya sebegitu. Demam lagi ke budak ni?

Aiman mengeluh."Ok, fine. Sorry"

Ain tersenyum mendengar Aiman meminta maaf kepadanya. Rupa2nya ego lelaki itu boleh ditundukkan.

"Your sorry is accepted" balas Ain riang lalu dia meneruskan kerjanya menyediakan sarapan."The breakfast will be serve in just a few minutes. Have a sit"

Aiman menggeleng perlahan. Ditenung isterinya dari belakang. Setahunya, Ain yang dikenalinya seorang yang clumsy dan mudah panik, lagi2 bila berhadapan dengan Aiman.

Namun, sejak baru2 ni Ain banyak berubah. Bukannya Aiman tidak suka, tapi ianya berlaku secara mengejut. Aiman pula yang keliru dengan Ain. Isterinya itu ada masalah kecelaruan identiti ke?

"Kau terhantuk kat mana2 lagi ke?" soal Aiman, spontan keluar dari mulutnya. Dahinya berkerut.

Meletus tawa Ain. Mamat ni dari hari tu ingat aku terhantuk.

"Kelakar la Abang Aiman ni"

* * *

Aiman sedang duduk di bilik kerjanya di tingkat 2 rumah agam itu. Bilik itu penuh dengan rak buku. Terdapat juga set sofa, meja dan kerusi kulit.

Dia sedang sibuk menyemak dokumen yang berselerak di atas meja. Itulah Amirul Aiman, tidak cukup bekerja di pejabat, dibawanya kerja ke rumah. Workaholic.

Kepalanya serabut dengan projek pembangunan sebuah mall di Shah Alam.

Sedang dia leka membuat kerja, tiba2, kedengaran suatu ketukan di pintu. Tanpa mengalihkan pandangan, dia melaungkan perkataan 'masuk'. Aiman yakin itu adalah Ain.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now