BAB 7

45.8K 2K 258
                                    

Ain berjalan selaju mungkin untuk menyaingi langkah Rai di sebelahnya. Apabila tiba di bilik mereka, Rai duduk di atas katilnya sambil berpeluk tubuh.

Ain semakin gelisah dengan situasi itu. Dia pening bagaimana mahu memujuk Rai yang mukanya sudah merah menahan marah.

Perlahan-lahan, Ain duduk di sebelah Rai. Bahu rakannya itu diusap lembut.

"Rai, kau ok?" soal Ain, lembut.

Rai diam seribu bahasa buat seketika.

"Aku tak faham kenapa dia selalu buat muka sinis dengan aku. Aku tak faham kenapa dia selalu nak cari masalah dengan aku. Apa salah aku?!"
Rai mula bersuara sambil meraup wajahnya.

Ain memegang bahu Rai. Dia mengagak Rai bercakap tentang sikap Ray di kafeteria tadi

"Rai, cuba cerita, apa sebenarnya yang terjadi ni? Kalau kau nak kongsikan masalah kau dengan aku, aku sudi dengar," lembut Ain memujuk.

Rai menarik nafas dalam. Dia cuba untuk menenangkan diri. Beberapa minit kemudian, dia mula stabil dan dapat mengawal kemarahannya.

"Ray tu tunang aku,"

Tersembur air yang diminum Ain mendengar pengakuan Rai itu. Terlopong luas mulutnya memandang Rai. Mukanya jelas menunjukkan bertapa terkejut beruknya dia.

Rai ketawa kecil melihat reaksi melampau Ain. Dia menghulurkan tisu kepada Ain.

"A...asal kau tak bagitau aku?!" Ain menyoal Rai sambil menggoncang bahu sahabatnya itu.

Rai pandang Ain. Ain pandang Rai.

"Alaa, yela2...aku tak tanya pun kan, sebab tu kau tak bagitau," Ain mencebik.

Rai ketawa kecil.

"Ish kau ni. Merajuk pulak. Aku nak cerita ni."

"ok2, cerita," Ain excited.

"Disebabkan keluarga kitorang partner dalam perniagaan, family kitorang sangat rapat. Sampaikan parents kitorang setuju nak tunangkan aku dengan Ray. Biasalah, takkan kau tak pernah dengar tunang paksa ni.

Macam tu la nasib aku. Aku dipaksa tunang dengan Ray masa umur kitorang 18 tahun. Katanya, nak eratkan hubungan keluarga. Yela tu. Aku memang tak boleh bantah cakap mak bapak aku. Kalau tak, dorang akan kongkong hidup aku. Itu tak boleh, ini tak boleh.

Jadi, aku tak ada pilihan selain setuju dengan cadangan dorang. Aku rasa, Ray pun terpaksa juga. Mak bapak dia ugut nak rampas kad kredit dia kalau dia tak tunang dgn aku.

Tapi, masalahnya sekarang...aku dan Ray tak pernah sehaluan. Kalau aku kata A, dia kata B. Kalau aku kata gajah warna kelabu, sebolehnya dia kata gajah warna pink. Haa, camtu arr.

Setiap hari sejak kitorang bertunang, Ray selalu cuba nak sakitkan hati aku. Dia bengang sebab dipaksa tunang dengan aku. Sebab tu dia layan aku macam kain buruk. Apa,dia ingat aku suka sangat tunang dengan monyet macam dia tu?

Sampai la sekarang ni, aku cuba fikirkan plan macam mana nak putus tunang dengan si gila Ray tu. Boleh mampus aku kalau setiap hari menghadap ejekan dia. Dah la sama course lak tu. Tapi pertunangan kitorang ni cuma family kitorang je tau. Mama aku cakap, bila tiba masa dia akan umumkan kat orang ramai. Masa tu mati la aku. Sekian, terima kasih. THE END." Rai menamatkan ceritanya yang panjang sampai ke London itu.

Ain tidak berkelip mendengar cerita Rai. Dia siap makan bertih jagung lagi. Mana dapatnya tak tahu la. Ingat tengok wayang ke apa?

"Owh, camtu rupanya. Baru aku faham...............popcorn ni sedap la," Ain memuji popcorn di tangan.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now