BAB 19

40.8K 1.7K 53
                                    

Aiman duduk atas kerusi empuk di dalam pejabatnya. Dia memusingkan kerusi itu menghadap ke belakang, ke arah cermin yang meliputi bahagian belakang pejabatnya. Bandar KL yang dipenuhi bangunan2 tinggi kelihatan pesat membangun dari situ.

Aiman senyum sedikit, sekadar menaikkan hujung bibirnya.

Dia dapat tahu perjumpaan Tan Sri Ng dengan Ain dan Zulaikha pagi itu berjalan lancar. Zulaikha memberi tahu Aiman dia sendiri terkejut dengan kebolehan Ain semasa perjumpaan itu.

Ain mampu meyakinkan Tan Sri Ng untuk bekerjasama dengan syarikat Jaya Holdings untuk projek Town Mall di Gombak. Ternyata Ain memang berbakat dalam bidang kerjanya.

Aiman berpuas hati dengan kerja Ain setakat ini. Yes, she still clumsy. Tapi dia sangat profesional dalam kerjayanya.

Aiman senyum lagi.

"Weh asal kau senyum sorang2?"

Aiman menoleh ke tepi, muka Zafwan yang keliru menyapa pandangan. Wajahnya kembali dingin.

"Bila kau masuk? Aku tak perasan pun" Aiman memusingkan kerusinya ke hadapan semula.

"Dah kau berangan dari tadi mana nak perasan aku masuk" balas Zafwan selamba. Dia melabuhkan punggung dia atas sofa.

"Hmm, kau buat apa kat sini?" soal Aiman, dingin. Matanya melekat pada skrin laptop.

"Weh, terluka hati aku kau tanya macam tu. Macam tak suka je aku datang" Zafwan buat muka sedih.

"Memang tak suka pun"

Zafwan membaling kusyen sofa ke arah Aiman namun Aiman sempat menangkapnya. Kenapa la aku berkawan dengan manusia ice sorang ni.

"Aku datang nak ajak kau lunch tau. Hargailah keprihatinan kawan kau ni"

Aiman hanya menggeleng.

"Tak nak"

Zafwan geram. Nak aja aku tumbuk budak ni. Dia bangun dari sofa lalu belakang kepala Aiman dihempuk.

Aiman mengaduh sakit sambil mengusap belakang kepalanya. Dia mengeluh. Nampaknya terpaksalah dia mengikut Zafwan pergi makan tengah hari bersama.

Dia memang malas mahu keluar dari pejabat.

*  *  *

Ain menikmati nasi ayam di hadapannya. Sekarang dia sedang makan tengah hari bersama Wani dan Didi di sebuah restoran. Namun, nampak seperti hanya dia yang makan tengah hari.

Didi dan Wani sedang sibuk berdebat sejak tadi pasal siapa lebih hebat, Vin Diesel atau Dwayne Johnson. Ain menggulingkan biji mata. Tak habis2 budak 2 orang ni. Pasal pelakon luar negara pun dorang boleh gaduh.

"Vin Diesel lagi hebat. Semua filem dia best" Wani kata.

"Eleh, Dwayne Johnson lagi banyak filem dari dia, lagi best" kata Didi pula.

"Mana ada!"

Ain mula bosan. Dia bangun untuk ke tandas, namun ya, malang tak berbau. Ain terlanggar seorang pelayan lelaki yang sedang membawa air minuman di tangan. Dan, air itu jatuh di atas kepala Aiman yang baru tiba di restoran itu.

Aiman tergamam. Rambut dan bajunya habis basah. Dia menyapu muka dan matanya setajam mata pedang memandang Ain.

Ain menekup mulutnya yang terlopong dengan kedua belah tapak tangan. Bulat matanya melihat Aiman dari atas ke bawah. Wajahnya sudah mula pucat. Dia menggigil ketakutan melihat renungan Aiman.

I'M DEAD! DEAD! AIMAN WILL KILL ME!!

Didi dan Wani juga sudah terlopong melihat boss mereka. Zafwan pula cuba menahan gelak. Semua orang yang berada di restoran itu mula merenung ke arah mereka.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now