BAB 15

44.9K 1.8K 64
                                    

Aiman berjalan memasuki pejabatnya yang luas dan besar. Dinding kaca menghiasi bahagian belakang bilik itu. Sebaik saja dia melangkah masuk, kelihatan Zafwan sedang duduk di sofa sambil memegang phone. Dia memandang Aiman yang baru masuk dengan kerutan di dahi.

"Weh, asal baju kau?" soal Zafwan hairan. Tadi pergi, bersih. Balik dah kotor dah?

Aiman tidak terus menjawab. Dia menuju ke sebuah almari di tepi tandas. Baju kemeja dan tali leher bersih diambil. Memang dia sediakan spare. Just in case.

Tapi untuk kali ni, Ain's case.

Dia masuk ke dalam tandas lalu menukar baju. Beberapa minit kemudian, dia keluar. Zafwan pula setia menunggu Aiman  menjawab soalannya.

"Aku terserempak dengan Ain tadi," balas Aiman.

"Ain mana?" Zafwan kerut dahi.

Aiman pandang Zafwan. Wajahnya tidak beriak. Zafwan pula masih tertanya-tanya.

"Ain Airana. Budak clumsy kat U dulu.  And guess what...she's still clumsy," Aiman duduk di sofa berhadapan Zafwan.

Zafwan terkejut. Ain? Si comel tu? Dia diam seketika. Dia cuba merangka apa yang terjadi. Kemudian, dia ketawa kecil.

"Ok, aku faham. Kau terserempak dengan dia pastu dia terlanggar kau sampai air kopi kau tumpah kena baju, kan?" teka Zafwan. Tawanya sudah meletus.

Aiman hanya mengangguk perlahan.

"Hahahahahha, lawaknya. Asal kau jumpa dia je, mesti berlanggar. She's so clumsy but cute," tawa Zafwan masih bersisa.

Aiman pandang Zafwan dengan wajah tidak beriak. Mahu saja ditumbuk sahabatnya itu.

"Hahaha, ok...ok. Aku stop. Btw apa dia buat kat sini?" soal Zafwan. Sakit perutnya ketawa.

"Dia kata ada interview kat sini. Aku pun tak ambik tahu calon2 yang bakal ditemuduga hari ni. Semua Kak Ana yang uruskan," balas Aiman. Kak Ana merupakan PA Aiman.

"Pemalas punya CEO...Eh, Tapi kan, dah lama tak nampak Ain tu. Dah setahun lebih tak jumpa. Rindu pulak nak tengok muka dia yang selalu panik tu haha," Zafwan membayangkan wajah comel Ain.

Aiman pandang Zafwan lama. Tiba2 dia tidak suka Zafwan bercakap tentang gadis itu.

"Dah. Kau buat apa kat sini? Kat office kau dah takde kerja ke?" soal Aiman.

"Alaa kau ni. Aku nak melawat bussiness partner aku ni pun tak boleh. Yela2 aku nak balik office la ni. Aku just nak hantar dokumen tu je. Pasal projek kat Shah Alam." Zafwan memuncungkan bibir ke arah dokumen di atas meja Aiman.

Aiman mengangguk.

"Oh ya. Lagi satu...pasal Ain. Kau akan terima dia bekerja kan? Pfft...walaupun dia tumpahkan kopi kat baju kau la haha. Kalau kau tak nak ambik dia kerja, biar aku je ambik," Zafwan tersengih.

"No way. Aku tahu apa nak buat dengan dia."

Aiman pandang Zafwan penuh makna. Zafwan kerut dahi.

Ah, sudah. Apa pulak kali ni?

* * *

Ain duduk mengelamun di tingkap biliknya mengenangkan nasib diri. Akhirnya mereka bertemu lagi setelah sekian lama tidak bersua.

Amirul Aiman.
Ice Prince.

Tiba2, Ain teringat pertemuan terakhir mereka sebelum Aiman graduasi dari Addam Lincons University.

Pertemuan yang membuatkan hatinya terluka. Kata2 kejam dari mulut lelaki itu masih segar dalam ingatannya. Ain terasa mahu menangis. Tidak sangka mereka bertemu lagi walaupun Aiman tidak mahu melihat Ain lagi.

My Ice Prince Hubby❄✔Where stories live. Discover now