Terhenjut bahu bibik Munah apabila tertiba sahaja ada suara yang menegurnya tanpa isyarat. Wajah bersih cucu majikannya di pandang lama.

Sudah lama dia tidak menatap wajah itu. Dia sendiri faham akan perasaan gadis itu. Namun siapalah dia mahu memasuk campur sebab dia sedar dirinya siapa dalam villa ini.

"Bik."

"Bik! Dengar ke tak Sya tanya bik ada tak makanan lebih?!" Jerkah Farisya geram. Di panggil wanita itu tetapi khayal pula sambil memandangnya. Apa yang difikirkan pun dia tidak tahu.

Bila di cermin dirinya tiada apa yang pelik. Serentak itu, Farisya mencapai sebiji epal di atas raga buah. Digigit kecil isi buah itu.

Bibik Munah mula menggaru kepala yang tidak gatalnya. Rasa termalu sendiri Bibik Munah apabila termengalamun sendiri.

"Eh! Ada. Bik ada masak lebih pagi tadi. Nanti bik sediakan untuk cik muda ya." Kata bibik Munah kalut. Api dapur segera dipadamkan.

"Sya tunggu dekat meja makan luar." Arah Farisya lantas melangkah selamba menuju ke arah meja makan besar sederhana di sebalik sliding door koridor.

Buah epal itu digigit lagi. Nasib ada makanan kalau tak sebiji epal jelah sarapannya.

Tempat ini sememangnya kurang di lalui oleh mata-mata yang ada di dalam rumah ini. Kerana itu Farisya lebih suka memilih tempat ini tidak mahu moodnya diganggu oleh perlian manusia di dalam rumah ini.

Tidak lama kemudian bibik Munah datang membawa sepinggan mee goreng dan juga segelas minuman. Rasa tenang Farisya saat itu sehingga habis dia bersantap di situ.

Farisya mula beredar di situ. Berjalan seperti biasa melalui koridor namun langkah Farisya berhenti seketika.

Kelibat dua orang manusia sedang tergelak sakan baru sahaja melepasi Farisya. Anak matanya tidak pernah tersilap menilai kelibat Aril di dalam rumah ini.

'Apa dia buat dekat sini?'

Pantas Farisya mengejar langkah kelibat Aril tadi dengan perlahan. Suara gelak Aril dengan seseorang membuatkan dia pasti itu adalah Fahmi. Kenal sangat dia dengan suara garau itu.

Farisya mengintai di sebalik dinding ingin mengetahui apa tujuan lelaki itu datang ke Villa Tengku Hanum. Pasti ada sebab mustahak sehinggakan Aril sanggup jejakkan kaki ke rumah ni. Semenjak kes di dalam bilik tiada lagi bayang Aril di dalam rumah ini.

'Apa yang kelakar sangat sampai tergelak besar?'

Tidak lama kemudian Farisya ternampak Aril menghulurkan kad sederhana besar kepada Fahmi. Tidak lama kemudia Fahmi tergelak besar lalu memeluk erat Aril.

Bertambah berasa meluat hati Farisya dengan lelaki dua orang di hadapannya ini.

Seorang mendera mentalnya.

Seorang mendera hatinya.

Apa yang dibincangkan oleh mereka pun dia tidak tahu. Tidak dapat di dengar dengan jelas perbincangan mereka. Jarak mereka jauh sedikit sukar untuk dia ingin mencuri dengar. Sesekali Farisya mengerling ke belakangnya khuatiri ada insan lain yang ternampak perbuatannya inip.

Tidak lama kemudian mereka mula berdiri dan berjalan ke arah taman buatan di sisi villa. Kesempatan itu, Farisya keluar dari tempat persembunyiannya menuju ke arah meja tengah.

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now