"Pardon?" Amylia semakin tidak faham akan maksud Luqman sebentar tadi. Apa kaitan dengan Farisya dengan masalah mereka.

Luqman mencengkam wajah bersih Amylia dengan kuat sehinggakan terdengar suara gadia itu meringis kesakitan.

Luqman merapatkan mulutnya ke telinga gadis itu lalu membisikan sesuatu.

"Aku tak akan biarkan racun macam kau terus meracuni Farisya seperti mana kau pernah racun aku." Kedengaran gelak sinis lelaki itu buat dirinya.

Luqman masih tidak percaya akan dirinya pernah diracun oleh seseorang yang paling dia cinta. Dia tidak menafikan Amylia seorang gsdis yang sangat feminin dan cantik sehingga dia sendiri tertawan akan kecantikan perempuan itu. Jadi tidak hairanlah bahawa gadis itu menjadi pelajar perempuan paling digilai oleh ramai pelajar lelaki ketika zaman Universiti.

"I tak pernah racun you Luqman. Coward!" Kata-kata Amylia seakan mencabar api kemarahan yang sedia ada terbakar didalam jiwa lelaki itu.

Luqman mencerlung memandang Amylia. Dia datang mara kearah perempuan itu.

Tuk! Tuk!

Ketukan di pintu tidak dia hiraukan. Amylis semakin berundur kebelakang.

"What? Coward?" Tersenyum sinis di wajah lelaki itu. Semakin rapat sehinggakan nafas lelaki itu dapat Amylia rasa.

Amylia semakin berundur sehingga rapat ke dinding. Tangan lelaki itu melengkap kedinding berjaya mengepung dirinya.

Tuk! Tuk!

"Tak perlu kau ubah diri kau yang berjiwa normal ke songsang. Kau.." Luqman mengusap-usap wajah Amylis yang tiada cacat cela itu.

Tuk! Tuk!

"Fuck." Luqman menjarakkan dirinya lantas kearah pintu utama dengan perasaan bengang ingin sahaja dia memaki gerangan yang telah menganggunya itu.

Tangannya memulas tombol pintu seluas ya. Matanya menjengkilkan kearah wanita tua yang tersenyum sipu kearahnya.

"Ada masalah ke? Sebab saya terdengar suara orang menjerit." Tanya wanita tua itu tanpa rasa serba salah. Sedangkan lelaki di hadapannya sudah bengis memandangnya.

"She's my wife. Isteri saya tak nak lepaskan saya maklumlah malam pertama." Ujar Luqman tanpa berselindung.

Amylia di belakang sudah memerah wajahnya tidak percaya lelaki itu akan berkata begitu.

"Saya in..." Baru sahaja wanita tua itu mahu bersuara lantas dia potong oleh Luqman berwajah poker.

"Terima kasih." Luqman menutup pintu lalu dia pergi begitu sahaja meninggalkan wanita tua yang terpingga-pingga.

Dada Amylia berombak menahan esakan. Tidak pernah dia menyangka akan bertemu semula dengan lelaki kejam itu.

Dia perlu mencari tahu apa kaitan Luqman dengan Farisya. Sehingga lelaki tu boleh bertemu dengannya kembali.

---------------------

Farisya melepaskan asap rokok ke udara. Begitu juga melepaskan tekanan yang memenuhi fikirannya. Tidak dia sangka kebahagian yang baru dia temui dibawa pulang ke Malaysia terus lenyap begitu sahaja.

Dia suka dengan keadaannya yang begini tiada lagi Farisya yang lemah, di hina atau di cemuh.

"Hei sedarlah diri tu pembunuh mak ayah sendiri anak tak mengenang jasa."

"Perempuan hodoh macam kau siapa je nak dekat. Tengoklah abang dia sendiri malu ada adik pembunuh macam kau."

"Perempuan tu bawa malang dekat kita lebih baik kita jangan dekat dengan orang macam ni. Bahaya!"

Sayap SebelahWhere stories live. Discover now