Bab 37

8.1K 375 3
                                    

Gelak tawa kini memenuhi segala ruang di dalam hatinya yang sekian lama telah kosong. Tiada lagi tangisan. Tiada lagi keperitan. Tiada lagi kesedihan. Yang ada hanyalah kebahagiaan. Sungguh! Dia bersyukur atas ujian yang pernah dia lalui selama ini. Dan kepercayaannya selama ini bukanlah sesuatu yang sia-sia.

Kerana dia percaya bahawa setiap keperitan dan kesedihan yang kita lalui itu pasti ada sinar yang menerangi di hujungnya. Pertemuan dia dengan Adam bukanlah sesuatu yang dia inginkan sejak kecil sejujurnya. Tetapi pertemuan dia dengan Adam membawa seribu satu kebahagiaan kepadanya.

Disayangi dan dicintai oleh seorang lelaki yang baginya selama ini semua lelaki sama seperti Kamal, bapa angkatnya, sungguh dia beruntung dikurniakan suami seperti Adam. Tidak pernah sikit pun Adam menyeksa ataupun menyakiti dirinya. Malah, dia sendiri tidak percaya bahawa Adam pertemukan dia semula dengan keluarganya. Walaupun bukan semua, tetapi dia bersyukur kerana dia masih lagi mempunyai sebuah keluarga.

"Sayang.." panggil Adam lembut.

Hanna menoleh. Dia tersenyum.

Adam memeluk tubuh isterinya daripada belakang. Perut yang semakin membesar itu diusap sayang. Hadiah paling bermakna selama dia hidup.

"Fikir apa?" Soal Adam. Dia meletakkan dagunya di bahu isterinya.

Hanna gelak kecil. "Abang ingat tak masa first time abang jumpa Hanna?"

"Kenapa Hanna tanya?"

"Saja."

"Mestilah abang ingat. Masa tu sayang tengah main sorang-sorang dekat padang rumah anak yatim. Kesian dia tak de kawan nak ajak main."

Ingatan Hanna mula mengimbau pada waktu dia dan Adam berjumpa buat pertama kalinya. Kehadiran Adam waktu itu memberi sinar kepadanya. Tapi malangnya, sinar itu hanya sementara.

"Abang nak tahu something tak?"

"Hmm."

"Sebelum Hanna jumpa abang, pagi tu Fiqah hilang." Beritahu Hanna.

"Hilang?" Soal Adam pelik. Tak tahu pula mereka terpisah atas sebab tu.

"Kena culik. Fiqah jenis yang suka bangun awal. Lepas Subuh tu biasanya dia tak tidur. Dia tolong umi buat sarapan, kemas rumah semua tu. Masa tu dia tengah siram pokok kat luar rumah, tup-tup dia terus hilang. Hanna ada lah juga tanya mana dia pergi dekat umi. Umi tahu tapi dia tak cakap apa-apa. Mungkin tak nak bagi Hanna sedih. End up dia cakap Fiqah keluar cari barang untuk kawan-kawan yang lain. Yang peliknya, Hanna percaya apa yang umi cakap sampailah umur Hanna 10 tahun. Lawak kan? Bodohnya Hanna masa tu percaya cakap umi."

"Hanna tak bodoh sayang. Sebab Hanna kecil lagi masa tu. Tak tahu apa-apa. Sekarang, Hanna dah jumpa kakak Hanna. Bahagia tak?"

Hanna mengangguk suka. Bahagia sangat!

"Abang ingat tak masa second time kita jumpa?" Soal Hanna setelah lama mereka berdiam diri.

Adam gelak dalam sengihannya. Mana boleh dia lupa kejadian tu. Kejadian yang paling bermakna dia pernah buat. Selamatkan seseorang yang hampir hilang arah tuju untuk apa dia hidup.

"Kenapa abang gelak?"

Adam menggeleng. Dia bergerak berdiri di sebelah isterinya.

"Hanna bersyukur tak abang selamatkan Hanna masa tu?" Soal Adam.

Hanna memandang suaminya.

"Bersyukur sangat-sangat." Dia senyum.

"Kalau masa tu boleh diputar balik, apa yang Hanna nak betulkan dalam hidup Hanna sebelum ni?"

The Royal Husband || COMPLETEDWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu