BAB 43

7.6K 320 21
                                    

Semua duduk terkejut dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Seperti mimpi yang mereka menghadapi kejadian seperti itu. Entah apa lagi yang mereka akan hadapi lagi selepas ini. Minta dijauhkan daripada mereka.

"Semua okay ke?" soal Adam yang baru sahaja tiba.

Semua mengangguk lemah.

Adam mendekati isterinya yang duduk di sebelah mama.

"Sayang okay?" soal Adam risau.

Hanna mengangguk sambil mengusap lembut perutnya. Anaknya itu pasti terkejut juga. Tak dapat dia bayangkan jika ada apa-apa terjadi kepada anaknya nanti.

"Anak baba okay?" Adam mendekatkan telinganya ke perut Hanna.

Bayi dalam kandungan menendang perlahan.

"Baba minta maaf ye buat anak baba terkejut." kata Adam serba salah.

Anaknya menendang lagi. Tak marah tak apa. Dia faham dengan apa yang berlaku. Dia memaafkan semua yang berlaku hari ini.

King Royce melihat keluarga cucunya itu dengan pandangan sayu.

"Adam." panggil King Royce.

Adam memandang datuknya.

"When the due date of your baby? " soal King Royce.

"Next month. " jawa Adam ringkas.

"Are you planning to give your wife give a birth in this country? " soal King Royce.

"Maybe. I'm not sure because Hanna want to give a birth at Malaysia."

King Royce mengangguk.

"Don't you worried about your baby? After what happened just now. I just want to make you guys safe. This is only my opinion. How about Hanna give a birth here? In this castle. About your baby citizenship, I can settle that. What say you? " cadang King Royce.

Adam memandang Hanna. Dia tak boleh nak buat keputusan walaupun dia seorang bapa. Keputusan Hanna juga perlu diambil kira. Nak pula Hanna adalah ibu kepada bayi itu. Yang membawa bayi itu selama 9 bulan.

"Abang macam mana? Okay ke?" soal Hanna. Dia juga tak tahu. Risau tu memang risau. Tapi jika fikirkan tentang kebaikan yang dia akan peroleh nanti, mudah untuknya juga.

"Abang tak kisah. Lagipun dengan kandungan Hanna, abang tak yakin kita boleh balik Malaysia. Penerbangan awam ataupun privasi, tak elok untuk kandungan sebenarnya."

"Keputusan abang, keputusan Hanna juga. Hanna ikut mana yang terbaik."

"Baiklah kalau macam tu. Keputusan abang, Hanna bersalin dekat sini ye?"

Hanna memgangguk lembut.

Mereka semua tersenyum. Tak lama lagi bergema lah istana dengan raungan daripada sang bayi.

👑👑👑

Liza membawa secawan kopi panas lalu dihidangkan kepada Lutfi. Suaminya itu kelihatan sangat kusut. Mungkin terkejut dengan kejadian yang berlaku di istana tadi.

Berita di TV menggemparkan seluruh dunia. Pertama kali di dalam sejarah.

"Abang yakin nak teruskan semua ni?" soal Liza resah.

Lutfi menghirup kopi panas buatan isterinya itu.

"Liza bukan apa. Aiman kecil lagi bang. Saya risau apa-apa jadi dekat dia nanti." ujar Liza.

Lutfi memandang anaknya yang ketiduran di atas sofa.

"Kalau abang tak teruskan, sampai bila-bila abang tak akan jumpa adik-adik abang. Mereka satu-satunya keluarga yang abang ada." jawab Lutfi.

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now