BAB 11

11.1K 475 3
                                    

Damia mengetuk pintu bilik pejabat Adam 2 kali sebelum disuruh masuk oleh majikannya itu. 2 helai kertas yang disimpannya dari semalam diletakkan di meja kerja Adam. Adam melihat sekejap kertas itu sebelum dia berkata apa-apa pada Damia.

"Esok?" Soal Adam tidak percaya.

Damia mengangguk sambil tersenyum.

"Damia... secepat mungkin tu tak bermaksud dalam masa terdekat ni. Kerja berlambak ni siapa nak buat? Awak nak buat ke?" Perli Adam.

"Oh tak ea tuan? Saya ingatkan esok ataupun lusa tuan nak. So, saya cuba lah cari yang paling dekat dengan semalam. Ermm kalau macam tu saya cari tiket yang baru lah." Ujar Damia berbaur sedih sedikit tetapi dicuba untuk disembunyikan.

Adam menggeleng. Boleh gila dia dapat pekerja macam ni. Cekap tu memang lah cekap tapi... tak pernah nak fikir sebelum buat. Nasib baik honeymoon. Kalau kerja? Memang kena pecat lah jawabnga.

Damia mengambil semula 2 tiket penerbangan ke Switzerland yang masih belum disentuh Adam.

"Eh awak nak bawa ke mana tiket tu?" Soal Adam cemas. Jangan dibuang tiket tu sudah lah.

"Nak tukar dengan yang baru..?" Jawab Damia yang lebih kepada soalan.

Adam menepuk dahi. "Tak payah tak payah. Bak sini tiket tu. Esok pun esok lah. Flight pukul berapa?"

Damia tersengih lalu meletakkan kembali tiket itu diatas meja. "Pukul 10 malam tuan."

Adam mengangguk. "Nasib baik malam, kalau pagi, kerja-kerja ni semua saya nak awak yang siapkan. Malam ni juga." Kata Adam memberi amaran.

Sengihan Damia tadi mula berubah kepada masam. Tak kan lah nak kena siapkan malam ni? Esok tak boleh ke? Tak boleh sambung lepas honeymoon ke tuan? Saya ni cuma assistant je. Mana lah tahu kerja-kerja yang tuan buat sekarang ni. Sikit-sikit tu boleh lah. Tapi kalau nak ambil alih full percent, saya resigned awal-awal lah.

Kalau lah ayat-ayat itu boleh meluncur laju keluar dari bibirnya, Adam faham tak agak-agak? Tetapi hakikatnya ayat-ayat itu hanya terlintas di fikiran, berkata dalam hatinya sahaja.

"Awak boleh keluar." Suruh Adam lalu mengambil 2 tiket penerbangannya dan Hanna ke Switzerland. Dalam diam, dia tersenyum gembira.

♡♡♡

"Hai mama!" Laung Hanna dari skrin telefon. Tangannya dilambai-lambai kepada puan Aisyah.

"Hai anak mama. Buat apa? Sihat?" Soal puan Aisyah memulakan bicara.

"Baru lepas kemas rumah. Sihat je. Mama sihat? Papa dengan atuk sihat?" Soal Hanna pula walaupun hatinya tertanya bagaimana rupa datuk mertuanya itu. Sudah tua ataupun masih muda? Adakah kekacakannya seperti bapa mertuanya dan Adam?

"Mama sihat. Papa dengan atuk pun sihat. Dorang tak de sekarang ni. Tengah kerja." Jawab puan Aisyah.

Hanna mengangguk. Fikirnya, datuk mertuanya itu pasti masih kuat dan bertenaga.

Senyap seketika.

"Hanna..." panggil puan Aisyah.

"Ye ma?" Sahut Hanna.

"Mama ada benda penting nak bagitahu Hanna sebenarnya ni." Luah puan Aisyah.

Hanna mengangkat kening. "Benda penting? Apa dia?"

Puan Aisyah diam seketika. Mengambil kudrat untuk memberitahu hal yang sebenar tentang keluarganya.

"Atuk, papa dan Adam sebenarnya..."

"Ma. Abang Adam dah balik. Nanti kita sambung ye?" Pamit Hanna tiba-tiba.

Puan Aisyah melepaskan nafas yang dia tahan. Mungkin belum masanya.

"Oh ye ke. Tak pe lah. Mama off dulu. Bye!" Pamit puan Aisyah lalu mematikan video call mereka.

Hanna turun daripada katil dan berlari keluar mendapatkan Adam. Menyambut kepulangan suami kan dapat pahala.

Baru sahaja Adam menutup pintu, badannya menjadi berat tiba-tiba. Tak lain tak bukan, isteri dia yang gedik semacam ni lah. Eh gedik pun dengan suami sendiri. Jangan dengan jantan lain dah lah.

"Hai baby Hanna. Baby Hanna dah makan?" Soal Hanna. Wajahnya memandang Adam dari tepi memandangkan dia berada di atas badan Adam.

"Belum sayang. Masak apa hari ni?" Adam meletakkan tangannya di bawah punggung Hanna agar isterinya tidak jatuh. Kakinya dibawa ke dapur.

Adam membuka tudung saji bila Hanna hanya senyap tak menjawab soalannya. Ada beberapa lauk terhidang di atas meja.

Hanna menurunkan badannya tanpa disuruh. Pinggan diambil dan dicedok beberapa senduk nasi untuk suaminya. Lauk diambil kemudian dia menyerahkan pinggan itu kepada Adam.

Adam pula lain yang dia buat. Dia mengeluarkan tiket yang berada di dalam kotnya lalu menyerahkan kepada Hanna. Hanna memandang pelik. Kertas apa pula ni? Tak pernah nampak pula kertas macam ni seumur hidup.

"Apa ni?" Soal Hanna yang masih blur walaupun sudah banyak kali ditilik kertas itu.

Adam gelak sekejap. "Tiket honeymoon kita." Ringkas dan cukup membahagiakan.

Hanna meneliti lagi kertas itu. Ada tertulis Switzerland. Ada tulis Air Asia. Ada juga tulis 10 malam, Selasa.

"Esok?" Soal Hanna terkejut.

Adam mengangguk. Suapan nasi masih diteruskan.

Hanna menjerit gembira. Impiannya tercapai juga akhirnya. Menjejakkan kaki ke Switzerland. Negara yang penuh dengan gunung dan ganang. Udara yang sejuk dan mendamaikan. Suasana yang penuh dengan ketenangan.

"Terima kasih abang!" Ucap Hanna. Pipi Adam dikucup lalu dia berlari keluar dari dapur naik ke bilik.

Adam tercengang. Ditinggalnya suami dia sorang-sorang kat bawah? Makan sorang-sorang? Seriously?

Hanna kembali semula ke dapur dengan sengihannya. "Lupa pula Hanna ada suami."

Adam menggeleng. "Tak apa. Abang faham."

Hanna kembali duduk dan menunggu Adam menghabiskan makanannya. Setelah Adam selesai makan, Hanna mengemas sekejap meja itu sementara Adam mencuci pinggan yang dia gunakan tadi.

Selesai mengemas, Hanna menunggu Adam menghabiskan minumannya dan basuhan cawan yang Adam gunakan. Setelah itu baru lah lampu dapur ditutup.

Adam menahan gelak di dalam hati. Orang tak habis lagi dia dah tutup lampu. Muncul satu idea dalam kepala otaknya. Kesempatan itu diambil secepat mungkin.

Badan Hanna digendong mengejut. Menjerit Hanna kerana terkejut. Hanna menyorokkan mukanya ke dalam dada Adam. Dihidu bau badan suaminya. Sungguh menyenangkan.

25 OGOS 2018
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***

"Mengimpikan sesuatu yang tidak pasti itu mustahil. Tetapi mengimpikan sesuatu yang kita impikan dari kecil, itu adalah keajaiban."

***

Sorry guys for late update. Not in mood lately ni. Idea pun tak nak muncul. Sis tarik balik apa yang sis pernah kata dulu. Nak siapkan sampai bab 15 sepanjang cuti raya haji ni. But the fact is... no. I'm sorry again.

Thank you kepada readers yang sudi baca. Sis hargai sangat-sangat. Sebarang comment dan apa-apa cadangan, sis terima dan akan pertimbangkan.

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now