Bab 17

9.2K 411 5
                                    

King Royce mundar mandir di dalam pejabatnya. Anaknya yang melihat pun jadi pening. Dia tahu masalah yang mereka hadapi ini akan menimbulkan kekecohan kepada satu negara. Tetapi bantuan apa yang harus dia hulurkan? Syukur bagi mereka kerana isterinya dapat diterima ramai orang. Tetapi, ada satu yang bermain di benak fikiran kedua-dua raja dan putera itu.

"Dad. Can you just sit down and calm down?" Tunku Ibrahim menyoal tenang.

King Royce duduk menghempap sofa. "How can I calm down? Our family are facing a danger. Can you imagine how the guy follow Adam and his wife honeymoon?"

"Yeah. I know. Can you put your trust on Adam? He know what plan gonna he do." Tunku Ibrahim cuba menenangkan ayahnya.

King Royce mengeluh perlahan. Pintu diketuk tiba-tiba. Setelah diberi arahan untuk masuk, seorang lelaki masuk dengan sekeping kertas di tangan.

"Forgive me my king. Here a paper that John just fax to us about the guy who try to seek Adam's wife." Kata lelaki itu. Kertas diberikan kepada King Royce.

Setelah kertas itu beralih tangan, lelaki itu keluar membiarkan anak beranak itu berbincang.

"England?" Soal King Royce sendiri.

Tunku Ibrahim bangun merapati ayahnya. Mereka sama-sama melihat kertas itu.

"Wait a minute." Tunku Ibrahim mengambil kertas yang berada di tangan ayahnya. "Bukan ke dia ni..." Tunku Ibrahim bangun lalu keluar daripada bilik itu.

"Son! Wait!" Panggil King Royce. Tetapi tidak diendahkan oleh anaknya.

"Where's my wife?" Soal Tunku Ibrahim keoada pengawal yang mengawal bilik itu.

"At the downstairs in the kitchen." Jawab pengawal itu.

Tunku Ibrahim berlari turun ke bawah mendapatkan isterinya yang berada di dapur. Kena berlari tak boleh berjalan. Istana ni dah lah besar semacam!

Setelah dipastikan kelibat puan Aisyah di dapur, Tunku Ibrahim merapati isterinya. Tangan isterinya digapai lalu mereka bergerak ke halaman belakang. Privasi itu penting.

"Kenapa?" Soal puan Aisyah risau.

Tunku Ibrahim menghulurkan kertas yang dipegangnya kepada puan Aisyah. King Royce tiba pada waktu itu.

"Awak kenal kan lelaki tu?" Soal Tunku Ibrahim.

Puan Aisyah meneliti wajah yang terpampang di kertas itu. Dia memandang suaminya dengan penuh tanda tanya.

"Awak tahu kat mana dia sekarang?" Tanya Tunku Ibrahim lebih terperinci.

"Malaysia mungkin? Yang saya tahu, lepas saya grad, masing-masing hilang tanpa berita. Tapi yang ni, dia kerja dekat syarikat daddy?"

Tunku Ibrahim mengangguk. King Royce memerhati dua merpati di hadapannya dengan penuh tanda tanya dan rasa ingin tahu. Apa yang mereka bualkan? Kenapa mereka kena cakap bahasa Melayu?

"Sekarang ni dia dekat Switzerland. Dia cuba untuk perhatikan Hanna."

Puan Aisyah terkejut.

"Tapi kenapa?" Soal puan Aisyah sambil merenung gambar itu.

Dia yakin pasti ada sebab kenapa semua ini terjadi. Tetapi, apa sebabnya?

Tunku Ibrahim senyap. Dia pasti ada yang tidak kena dengan semua ini. Mengapa ini terjadi. Mengapa Hanna menjadi mangsa? Apa tujuan dia? Harta semata atau.... cinta? Apa yang dia pasti, perkara ini tidak boleh melibatkan keluarganya dan juga negaranya.

♡♡♡

Adam terus menerpa ke arah isterinya apabila kelibat Hanna kelihatan berada di ruang tamu. Dipeluk tubuh itu semahunya. Meluahkan segala kerisauan yang bersarang di jiwanya.

Hanna kaget. Dipandang wajah Adam yang menyorok disebalik lehernya. Lengan suaminya dipegang lalu ditepuk-tepuk perlahan.

"Abang? Kenapa ni?" Soal Hanna ingin tahu.

Adam menggeleng perlahan. Makin erat pelukannya.

"Abang." Panggil Hanna lembut.

Adam mengangkat muka. Wajah Hanna dipandang dari tepi.

Hanna membawa tangan Adam berserta tubuh sasa itu ke hadapannya. Adam menurut. Didudukkan tubuh itu bersebelahan dengannya lalu dipegang kepala suaminya menyuruh berbaring di atas pehanya.

Rambut Adam disisip perlahan ke tepi. "Kalau ada masalah, bagitahu lah Hanna. Jangan lah senyap je. Hanna takut." Beritahu Hanna dengan suaranya yang semakin kendur.

Adam mengambil tangan Hanna yang berada di kepalanya lalu dibawa ke bibirnya dan dikucup berkali-kali.

"Sayang abang duduk kat rumah je kan tadi? Tak keluar mana-mana kan?" Soal Adam memandang wajah Hanna yang putih bersih itu.

Hanna menggeleng.

Adam senyum. Wajahnya dihadapkan ke perut Hanna dan tangannya dilingkarkan di pinggang ramping isterinya. Senyap. Hanna mengusap-usap rambut Adam. Siapa sangka lelaki yang dia baru kenal beberapa bulan adalah seorang yang manja teramat sangat!

"I miss you so much!" Ucap Adam bersungguh.

Hanna gelak kecil. "Baru berapa jam tinggal dah rindu?" Soal Hanna pelik.

Adam mengangguk. "Rindu sangat."

Hanna menilik jam yang tergantung di dinding. Wajah Adam dipandang. "Jom. Hilangkan rindu." Ajak Hanna tanpa banyak bicara.

Adam mengangkat muka. Wow! Is this my wife?

Adam bangun dan dicempung tubuh Hanna naik ke bilik mereka.

11 SEPTEMBER 2018
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***
Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam seluruh dunia! Have a great day and may your wish will be grant after this. Selamat bercuti juga.

The Royal Husband || COMPLETEDOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz