BAB 2

14.3K 678 5
                                    

Adam menyuruh Hanna masuk ke dalam kereta Honda Civic nya. Hanna menurut tanpa bantahan. Kemudian Adam masuk lalu kereta itu memecut laju membelah jalan.

Di dalam kereta, mereka hanya mendiamkan diri. Sehingga lah tiba di satu villa yang sangat besar. Adam memakirkan keretanya di hadapan villa itu lalu enjin keretanya dimatikan.

"Jom, turun." Ajak Adam sambil membuka tali pinggang kaledarnya.

Mendengarkan arahan itu, Hanna membuka ikatan tali pinggang kaledarnya dan turun daripada kereta. Dia memandang Adam sebelum Adam mengajaknya masuk ke dalam villa itu. Hanna menelan liur. Langkahnya mati.

Adam menoleh ke belakang apabila merasakan yang Hanna tidak mengekorinya dari belakang.

"Dah apa yang kau tercegat dekat situ lagi? Cepat lah masuk." Arah Adam.

Hanna terkedek-kedek menapak anak tangga villa itu.

"Kamu pergi mana Adam?" Soal seorang wanita separuh abad di muka pintu villa itu.

Pandangan Adam yang mulanya pada Hanna kini jatuh pada wanita yang bergelar ibu kepadanya. Hanna juga turut memandang wanita itu. Dia tiba-tiba gentar.

Puan Aisyah menghalakan pandangannya ke arah Hanna. Dia pelik. Perempuan mana pulak dah yang Adam bawa balik? Setiap inci wajah Hanna ditilik.

"Siapa ni?" Soal Puan Aisyah tegas.

Hanna menjadi gerun. Kenapa berat sangat dugaan yang Tuhan berikan kepada dia? Ada mak dan ayah macam tak ada. Ada kawan-kawan tetapi tak dihargai. Bila nak bunuh diri kerana penat dengan semua ini, ada yang datang menyelamat. Bila dah diselamatkan, dibawa pula ke tempat yang tersangat asing. Dan berjumpa pula dengan wanita separuh abad ini yang memandangnya seperti ingin menerkam. Tuhan... berikan lah aku kesenangan selepas ini. Aku penat. Penat memendam rasa. Penat bersendirian. Berilah aku kebahagiaan.

Adam menoleh sekejap tubuh Hanna. "Bakal menantu mama. Nur Hanna." Jawab Adam .

Spontan Hanna memandang wajah Adam. Like seriously? Buang tebiat ke apa mamat ni nak aku jadi isteri dia?

"Eh kamu ni Adam. Kot ye pun merajuk dengan mama, perlu ke hari ni juga kamu bawa balik calon menantu untuk mama? Tak takut mama reject lagi?" Soal Puan Aisyah.

"Adam gerenti mama tak akan reject kali ni." Adam bersuara yakin.

"Yakin je kamu ni. Dah jom masuk. Mari nak." Puan Aisyah memaut lengan Hanna mengajaknya masuk.

"Duduk dulu ye. Mama nak buat air kejap." Suruh Puan Aisyah membahasakan dirinya 'mama' tanpa rasa kekok.

"Eh. Tak payah susah-susah aunty. Saya tak lama pun. Kejap je ni." Halang Hanna.

Puan Aisyah mengerling anaknya sekejap. "Tak apa. Kejap je mama buat air. Adam, ikut mama kejap." Panggil puan Aisyah sebelum berjalan menuju ke dapur.

Adam bangun mengikut langkah mamanya. Hanna dipandang sekejap sebelum wanita itu memandangnya.

Adam berdiri di sebelah mamanya menunggu bibir tua itu berbicara. Kek yang dipotong oleh mamanya dicuit sedikit.

"She has a terrible life right?" Soal puan Aisyah.

"Mana mama tahu?" Soal Adam kembali.

"Mama pernah nampak dia kat tepi jalan kena herdik dengan mak dan ayah dia. Dalam bulan ni je dah berapa kali mama nampak. Mulanya mama tak kisah sangat. Maybe dia ada salah sikit dengan parents dia. Tapi sebab mama ada banyak urusan dekat tempat yang sama, boleh dianggarkan setiap hari mama nampak dia kena marah. Setakat tengking tu mama tak kisah. Tapi bila dah masuk kena pukul semua tu, mama kesian. Mama berdoa tiap kali lepas solat agar dia dapat kesenangan satu hari nanti. And tak sangka pulak mama yang Adam jumpa dia and paling mengejutkan, Adam bawak dia balik rumah. You surprise me. Is there anything you want to share with me?" Cerita puan Aisyah panjang lebar.

"Erm ma.. boleh tak kalau dia tidur sini untuk beberapa hari ni?" Soal Adam lembut.

Puan Aisyah memandang anaknya dalam. Di sebalik soalan dan wajah itu, dia tahu bahawa Adam telah jatuh suka dengan wanita itu.

"If I say no?" Duga puan Aisyah.

"Adam bawa dia balik rumah Adam malam ni." Tenang Adam menjawab.

"Don't act like you will did nothing to her. Kahwin dulu baru mama izinkan bawa balik anak dara orang masuk rumah Adam." Marah puan Aisyah. Pisau yang dipegang diacukan ke hadapan muka anaknya.

Adam gelak bersahaja. "Okay then. Esok Adam nak kahwin dengan dia. Boleh?" Sengaja Adam menyakat mamanya.

"Eh kamu ni. Adab mana adab? Ingat kahwin tu senang?" Soal puan Aisyah geram.

Adam tersengih. "Mama uruskan untuk Adam tau. I gotta go now. Ada meeting penting dengan client dari Korea." Pipi tua mamanya dicium sekilas.

Puan Aisyah menggeleng perlahan. Air teh dibancuh untuk dihidangkan kepada bakal menantunya.

11 OGOS 2018
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***

"There is no one can make you as his woman when Allah has written that you are mine."

***

The Royal Husband || COMPLETEDМесто, где живут истории. Откройте их для себя