BAB 31

8.3K 369 3
                                    

Hanna duduk di ruang tamu menunggu Adam turun sambil mengusap lembut perutnya. Dia tersenyum. Sesungguhnya ini lah benda yang paling indah pernah dia rasa. Jika kedua ibu bapanya masih hidup, pasti mereka akan turut rasa gembira. Ye lah, nak dapat cucu. Siapa je yang tak gembira?

"Tak sabar nak tunggu baby tu keluar ke sayang?" Usik Adam dari belakang sambil membawa laptopnya.

Hanna menoleh. Dia tersengih. Kantoi pula.

"Lagi 8 bulan anak kita akan keluar. Hanna sabar ye?" Adam melabuhkan punggungnya di sebelah Hanna.

Hanna mengangguk suka. Tak sabar nak tunggu 8 bulan tu.

"Dah sedia?" Soal Adam.

Hanna mengangguk bersedia. Tak sabar rasanya nak lihat wajah orang yang setelah sekian lama dia rindui.

"Hai anak mama! Ya Allah! Rindunya mama kat Hanna." Jerit puan Aisyah gembira. Reaksi mukanya sahaja sudah menggambarkan betapa rindunya dia pada dua orang anaknya itu.

Hanna melambai-lambai tangannya kepada puan Aisyah. Dia juga turut gembira melihat insan di hadapannya itu walaupun hanya dari screen laptop.

"Aihh mama. Rindu Hanna je? Adam tak rindu?" Suara Adam mulai kendur. Cemburu!

"Mesti lah mama rindu abang juga. Kan mama kan?" Hanna cuba memujuk Adam yang ingin merajuk itu.

Puan Aisyah tersengih nakal. Saja mengusik anak lelakinya itu.

"Mama kamu ni Adam, hari-hari dia sebut pasal kamu. Kalau dia rindu mula lah dia cerita dekat papa apa yang kamu buat masa kecil-kecil dulu. Pecahkan pasu mama lah. Pecahkan akuarium papa lah. Haa semua benda buruk yang kamu pernah buat dia cerita." Beritahu Tunku Ibrahim dari arah belakang puan Aisyah. Baru nak mencelah.

"Abang pecahkan pasu mama? Akuarium papa juga?" Soal Hanna tidak percaya.

"Ye Hanna. Kalau kamu nak tahu, Adam ni nakal gila nak mati. Penat papa nak menjaganya. Tapi tak sangka pula papa yang dia jadi manusia. Ingatkan jadi beruk." Jawab Tunku Ibrahim. Puas hatinya dapat kenakan anaknya.

Adam sudah memerah mukanya. Sakan betul mama dan papa kenakannya. Selama ni tak ada pula nak bangkitkan isu ini. Sekarang? Tiba-tiba?

Hanna memaut lengan Adam. "Nakal-nakal abang pun, tak lama lagi nak jadi daddy kan?"

Adam memandang Hanna. Dia tersenyum.

Puan Aisyah dan Tunku Ibrahim saling berpandangan. Mereka tak salah dengar ke?

"Kamu cakap apa tadi Hanna?" Soal puan Aisyah.

Hanna tergelak kecil. Begitu juga dengan Adam.

"Hanna dengan abang Adam tak lama lagi akan jadi ibu dan ayah." Beritahu Hanna gembira. Sungguh dia tak dapat nak sembunyikan reaksi wajahnya yang gembira itu.

Puan Aisyah sudah menekup mulut. Sungguh dia tidak sangka yang dia akan jadi nenek. Oh my God! Dia akan timang cucu tak lama lagi. Bahagianya!

"Betul ke ni Adam?" Soal Tunku Ibrahim. Dia juga tidak percaya akan berita yang diterimanya itu.

Adam mengangguk. Air mata lelakinya tidak semena-mena mengalir. Bahagia melihat orang tuanya bahagia mungkin? Atau mungkin dia akan jadi seorang ayah tidak lama lagi?

"Abang kenapa nangis?" Soal Hanna. Adam menangis. Tak pernah dilihatnya.

Adam menggeleng mengesat air mata yang mengalir. Dia tak boleh menangis! Dia lelaki! Dia suami! Dia akan jadi ayah tak lama lagi! Dia kena kuat! Dia tak boleh lemah dengan setitis air mata!

"Berapa minggu dah?" Soal puan Aisyah.

"Sebulan dah mama." Jawab Hanna.

"Bila Hanna dapat tahu yang Hanna pregnant?" Soal puan Aisyah lagi.

"Semalam. Hanna pengsan. Cikgu Hanna bawa Hanna pergi klinik. Bila doktor cek apa semua, eh Hanna pregnant."

Puan Aisyah mengangguk mendengar cerita menantunya.

"Adam tak nak balik sini? Atuk mesti happy dengar berita ni." Soal Tunku Ibrahim.

"Ermm nanti lah dulu papa. Adam nak kena settlekan kerja dekat sini dulu. Atuk bagitahu yang papa nak naik mahkota. Betul ke?"

"Ha ah. Birthday papa nanti. Adam balik kan?"

"Mestilah Adam balik. Adam ingat nak balik time tu je nanti. Boleh kan?"

"Papa tak kisah. Tapi Hanna tu jangan selalu ditinggal. Kandungan dia masih muda."

Adam memeluk bahu Hanna merapat ke dadanya. "Don't worry okay. I will take care of her."

Puan Aisyah dan Tunku Ibrahim tersenyum. Hanna juga turut tersenyum. Walaupun dia anak yatim piatu, dia tahu akan ada seseorang yang ditakdirkan untuk bersamanya sehidup semati. Dan orang itu adalah Adam Affendi.

👑👑👑

Kate menyimpan senyum penuh makna. Tak disangka orang yang dicarinya selama ini memunculkan diri dengan suka rela.

"Boss." Panggil seorang lelaki berbadan tegap dari belakang.

Kate memusingkan badannya menghadap lelaki itu.

"Kami dah track location semasa dorang. Menariknya adalah tempat tinggal dorang tak jauh dari rumah Tuan Adam." Beritahu lelaki itu.

"Spy dorang ke mana sahaja dorang pergi. Inform kat aku setiap 2 jam. Kalau dorang berdekatan dengan rumah Tuan Adam, get ready if anything happen." Arah Kate dengan gaya ketuanya.

Lelaki itu mengangguk. Dia menunduk hormat ingin melangkah pergi.

"Hazim sekejap." Panggil Kate.

Hazim berhenti melangkah dan memandang semula ketuanya.

"Ni upah korang." Kate meyerahkan sampul berwarna coklat yang isinya sangat tebal jika dilihat.

"Eh? Bukan boss selalu bank in ke?" Soal Hazim pelik. Tak pernah dibuat Kate beri upah secara cash.

Kate memandang Hazim tajam. Buat-buat tak faham ke apa budak ni?

Hazim seakan faham akan pandangan ketuanya itu.

"Tak nak, dah."

"Eh mesti lah nak. Bukan selalu dapat barang baru ni." Hazim tersengih seraya menyambut huluran ketuanya itu.

"Tahu pun."

"Thank you boss. Ada apa-apa lagi before saya keluar?"

"Haa ni. Kau arahkan 2 orang budak paling terbaik dalam team C untuk jadi bodyguard tuan Adam dan Hanna in silent." Arah Kate lagi.

"Beres boss. Saya keluar dulu ye?"

Kate mengayun-ayunkan tangannya membenarkan Hazim pergi.

Kate memasang kaca mata hitamnya di atas kepala. Kemudian beg tangannya diambil lalu dia keluar dari pejabatnya.

"Mia. Kat mana?" Soal Kate sebaik sahaja panggilannya bersambung dengan talian Damia.

"Kau siap-siap sekarang. Kita turun padang." Beritahu Kate lalu mematikan panggilan.

Kate menghidupkan enjin kereta dan terus bergerak menuju ke rumah Damia.

Bila ketua kata turun padang maknanya, ada latihan perlu dilaksankan. Jika ketua kata lari padang, maknanya peperangan akan terjadi tidak lama lagi.

15 JANUARI 2019
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now