BAB 28

8K 383 3
                                    

Pintu bilik diketuk perlahan beberapa kali sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabat bertemakan istana itu. Damia berjalan dengan penuh gaya dan sopannya. Dia berdiri di hadapan meja majikannya. Fail yang dipegangnya tadi diserahkan kepada Adam untuk diperiksa.

"Ini fail yang tuan minta minggu lepas." Beritahu Damia senada.

Adam melihat fail itu. "Baru sekarang nak bagi?" Soal Adam serius.

"Maaf tuan. Pihak yang kendalikan projek ni ada masalah sikit untuk siapkan dokumen yang tuan minta jika ikut deadline yang tuan bagi." Jawab Damia tenang.

"Bawa dia jumpa saya sekarang." Arah Adam tegas.

Damia mengangguk dan beredar keluar dari bilik itu. Lepas nafas lega dia keluar dari bilik tu. Mahu tak kecut perut dia. Pagi tadi saja dah 2 pekerja yang kena tengking dengan majikannya itu. Ini kalau termasuk pekerja yang kendalikan projek tadi tu, 3 pekerja dah kena tengking nanti. Mood boss tak luck lah hari ni.

Damia bergerak ke tingkat bawah untuk memanggil ketua yang mengendalikan projek tadi. Tak tahu apa yang patut dia cakap. Takut budak tu lari tak cukup tanah je nanti. Silap-silap air mata berdarah pun boleh keluar lepas kena marah dengan boss.

"Hai Syifa." Sapa Damia kepada kerana wanita di tingkat bawah.

"Oh Mia. Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke?" Soal Syifa mesra.

Damia tersengih. "Tolong panggilkan Luqman boleh tak? Boss besar nak jumpa."

Syifa ternganga sekejap. Mendengar perkataan boss besar sahaja boleh buat semua orang kecut perut. Apatah lagi berjumpa dengan dia.

"Saya pergi dulu ye. Jangan lama-lama tau panggil Luqman tu. Mood boss tak beberapa baik sikit hari ni." Pamit Damia.

Syifa meneguk liur. Butang merah ditekannya. "Perhatian kepada encik Luqman, anda diminta untuk naik ke atas berjumpa dengan Tuan Adam sekarang." Beritahu Syifa tenang.

Pekerja yang lain semua memandang Luqman yang sudah bergerak untuk naik ke tingkat atas. Ada juga yang sempat berkata good luck kepadanya. Haihh bikin kecut lah mereka semua ni.

Adam menyemak semua dokumen-dokumen yang bertimbun. Baru sekarang dia nampak ada kesalahan di setiap dokumen itu. Entah. Nak kata dia majikan yang cuai, rasanya dia akan periksa betul-betul kalau ada projek baru masuk. Tapi sejak dua tiga menjak ni, fikirannya berserabut. Dengan penyakit pening kepala yang datang secara tiba-tiba. Buatkan dia stress.

Luqman mengetuk pintu pejabat majikannya dengan kekuatan semangat yang terkumpul dari rakan sekerjanya. Sebaik sahaja disuruh masuk, langkah Luqman laju tetapi berdebar.

Adam dengan muka tegangnya memandang pekerjanya. Matanya bergerak ke arah kerusi menyuruhnya duduk. Luqman duduk dengan takut-takut.

"1 reason why the submission was late." Kata Adam serius.

"First of all, saya minta maaf banyak-banyak pada tuan sebab hantar dokumen yang tuan minta tu lewat. Alasan yang saya boleh berikan, isteri saya baru sahaja lepas bersalin minggu lepas." Terang Luqman tenang.

Adam memandang Luqman lama. "Tak minta cuti ke?" Soal Adam.

"Dah tapi sepatutnya minggu depan."

"Due date terawal ke macam mana?"

"Nampaknya macam tu lah. Saya minta maaf tuan."

Adam menyandarkan badannya ke kerusi. "Anak pertama?"

Luqman mengangguk.

"Saya dah check dokumen ni. Glad that tak ada mistakes yang awak buat. Dengan itu saya bagi awak cuti awal mulai hari esok sampai cuti yang awak minta tu."

Luqman memandang majikannya itu tidak percaya. Seperti mimpi. Tidak dia sangka yang dia akan dapat cuti seawal ini.

"Betul ke ni tuan?" Soal Luqman tidak percaya.

Adam mengangguk sambil tersenyum. "Congrats for the baby. Awak boleh keluar."

"Terima kasih tuan. Terima kasih sangat-sangat." Ucap Luqman gembira. Dia menunduk hormat tanda terima kasihnya. Dia keluar meninggalkan bilik majikannya dengan hati yang ceria. Balik ni dia dah berkira-kira nak terus pergi hospital jenguk isterinya.

Adam tersenyum senang. Hatinya terdetik bagaimana perasaan dia nanti bila dapat tahu yang dia akan jadi bapa tidak lama lagi? Nak pula bila bayi itu selamat dilahirkan. Mungkin sebab itu hatinya berlembut sikit dengan Luqman.

"Mia. Masuk kejap." Suruh Adam melalui butang interkom di atas meja.

👑👑👑

"Hanna okay ke?" Soal Kate risau.

Hanna mengelap mulutnya dengan tangan lagi satu menahan rambutnya dari terjuntai.

"Okay kak." Jawab Hanna tidak bermaya.

Sekali lagi mulutnya mengeluarkan segala kahak yang sedang bermaharajalela di dalam tekaknya. Segala isi di dalam perut habis dikeluarkannya. Air matanya mengalir dengan hebat. Teresak-esak dia menahan sakit.

Kate daripada luar sudah risau menggelabah. Takut apa-apa jadi dekat Hanna. Sudah lah Adam tiada di rumah sekarang ni. Hari pula dah nak masuk ke tengah hari. Mendengarkan Hanna tidak berhenti-henti mengeluarkan bunyi dia sedang menangis buatkan Kate bertambah risau.

"Hanna. Okay ke tak ni?" Soal Kate lagi.

Hanna membuka pintu bilik air bawah dengan muka pucatnya. Bibirnya pucat, matanya sembap dan air mata tidak berhenti mengalir.

"Okay tak ni? Nak pergi klinik tak?" Soal Kate sambil tangannya memapah tubuh Hanna ke ruang dapur.

Hanna duduk di kitchen island sambil kepalanya menahan sakit. Memang macam ni lah dia kalau sakit. Demam tu boleh tahan lagi. Tapi kalau dah masuk muntah-muntah, memang pengsan lah dia jawabnya lepas ni. Cuma tunggubmasa je.

Kate memberi segelas air kepada Hanna. Risau dia tak payah kata lah. Baru berapa minit belajar dah berlari masuk tandas. Dia pula datang lambat sebab ada hal. Siapa yang tak terkejut?

"Kita pergi klinik ye?" Ajak Kate lembut.

Hanna menggeleng perlahan.

Degilnya kau ni Hanna. Dah sakit macam ni pun berkeras tak nak pergi klinik.

"Tak apa lah kak. Hanna okay. Sikit je ni. Kita sambung belajar jom." Hanna bangun dari kerusi dan ingin bergerak ke ruang belajarnya. Tangannya menyentuh dinding menahan badannya daripada jatuh. Kerana dia tahu dia akan pengsan tak lama lagi.

Tinggal beberapa langkah nak masuk ke ruang belajar, Hanna rebah tiba-tiba. Pandangannya dengan sepantas kilat menjadi gelap. Sempat dia dengar Kate menjerit namanya.

"Hanna!" Jerit Kate dan terus menerpa ke arah Hanna yang sudah rebah itu.

👑👑👑

15 DISEMBER 2018
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***

Jeng! Jeng! Jeng!

Surprise on next chapter!

Mesti korang tak sabar kan nak tahu apa yang akan terjadi lepas ni?

Tunggu je lah ye minggu depan ke, bulan depan ke, tahun depan ke (?)

The Royal Husband || COMPLETEDWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu