BAB 25

8.5K 350 4
                                    

Salmah membetulkan tudungnya menjadi lebih rapi. Baju kurung yang tersarung cantik ditubuhnya dibetulkan. Pertama kali dalam hidupnya memakai pakaian seperti ini. Kalau tidak disebabkan duit, tak ada maknanya dia nak pakai pakaian sebegini.

Kamal yang memerhati dari jauh hanya tersenyum sinis. Tidak dapat dia bayangkan kalau isterinya itu berpakaian sebegini hari-hari. Bayangkan nak jual badan dengan pakaian macam tu. Memang cari pasal lah dengan bapak ayam.

"Okay ke?" Soal Salmah kepada Kamal yang sedang memerhatikannya itu.

"Hmm not bad. Kalau orang tengok pun dia orang tak kan tahu yang kau ni pelacur." Kamal gelak besar.

Salmah berdecit. Dia tahu diri dia siapa. Dia sedar akan hal itu.

"Aku pergi dulu." Pamit Salmah lalu bergerak ke pintu untuk keluar.

"Semoga berjaya!" Laung Kamal memberi kata semangat.

Kamal tersenyum puas. Tak lama lagi angan-angannya akan menjadi kenyataan.

👑👑👑

Kate fokus mengajar Hanna yang cepat tangkap itu. Pertama kali dia melihat wanita itu, dia tahu wanita itu seorang yang bijak. Selesai satu jam untuk satu subjek, mereka akan berehat 5 minit sebelum sambung ke subjek seterusnya.

Hanna hanya mengambil 8 subjek untuk pembelajarannya. Bahasa Malaysia, English, Mathematics, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Seni Visual. Cumanya Kate tidak akan mengajar Pendidikan Islam memandangkan dia bukan seorang muslim. Jadi Hanna akan belajar sendiri dengan bantuan Adam.

"Seronok pula akak ajar Hanna. Cepat faham dan cepat tangkap." Puji Kate sewaktu mereka sedang berehat.

Hanna hanya tersengih suka. Dia tak nafikan yang dulu dia seorang pelajar cemerlang. Tetapi disebabkan keluarganya buat masalah, dia berhenti sekolah pada awal tingkatan 5 dulu. Tidak hairan lah dia masih ingat akan subjek-subjek yang pernah dia belajar dulu.

"Kalau dalam masa sebulan Hanna boleh habiskan dan faham semua subjek, hujung tahun ni Hanna boleh ambil SPM. Lagipula SPM nak dekat dah." Ujar Kate.

"Hanna tak kisah. Lagi cepat lagi bagus. Tapi nanti Hanna ambil SPM dekat sekolah atau dekat rumah?" Soal Hanna.

"Dekat rumah je. Nanti akan ada orang yang akan pantau masa Hanna ambil SPM nanti."

Hanna mengangguk faham.

Ketika itu, loceng rumahnya berbunyi. Hanna dan Kate saling berpandangan. Siapa datang? Hanna memandang sekilas jam yang tergantung di dinding. Dia bangun lalu bergerak ke pintu.

Buka sahaja pintu, wajahnya jelas menunjukkan riak terkejut.

"M--ma--mak?" Kaki Hanna diundur ke belakang sedikit.

"Hanna." Panggil Salmah sopan. Sopan di sebalik topengnya.

"Mak buat apa kat sini?" Soal Hanna takut-takut. Matanya meliar di sekeliling rumah. Takut jika bapa angkatnya turut ada sekali.

"Mak datang nak jumpa Hanna. Mak nak minta maaf. Mak banyak buat salah pada Hanna." Kata Salmah bersungguh.

Hanna menelan liur.

"Hanna dah lama maafkan mak. Mak balik lah."

Sungguh! Hanna takut sekarang ini. Firasatnya kuat mengatakan yang wanita di hadapannya ini hanya berlakon sahaja.

Hanna memegang erat tombol pintu. Takut-takut sesuatu terjadi nanti, dia boleh terus menutup pintu.

"Tak Hanna. Mak betul-betul nak minta maaf. Ikut mak balik ye? Kita bina hidup baru." Pujuk Salmah.

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now