BAB 12

11.7K 481 1
                                    

SWITZERLAND

Hai Switzerland! Pertama kali dalam seumur hidup, Hanna menjejakkan kakinya di bumi Switzerland. Terasa seperti mimpi tetapi berulang kali dia cuba bangun daripada mimpi. Tidak berhasil malah merasakan yang semua ini realiti. Bagaimana Adam bercakap dengannya, menyentuh kulitnya, ini semua bukan mimpi. Ini realiti!

Udara yang sejuk menyapa pipi gebu Hanna. Ye lah kan, tengah musim sejuk. Kan dah hujung tahun. Dari lapangan terbang, tersergam indah gunung dan ganang yang menjadi tumpuan utama bumi Switzerland. Gunung yang penuh dengan salju putih. Kalau naik atas tu, boleh mati kesejukan tak agak-agak? Keberangkalian tu mungkin ada pada yang tak tahan sejuk. Alarr tak pe. Kalau sejuk sangat, peluk abang Adam kuat-kuat. Ahaks! Gatal ea kau Hanna.

"Jom." Ajak Adam. Tangan Hanna ditarik ke kereta yang telah menunggu mereka 30 minit sebelum mereka mendarat.

Hanna hanya menurut. Tempat orang tak boleh sesuka hati main terjah. Tak pasal-pasal kita yang dapat padah nanti.

"Good morning prince Adam." Ucap pembantu peribadi Adam yang dulunya tinggal bersama datuknya. Sekarang ni pun dia masih tinggal di istana England. Adam hanya meminta pembantu peribadinya itu mengawalnya jika dia ke luar negara sahaja. Jika di Malaysia, Adam cuma ingin bebas. Menjadi rakyat biasa di bawah kerajaan Malaysia.

Adam mengangguk menerima ucapan pembantu peribadinya itu. Bagasi diberikan kepada pembantu peribadi Adam untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta.

Hanna perhatikan sahaja dua orang lelaki di hadapannya ini. Cakap bahasa apa entah. Dia bukannya tahu bahasa lain selain bahasa Melayu. Maklumlah tak sekolah.

"Hanna." Panggil Adam. Dia menggamit tangan Hanna lalu menyuruh isterinya itu masuk ke dalam kereta.

Sebaik sahaja Adam masuk dan pintu ditutup, Hanna merangkul erat lengan Adam. Takut barangkali. Mungkin juga trauma. Tengok lah lelaki yang duduk di tempat pemandu tu. Besar bukan main. Besar bukan bermaksud gemuk. Badan dia sasa macam tu lah.

"Dia ni siapa abang? Pemandu pelancong kita ke?" Bisik Hanna ke telinga Adam.

Pembantu peribadi Adam memandang ke belakang melihat dua pasangan itu. Wajah Hanna dipandang sekejap sebelum dilemparkan senyuman kepada Hanna.

"Saya John. Pembantu peribadi pute..."

"Ehem! Sayang nak panggil dia pemandu pelancong pun boleh. Tapi dia ni lebih kepada pembantu peribadi abang. So, sepanjang kita dekat sini, dia akan jaga kita dan bawa kita ke mana-mana tempat yang kita akan pergi." Potong Adam pantas.

Nyaris-nyaris kantoi je tadi. John ni pun satu, agak lah nak panggil orang putera. Tak pasal-pasal terkejut beruk bini aku nanti.

Hanna mengangguk.

John tersenyum sumbing mengakui kesalahannya apabila Adam menjelingnya tajam.

"Kita nak ke mana dulu tuan?" Soal John yang fasih berbahasa Melayu itu.

"Villa. Let us rest first. After Asar you can pick us to the place that I told you before." Jawab Adam lancar.

Hanna hanya senyap. Pelik lah juga. John tanya dalam bahasa Melayu tapi Adam jawab dalam bahasa Inggeris. John ni orang Melayu ke orang Inggeris? Tapi nama dia macam orang Inggeris. Eh ada je orang Melayu macam nama orang Inggeris. Eh pening lah.

Hanna memandang ke luar tingkap. Tubuhnya yang sedari tadi lekat dengan Adam kini dianjakkan ke tepi pintu. Tangannya naik menekup pipi. Masya Allah! Cantiknya!

Adam memerhatikan Hanna. Terpesona lah tu. Adam tersenyum melihat Hanna gembira.

"Abang! Nanti kita pergi situ boleh?" Soal Hanna keriangan.

Adam mengangguk. "Malam nanti ye. Sebab kat situ kalau malam cantik."

Hanna mengangguk suka. Yey! Macam mana lah kan perasaan orang berdating ni? Mesti sweet je. Sambil pegang tangan. Lepas tu yang lelaki peluk pinggang perempuan tu. Ahhh! Tak boleh bayangkan!

♡♡♡

Hanna tercengang melihat sebuah rumah yang sebesar alam berada di hadapannya. Tidur kat sini ke nanti? Kenapa besar dia macam rumah? Ini hotel ke rumah ni?

"Besarnya! Kita tinggal dekat sini ke abang?" Tanya Hanna dengan mukanya yang kagum itu.

"Ya sayang." Jawab Adam sambil mengangkat bagasinya dan Hanna daripada bonet kereta.

Hanna memusingkan badannya menghadap Adam.

"Call me if anything emergency happen." Beritahu Adam kepada John.

John menangguk. Dia memandang Hanna lalu memberikan senyuman.

"Saya balik dulu ma'am." Ucap John ramah.

John tahu Hanna tidak faham bahasa Inggeris. Maka, dengan sebab itu dia belajar bahasa Melayu sebelum bersemuka dengan Hanna. Itupun atas arahan Adam sendiri. Untungnya dia cepat faham. Jadi tak ada masalah baginya.

Hanna mengangguk. Tangannya dilambaikan kepada John. Sebaik sahaja John masuk ke dalam kereta, Adam membawa Hanna masuk dengan kedua-dua bagasi mereka.

"Kita je ke dalam rumah ni?" Soal Hanna sambil matanya melilau ke seluruh villa.

Adam mengangguk.

"Biar betul?! Kenapa abang tak tempah hotel? Bukan ke kalau orang pergi honeymoon dorang akan tinggal dekat hotel?"

"Tak payah lah membazir. Villa ni atuk abang yang punya. Dia suruh tinggal dekat sini je daripada tinggal dekat hotel. Lagipun, tempat ni jauh sikit dari bandar. So, tak de lah bising sangat. Kita nak tidur pun senang." Terang Adam.

Hanna mengiakan sahaja apa yang Adam kata. Mereka naik ke atas membersihkan diri terlebih dahulu dan berehat seketika.

"Kalau Hanna nak tidur dulu, pergi lah. Petang sikit karang baru kita keluar." Beritahu Adam sebaik sahaja Hanna keluar daripada bilik air.

Hanna megangguk. Adam berlalu masuk ke dalam bilik air membersihkan dirinya pula.

Hanna membawa dirinya ke cermin. Rambutnya dilepaskan lalu disikat rapi. Bathrobe yang terikat kemas di pinggangnya diketatkan lagi ikatannya. Langsir yang menutupi sliding door ditarik memberi ruang kepada cahaya untuk masuk. Matanya terpanar seketika dengan keindahan di hadapan matanya. Cepat-cepat dia membuka sliding door dan menapak keluar ke balkoni villa itu. Paling mengejutkan balkoni itu boleh berhubung terus dengan pemandangan yang baru dia lihat sebentar tadi.

Macam mana benda ni boleh berlaku? Kenapa ianya sangat mustahil untuk dipercayai? Betulkah apa yang dia lihat? Rasa nak menangis! Sungguh! Bahagia itu bukan datang tanpa kita pinta. Tetapi ia lahir sendiri dalam perasaan kita.

28 OGOS 2018
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***

"Setiap keindahan yang ada di muka bumi ini Allah jadikan ia untuk manusia lihat betapa besarnya kuasa Dia. Allah juga ingin manusia bersyukur dengan apa yang mereka lihat."

***

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now