BAB 21

8.9K 380 5
                                    

Tubuh kecil itu rebah di atas katil empuk bercadar putih itu. Penatnya bukan main! Padahal duduk je pun. Mungkin jetlag mempengaruhi badannya ketika itu. Adam melihat isterinya yang sedang terkulai lemah di atas katil. Penat sangat ni. Biar lah isterinya berehat sekejap.

Adam membuka bajunya lalu dibaling masuk ke dalam bakul baju kotor. Tuala yang tersangkut di ampaian diambil dan dibalut di pinggangnya. Seluarnya dibuka dan ditarik ke bawah.

Hanna merapati suaminya lalu dipeluk dari belakang. "Nak mandi dah ke?" Soal Hanna.

"Hmm.. badan melekit. Tak selesa kalau terus tidur." Jawab Adam.

Hanna melepaskan pelukan dan membuka lilitan tudungnya. Tualanya yang tersangkut di ampaian diambil dan disangkut ke bahunya. Kemudian, dia menarik tangan Adam masuk ke dalam bilik mandi.

"Buka lah baju tu dulu sayang." Suruh Adam yang masih ditarik oleh Hanna.

"Hehehe. Tak pe. Abang boleh bukakan nanti." Katanya sambil tergelak bahagia.

Adam menggeleng tersenyum. Kenapa suka sangat mandi sama-sama budak ni 2 3 hari ni?

...

Adam dan Hanna duduk di ruang tamu merehatkan diri. Cerita yang ditayangkan tidak menarik perhatian mereka langsung. Dah kau tengok tayangan Soal Jawab, memang lah tak menarik perhatian.

Bosan menonton, Adam menukar siaran ke siaran movie. Tengok movie lagi best kot. Nasib mereka malang juga ketika itu, adegan panas di atas katil menjadi tatapan mereka. Nak tukar ke tak nak? Ke biar je? Remote yang masih digenggam kemas itu, Adam letak tepi.

"Abang. Lapar..." rengek Hanna manja. Membuang segala yang berkaitan dengan seks.

Cepat-cepat Adam menukar siaran. 617. Kartun pun kartun lah.

"Nak makan luar ke?"

"Ermm nak makan maggi. Dah lama tak makan maggi." Pinta Hanna manja.

Adam memandang pelik. Maggi? Makanan tak sihat tu?

"Tak elok lah makan maggi. Rambut banyak gugur nanti." Beritahu Adam.

"Eh ye ke? Selama ni tak de pun rambut Hanna gugur. Elok je ni ha. Boleh lah abang. Nak makan maggi. Please..." Hanna membulatkan matanya memandang Adam. Berharap permintaannya tak akan ditolak.

Lama Adam menahan gelak dan akhirnya termakan juga dia dengan permintaan isterinya itu. Kena juga mengalah. "Ye lah ye lah. Tapi sebulan sekali je boleh makan maggi. Faham?"

Hanna mengangguk laju. Sukanya dia tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.

Adam bangun menuju ke ruang dapur. Periuk diambil lalu diisi air untuk didihkan. Pusing sahaja badan, terpacul wajah Hanna di hadapannya. Terkejut beruk dia.

"Terperanjat abang!"

Hanna gelak. "Sorry." Kedua-dua tangannya dinaikkan tanda meminta maaf.

"Jangan buat macam tu lagi lepas ni. Abang mati nanti, Hanna juga yang susah."

"Haa alarr... jangan lah sebut pasal mati. Hanna tak nak abang mati dulu. Bagi Hanna mati dulu." Katanya sambil memeluk tubuh Adam.

"Tahu takut." Kepala Hanna dikucup. Siapa lah yang tak takut mati. Nak pula bila orang yang kita sayang dan cinta pergi dulu sebelum kita.

"Hanna duduk situ dulu. Bagi abang siapkan maggi ni." Arah Adam lembut.

Hanna menggeleng. "Tak nak. Nak tengok abang masak." Rengeknya manja. Pelukannya dieratkan.

"Hanna ni kenapa? Dua tiga hari ni pelik semacam." Fikir Adam.

"Pelik apanya? Biasa je lah. Abang masak lah. Hanna duduk dulu." Pelukan dilepaskan dan dia berlalu duduk di atas kerusi kitchen island itu.

The Royal Husband || COMPLETEDWo Geschichten leben. Entdecke jetzt