BAB 45

7.4K 316 10
                                    

Adam menunggu ketibaan mereka dengan penuh debaran. Perasaan ini tidak sama seperti pertama kali dia berjumpa Syafiqah. Perasaan yang dia rasa kali ini seperti dia akan berjumpa dengan seorang ayah yang akan menentang habis-habisan hubungannya dengan anaknya.

Adam menggeleng kepala laju. Apa fikir macam tu. Fikiran yang entah apa-apa itu dibuang jauh-jauh. Dia cuba berfikir positif. Menenangkan fikirannya. Memujuk jantungnya agar tidak mengepam terlalu laju.

Damia dan Kate masuk ke dalam perkarangan ruangan beriadah. Tersemat senyuman di bibir mereka. Dituruti Izzat dan Fiqri yang membawa keluarga Lutfi.

Aiman yang berada di dukungan bapanya menangis teresak-esak tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Ketakutan yang melanda dirinya seakan esok dia tidak akan hidup lagi. Lutfi menepuk perlahan punggung kecil itu menenangkan hatinya. Bapa mana yang tak risaukan anaknya?

Damia, Kate, Izzat dan Fiqri duduk di sofa yang nampak mewah itu. Keluarga Lutfi hanya berdiri di situ. Masih takut dan tidak tahu apa yang akan mereka alami sebentar nanti.

Selang beberapa minit, Adam dan Syafiqah masuk ke dalam ruangan beriadah itu.

"Jemput duduk Encik Lutfi." pelawa Adam sopan.

Mereka semua duduk di posisi yang selesa.

Syafiqah yang seakan terpinga-pinga itu mengamati lama wajah-wajah yang berada di hadapannya. Hatinya berdebar tiba-tiba. Ada sesuatu yang bakal terjadi.

"Sebelum saya masuk ke perkara yang nak dibincangkan, boleh saya tahu kenapa encik serta keluarga encik datang ke London ye? Saya dapat tahu yang encik juga ada datang ke majlis pertabalan bapa saya sebagai raja." ujar Adam.

Lutfi memandang setiap wajah yang berada di ruangan itu. Mereka tidak kelihatan seperti orang jahat. Motif dia dibawa ke sini hanya untuk kejadian semalam sahaja ke?

"Encik tak perlu takut. Kami hanya mahu ambil keterangan sahaja." beritahu Fiqri menyedapkan hati Lutfi.

Lutfi memandang isterinya yang berada di sebelah. Liza mengambil Aiman duduk di ribanya. Membenarkan suaminya bercerita dengan tenang.

"Saya tidak berniat jahat untuk datang ke majlis pertabalan bapa tuan semalam. Niat saya, saya cuma ingin mencari adik saya yang hilang 15 tahun yang lepas." beritahu Lutfi.

Adam menangguk. "Apa yang membuatkan encik datang ke majlis semalam? Adik encik yang hilang itu tinggal di London?" soal Adam.

Lutfi menggeleng. "Saya dapat tahu yang adik saya berkahwin dengan anak raja. Saya tak pasti adakah tuan yang dimaksudkan. Andai tekaan saya salah, saya minta maaf." jawab Lutfi.

Adam tersenyum mendengar jawapan itu. Dia mengeluarkan sekeping gambar dari poket bajunya lalu diletakkan di atas meja.

"Encik tahu tentang gambar ni?" soal Adam memandang Lutfi.

Lutfi menelaah gambar tersebut. Riak terkejut jelas terpancar di wajahnya. "Tuan dapat daripada mana gambar ni?" soal Lutfi.

Serentak itu, Lutfi turut mengeluarkan sekeping gambar yang sama dari begnya.

Syafiqah yang menyaksikan situasi ini berganda terkejut. Adakah mungkin? The last missing piece. Syafiqah berlari ke biliknya mencari sesuatu. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan sekeping gambar yang sudah terbelah dua.

Di atas meja itu ada 3 keping gambar yang sama. Ketiga-tiga gambar itu ada kesan terbakar. Hanya gambar milik Syafiqah sahaja yang terbakar teruk sehingga terbelah dua.

Lutfi secara automatiknya memandang Syafiqah. Dia dengan pantas mengambil kedua-dua tangan Syafiqah. Diteliti kedua-dua tangan itu.

"Iqa. Betul? Iqa kan?" soal Lutfi tidak percaya.

The Royal Husband || COMPLETEDOnde histórias criam vida. Descubra agora