BAB 30

9.2K 369 11
                                    

"Sayang... hati-hati turun tu. Tangga tu dah lah licin." Pesan Adam dari belakang Hanna.

Hanna yang baru menuruni satu anak tangga berhenti melangkah. Dia melepaskan nafas perlahan.

"Abang. Tangga ni tak licin pun. Abang letak carpet lagi ni haa. Warna merah pula tu. Macam ada event je kat dalam rumah ni tahu tak?" Balas Hanna.

"Abang bukan apa. Hanna tu dah lah pregnant. Kalau jadi apa-apa dekat baby abang ni macam mana?" Adam memegang tangan Hanna memimpinnya menuruni tangga.

"Kalau ibu dia tahu jaga diri, baby ni akan selamat abang." Jawab Hanna lembut.

"Ye tahu. Tapi tetap kena jaga keselamatan."

"Ye abang. Baik lah."

Adam menarik kerusi di kitchen island itu lalu mendudukkan Hanna dengan cermat. Jaga bini betul Adam ni.

"Nak breakfast apa hari ni?" Soal Adam.

"Roti bakar salut coklat?" Jawab Hanna yang jawapannya lebih kepada soalan.

"Ini mamanya yang nak makan ke, anaknya yang nak makan?" Soal Adam.

"Mamanya lah. Abang ni... dah cepat pergi buatkan roti bakar. Pastu nak air teh susu."

"Okay sayang."

Adam menurut segala perintah isterinya hari ini. Dia memgambil cuti hari ini untuk menjaga isterinya. Mungkin juga dia akan ambil cuti sepanjang isterinya mengandung. Masih dia ingat pesanan datuknya dulu. Isteri adalah keutamaan. Kerja-kerja rumah yang selalu Hanna lakukan sudah beralih kepada Adam. Hanya memasak sahaja Adam serahkan kepada Hanna. Kang tak pasal-pasal berasap dapur tu dek kerja Adam. Dah satu hal nak bayar ganti rugi.

👑👑👑

Syafika membuang pandang ke luar tingkap. Entah apa yang difikirkannya. Kehidupan atau kematian? Hatinya sering tak tenang sejak akhir-akhir ini. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang besar bakal terjadi. Tapi apa?

"You okay tak ni Fika?" Soal Irfan yang sedang memandu di sebelah.

Syafika memandang sekejap wajah tepi Irfan yang kacak itu.

"Okay je." Jawab Syafika ringkas.

"I tengok you asyik termenung je lately ni. You ada masalah ke? Cuba share dengan I. Mana tahu I boleh tolong." Cadang Irfan. Dia membelok ke kiri memasuki lorong bangunan lama itu.

"Entah lah. I pun tak tahu. Hati I ni makin tak tenang lately ni. I rasa ada something yang bakal terjadi." Beritahu Syafika.

Dia memang tidak ragu-ragu dengan Irfan yang merupakan tunangnya itu. Sebagai pasangan, bukankah kita patut kongsi masalah yang kita hadapi? Nak pula berkaitan dengan hati. Jujur, Irfan adalah seorang yang sangat memahami. Lihat riak wajah Syafika sahaja dapat dia agak yang tunangnya itu ada masalah. Tak berkaitan pelajaran, berkaitan dengan rakan serumah. Tak dengan itu, berkaitan dengan perasaan. Dalam erti kata lain, tiada rahsia antara mereka.

"Something? What do you mean by that?" Soal Irfan.

Syafika mengeluh perlahan. "I don't know."

"You risau pasal wedding kita ke nanti?"

Syafika menggeleng. "Wedding tu I tak risau sangat. Entah lah Ian. I pun tak tahu. Hati I sangat tak tenang sekarang ni."

Irfan memakirkan kereta Honda Civic nya di hadapan kedai makanan kesukaan mereka.

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now