BAB 8

12.5K 534 4
                                    

Hanna menilik jam yang tergantung di dinding ruang tamu itu. Jam sudah pun menunjukkan tepat 10 malam. Bunyi deruan kereta melakarkan senyuman di bibirnya. Penantiannya selama 1 jam akhirnya berkahir. Dia berlari anak ke muka pintu. Menyambut kepulangan suami. Baru sahaja dia ingin memulas tombol pintu, pintu itu telah pun terbuka. Terpapar muka Adam dengan reaksi terkejutnya.

"Abang!" Panggil Hanna dengan wajah cerianya.

Adam memandang pelik. Dah kenapa bini aku ni? Adam memerhati tubuh Hanna. Baju siang tadi masih tersarung di badannya. Hanya tudungnya sahaja yang telah dibuka.

Adam melangkah masuk ke dalam rumah. "Asal tak mandi lagi ni?" Pintu ditutup lalu dikunci.

"Ye lah. Memang suka buat Hanna pening kan? Rumah abang ni dah lah besar. Mana satu bilik kita pun bukannya Hanna tahu." Hanna mencebik geram.

Adam gelak. Haih pasal bilik pun nak marah? Adam mengangkat bagasinya dan Hanna naik ke atas memandangkan bagasi itu masih belum beranjak ke tempat lain.

Hanna mengekori Adam yang sedang naik ke atas. "Abang, kenapa banyak sangat bilik dalam rumah ni? Siapa yang nak duduk? Abang tinggal sorang je kan dulu? Abang tak bosan ke duduk sorang-sorang dalam rumah ni? Rumah besar macam ni larat ke abang nak kemas? Mesti harga rumah ni mahal kan abang? Abang ooo abang. Abang dengar tak Hanna cakap apa? Ab...?" Bagaikan ada satu renjatan mengena tubuh Hanna. Matanya bulat memandang Adam. Nasib baik badannya tidak terjatuh ke belakang. Kalau tidak... sia-sia aje Adam kahwin dengannya.

"Nak kena kiss baru diam ke Hanna?" Soal Adam yang sedang mengukir senyum nakal.

Pinggang Adam dicubit Hanna.

"Sakit lah sayang..." aduh Adam.

"Buat lagi macam tu siapa suruh?" Hanna menjeling tajam.

"Habis tu? Banyak sangat soalannya. Abang beli rumah besar macam ni nak bagi Hanna selesa tinggal dengan abang." Adam memimpin tangan Hanna masuk ke dalam bilik mereka.

"Sebab utamanya ialah, kehidupan Hanna yang dulu tak kan sama dengan kehidupan Hanna yang sekarang. Sebab tu abang buat macam ni. Hanna isteri abang. Abang patut bagi yang terbaik untuk Hanna dan juga anak-anak kita nanti." Terang Adam.

"Dah. Jom mandi." Sambung Adam lagi.

"Abang mandi dulu." Suruh Hanna malu-malu.

"Sampai bila?" Soal Adam.

"Hanna malu." Jawab Hanna.

"Hanna isteri abang kan?"

Hanna mengangguk.

"Seorang isteri tak kan lawan suami dia kan?" Duga Adam.

Hanna menekur lantai.

"Seminggu dah Hanna." Suara Adam kini mula kendur.

"Abang tak boleh paksa Hanna." Hanna memujuk.

Adam duduk di birai katil. Tangan Hanna digamit lembut. Mata Hanna dipandang dalam.

"Ye memang abang tak boleh paksa Hanna. Tapi abang ada nafsu Hanna. Suami mana yang tak tergoda tengok isteri dia hari-hari? Suami mana yang tak kan sentuh isteri dia sampai bila-bila?" Soal Adam.

"Hanna belum bersedia." Jawab Hanna takut-takut.

Adam mengeluh panjang. "Hanna pergi lah mandi dulu." Suruhnya lemah.

"A-abang..."

"Pergi mandi." Suara Adam berubah kepada tegas.

Hanna berjalan ke arah bagasinya. Mengambil tuala mandi dan baju tidur yang dihadiahkan oleh puan Aisyah. Dia mengeluh perlahan ketika mengambil baju itu. Hanna, kau buat benda yang betul. Kau dapat pahala tunaikan apa yang suami kau nak.

Hanna melangkah ke bilik mandi sambil menunduk.

Adam memerhati setiap tingkah Hanna sehinggalah isterinya itu hilang dibalik pintu bilik mandi. Dia mengeluh. Tubuhnya dibaringkan menghadap siling. Belakang tapak tangannya diletakkan di atas dahinya yang bersih itu. Dia memejam mata sekejap.

Hanna keluar daripada bilik mandi dengan pakaian yang dihadiahkan oleh puan Aisyah. Sempat ditilik baju itu sebelum keluar. Sejujurnya, ini lah kali pertama dia memakai baju seperti itu. Dia tidak menafikan yang baju itu tersangat lah jarang! Orang tengok pun boleh nampak pakaian dalamnya. Okay Hanna, dalam Islam memang kau tak boleh pakai pakaian macam ni dekat luar. Tapi, bila kau dengan suami berdua, kau dapat pahala. Ingat, syurga kau terletak di bawah telapak kaki suami kau. Okay! You can do it!

Hanna melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas katil. Tidur dah ke? Hanna mendekati tubuh itu. Badannya dibongkokkan melihat wajah Adam.

"Awak... awak..." lembut suara itu memanggil.

Adam tersedar. Hanna yang berada di hadapannya dipandang. Senyuman terukir di bibir munggil itu. Adam masih dengan muka seriousnya. Dia membangunkan badannya dan Hanna membetulkan kedudukannya.

Adam terpana seketika. Dia melihat setiap inci tubuh Hanna. Dari bawah hingga ke atas. Rambut yang panjang dibiarkan lepas. Adam memandang wajah isterinya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Mana Hanna dapat baju ni?" Adam menyandar badan dengan kedua-dua belah tangannya dikebelakangkan menapung badannya. "Setahu abang, abang tak de belikan baju ni untuk Hanna kan? Ke Hanna beli tanpa pengetahuan abang?" Keningnya diangkat.

"Mama yang bagi." Jawab Hanna ringkas.

Adam mengangguk.

Suasana sepi.

Hanna menguis-nguis ibu jari kakinya menahan debar. "Abang jangan lah tengok Hanna macam tu." Hanna menunduk.

"Isteri abang kan? Salah ke kalau abang tengok? Nak pula Hanna pakai macam ni. Iman siapa yang tak goyah sayang oii...?" Adam gelak halus di hujung ayatnya.

"Abang nak mandi dulu." Adam bangun. "Hanna..." dia mendekati isterinya. "Jangan lari." Bibirnya dirapatkan ke telinga Hanna. "Abang nak Hanna  sepenuhnya malam ni juga." Bisik Adam.

Hanna menelan liur. Adam berlalu pergi membersihkan diri yang sudah melekit itu.

18 OGOS 2018
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***

"Hari di mana kau jadi milikku, selamanya kau akan menjadi milikku."

***

Happy Saturday!

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now