BAB 9

12.9K 527 8
                                    

Hanna menepuk tangan apabila sarapan yang dibuatnya telah siap terhidang. Dia melihat jam di dinding. 7.30 pagi. Dia melihat ke arah tangga. Adam turun dengan lengkap berpakaian kemeja berserta coat nya. Langkahnya dituju ke arah dapur. Hanna sedang tersenyum ke arahnya. Manisnya senyuman itu.

"Abang nak makan?" Soal Hanna prihatin.

Adam mengangguk. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Hanna masak nasi goreng je. Tak pe kan?"

"Sayang masak lah apa pun. Abang makan je."

Hanna menyedok nasi goreng kampung yang dimasaknya ke dalam pinggan. Pinggan itu kemudiannya diberi kepada Adam. Adam menyambut dengan cermat.

Adam mengambil sudu lalu disudukan nasi itu ke dalam mulutnya. Dia mengangguk mengakui kesedapan nasi buatan isterinya.

"Thank you." Ucap Adam.

Hanna senyum.

Suasana sepi. Hanya bunyi sudu berlaga dengan pinggan sahaja yang memecah kesunyian.

"Tengah hari nanti abang balik? Kalau abang balik, Hanna masak." Soal Hanna memecah kesunyian.

"Kalau sempat, abang balik. Tapi Hanna masak je lah. Nanti Hanna nak makan apa pula kan?" Jawab Adam.

Hanna mengangguk.

Suasana senyap kembali.

"Hanna tak nak pergi honeymoon?" Soal Adam tiba-tiba.

Hanna memandang Adam. "Abang kan sibuk dengan kerja." Jawab Hanna perlahan.

"Kerja memang sampai bila-bila pun tak kan siap. Nak pergi tak?" Soal Adam lagi.

"Nak..." jawab Hanna lembut.

"Hanna pilih tempat." Suruh Adam.

"Switzerland?" Suara Hanna memberi pendapat.

Adam berfikir sejenak. "Suka gunung ea?" Tanya Adam.

Hanna mengangguk.

"Nanti abang bagitahu tarikh kita pergi okay?"

"Okay."

Hanna menyalam tangan Adam sebelum suaminya itu membolos masuk ke dalam kereta untuk ke pejabat. Kemudian, Adam melekapkan tangan kanannya di belakang kepala Hanna. Dahi yang licin itu dicium kasih.

"Thank you for last night." Bisik Adam di tepi telinga Hanna.

Berdesing telinga Hanna menerima bisikan itu. Pipinya mula bertukar warna kepada merah. Malu ya Allah! Tiba-tiba dia terbayang kejadian malam tadi. Tetapi cepat-cepat dia buang adegan itu. Mengingatkan kejadian itu, buat dia bertambah malu dengan Adam. Suami je pun kan? Tapi masih perasaan malu tu tak boleh nak sorok. Dah lah benda macam tu dia tak pernah bayang langsung. Tup-tup diri sendiri merasa. Oh my!

Pinggang Adam, Hanna cubit lembut. Menyorok malu yang berbakul-bakul.

Adam gelak. Seronok betul dia kenakan isterinya itu.

"Abang pergi dulu. Jangan nakal-nakal tau. Kalau ada apa-apa call. Love you princess!" Bibir Hanna dikucup sekilas sebelum dia melarikan diri masuk ke dalam kereta. Sempat tawanya pecah akibat tengok muka Hanna yang dah mencebik itu.

Hanna mengecilkan matanya melihat Adam berlari masuk ke dalam kereta. Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni. Siap boleh gelak lagi tu! Hanna menggeleng kepala.

Tuhan... terima kasih atas kebahagiaan yang tak ternilai ini. Dulu aku susah. Susah untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Terima kasih kerana telah datangkan Adam sewaktu aku kecil walaupun aku tidak tahu apa itu kesakitan pada masa itu. Sehinggalah ke hari ini. Kesakitan yang aku dapat, Kau tukarkan dengan kegembiraan yang tak ternilai. Aku mungkin tak beribu dan tak berbapa. Aku redha kerana dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Aku bersyukur kerana Kau hadiahkan aku seorang suami yang aku yakin akan menyayangi dan mencintai aku sepenuh hatinya. Yang akan menjaga aku sehingga nafasku yang terakhir. Dan yang paling penting, akan membawaku ke syurgaMu. Terima kasih atas pemberian ini.

♡♡♡

Puan Aisyah dan Encik Ibrahim duduk di ruang menunggu sebelum pengumuman waktu pelepasan mereka diumumkan. Bodyguard yang lengkap berpakaian serba hitam statik berdiri menjaga keselamatan orang atasan mereka.

"Dah bagitahu Adam?" Tanya encik Ibrahim.

Puan Aisyah mengangguk mengiakan pertanyaan suaminya.

"Daddy rindu awak Syah." Beritahu encik Ibrahim.

"Bila dia bagitahu?" Tanya puan Aisyah ingin tahu.

"Dah lama dah. Cuma saya lupa nak cakap. Banyak kali dia pesan suruh bawa awak sekali kalau saya balik England. Tapi tu lah. Awak asyik tak nak aje." Luah encik Ibrahim sedikit kesal.

Puan Aisyah hanya diam mendengar. Bukan tak nak, culture dekat sana tak sama dengan culture dekat sini. Nak pula, dekat England. Kota England. Bukan pekan atau kampung.

"Saya belum biasa..." perlahan bibir itu meniti kata.

"Semua orang memang tak kan biasa Syah. Nak pula Royal Family. Adam mula-mula pun tak biasa. Tapi lama-lama tu dia biasa dah. Daddy pun suka sangat dengan Adam." Cerita encik Ibrahim.

Puan Aisyah senyum mendengar setiap butir kata suaminya.

"Semalam daddy kata dia nak jumpa cucu menantu dia." Sambung encik Ibrahim lagi.

"Hanna?" Soal puan Aisyah meminta kepastian.

Encik Ibrahim mengangguk.

"Biar lah Adam sendiri yang bawa Hanna jumpa daddy. Hanna pun tak tahu lagi yang dia kahwin dengan keluarga diraja." Beritahu puan Aisyah.

Beberapa minit mereka mendiamkan diri, pengumuman pelepasan ke England dimumkan oleh jurucakap. Mereka diminta untuk check in 30 minit lebih awal sebelum berlepas.

Encik Ibrahim dan puan Aisyah bangun lalu menarik bagasi mereka menuju ke balai pelepasan. Dari minit itu, bermulalah lembaran puan Aisyah sebagai isteri The Crown Prince of England.

20 OGOS 2018
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

***

"Sayang dan Cinta adalah dua benda yang berbeza. Maksud dan juga perbuatan."

***

Esok dah start cuti raya haji! Happy holiday guys! Untuk student, homework or assignment jangan lupa ye anak-anak.

Sis akan cuba habiskan sampai bab 15 untuk raya haji ni. The beginning of the story will end soon. Hehehe.

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now