BAB 16

9.5K 402 1
                                    

Hanna mencelik mata apabila silauan matahari mengganggu tidurnya. Bantal di sebelah di ambil lalu dipeluk semahunya. Bahagianya kalau dapat tidur lagi. Hanna menghidu bau bantal yang dipeluknya. Bau Adam.

Hanna bangun daripada baring lalu melihat sekeliling. Mana Adam?

Pintu ditolak perlahan. Adam membawa sedulang makanan iaitu bubur ayam dan susu untuk diberikan kepada Hanna.

"Bangun dah?" Soal Adam merapati isterinya.

Hanna senyum mengangguk.

"Kepala dah okay? Pening lagi tak?" Soal Adam lagi.

Hanna menggeleng. "Okay dah."

"Abang ada buatkan bubur, Hanna makan ye? Abang nak mandi kejap." Adam meletakkan dulang itu di atas meja tepi katil.

Baru sahaja Adam ingin bergerak ke bilik air, Hanna menahan.

"Suapkan." Pinta Hanna.

"Tangan ada kan? Abang nak cepat ni. Ada orang nak jumpa."

"Suapkan lah. Hanna kan tengah sakit." Lembut suara itu meminta.

"Tadi kata dah okay?" Dalih Adam.

"Pening balik lah abang." Adu Hanna. Kepalanya dipicit-picit.

Adam melepaskan nafasnya perlahan. Dia duduk di birai katil. Mangkuk bubur ayam diambil lalu digaul perlahan bubur itu. Sesudu bubur diangkat lalu ditiup dan disuakan ke dalam mulut Hanna.

Hanna membuka mulut menerima suapan bubur itu.

"Kalau abang tak de nanti, siapa nak jaga Hanna? Sakit sikit ni pun dah merengek nak abang." Omel Adam.

Hanna menelan bubur yang berada di dalam mulutnya. Wajah Adam dipandang.

"Abang ada sorokkan apa-apa dari Hanna ke?" Soal Hanna.

Adam memandang pelik. Dia menggeleng menjawab soalan Hanna.

"Betul tak ada sorok apa-apa? Latar belakang abang. Siapa papa. Siapa datuk abang. Tak ada?" Pancing Hanna.

Adam meletakkan mangkuk itu di dulang. Wajah Hanna dipandang lama sebelum dia menceritakan siapa diri dia dan juga orang yang berada di sekelilingnya.

"Jadi, Hanna kahwin dengan seorang putera?" Soal Hanna tidak percaya.

Adam mengangguk.

"Kenapa abang tak bagitahu Hanna siapa abang sebelum ni?"

"Untuk?"

Soalan berbalas dengan soalan.

"Sekurangnya, Hanna boleh jaga tingkah laku Hanna. Jaga percakapan, pemakaian." Jawab Hanna kepada soalannya sendiri.

Adam meluruskan rambut Hanna yang serabai itu.

"Tak perlu sayang. Sebab awak dah jaga semua tu pun."

"Tak ada yang perlu Hanna perbaiki?"

Adam menggeleng. "Just be yourself. Okay?"

Hanna mengangguk.

"Hari ni kita nak pergi mana pula?" Soal Hanna. Riak mukanya jelas menunjukkan tidak sabar ingin tahu.

Adam senyum. "Kita duduk rumah je lah ye."

Muka Hanna yang ceria kini berubah suram. Duduk rumah je?

"Abang nak kena jumpa orang. Tengah hari nanti abang balik. Boleh?"

"Kalau tak boleh?"

Adam menggaru kepala.

"Bolehkan lah sayang." Rayu Adam.

The Royal Husband || COMPLETEDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora