BAB 41

7.5K 315 9
                                    

Lapangan Terbang Antarabangsa United Kingdom itu penuh sesak dengan manusia-manusia dari pelbagai negara. Tak pernah lenggang lapangan terbang itu daripada manusia dengan pelbagai warna kulit.

Lutfi dengan kemasnya mendukung Amirul yang berusia 6 tahun itu. Jika dipimpin, mahu terhimpit anaknya dengan manusia-manusia yang berbadan besar. Tangan isterinya digenggam erat tak dilepas.

Mereka bertiga bernafas lega sebaik sahaja keluar daripada lapangan terbang itu. Terlepas daripada seksaan himpitan manusia.

Lutfi menggamit teksi yang tidak berada jauh daripada mereka. Sebaik bagasi dimasukkan ke dalam bonet, mereka masuk ke dalam kereta dan menuju ke destinasi yang ingin dituju.

"Mama... kita nak pergi mana?" Soal Amirul yang masih terpinga-pinga dengan keadaan sekitarnya.

"Papa ada urusan yang perlu diselesaikan kat sini sayang." Jawab Liza sambil mengusap kepala anaknya.

"Kenapa papa tak pergi sendiri? Kenapa kita kena ikut juga?" Soal Amirul lagi.

Liza memandang Lutfi yang berada di kerusi hadapan sebelah pemandu.

"Sebab urusan papa adalah urusan kita juga." Jawab Liza tenang.

Amirul mengangguk faham.

👑👑👑

100 orang pengawal telah pun bersiap sedia berbaris di hadapan pintu istana. Kesemua mereka segak berseragam dengan pakaian hitam. Kaca mata hitam tersarung kemas. Kasut hitam yang dipakai terserlah kegilapannya. Jam tangan Rolex membuatkan mereka tampak lebih bergaya. Alat komunikasi canggih juga tidak ketinggalan. Dipakai oleh setiap daripada mereka untuk memudahkan komunikasi antara mereka.

Sebaik sahaja keluarga diraja itu memasuki perut kereta Mercedes Benz yang telah disediakan, kesemua pengawal itu mengambil bahagian kerja-kerja masing-masing. Pemandu kepada keluarga diraja, pengawal khas setiap ahli keluarga diraja. Kesemua mereka memikul tanggungjawab yang besar hari ini.

Padang yang luas di hadapan White House itu mula dipenuhi dengan rakyat England. Ingin menyaksikan pertabalan raja baru mereka. Suasana menjadi riuh apabila beberapa kereta Mercedes Benz memasuki perkarangan White House.

Kereta yang dinaiki Raja England ketika itu berhenti di hadapan pintu utama White House. Turun dari perut kereta King of England, Royce Zakaria. 10 pengawal telah bersiap sedia berbaris mengiringi King of England masuk ke dalam.

Rakyat jelata bersorak kegembiraan melihat raja mereka yang satu itu. Sempat King Royce melambai tangan ke arah rakyat England. Senyuman manis juga tidak lupa diberikan kepada mereka.

Selang beberapa minit, tiba kereta kedua yang dinaiki oleh Tunku Ibrahim dan isterinya. Bakal raja dan permaisuri negara itu. Pakaian mereka sedondon iaitu warna biru langit. Tunku Ibrahim memimpin tangan isterinya lalu berjalan masuk ke dalam.

Kereta ketiga yang dinaiki oleh Adam dan Hanna tiba di perkarangan White House. Rakyat jelata yang melihat pasangan suami isteri itu bersorak keriangan. Golongan wanita pula menjerit kegembiraan melihat Young Prince of England. Tidak ingin melepaskan peluang, mereka menangkap gambar wajah kacak Adam. Tak dapat tuan badan, dapat gambar pun jadi lah.

Menyusul kemudiannya kereta keempat yang dinaiki oleh Syafiqah dan Irfan. Pasangan tunang itu. Kereta yang kelima pula disusuli oleh pasukan khas Emerald, Kate, Damia dan juga Izzat yang bertugas menjaga keselamatan keluarga diraja itu.

Keadaan yang mulanya riuh rendah dengan suara-suara rakyat menjadi senyap seketika apabila trompet dibunyikan. Menandakan majlis akan bermula sebentar lagi. Semua mata menumpukan sepenuh perhatian kepada pengacara majlis. Rakyat yang berada di rumah juga tidak melepaskan peluang menyaksikan majlis yang gilang-gemilang itu. Siaran langsung dari perkarangan White House.

King Royce bangun daripada duduknya. Mendekati pengacara majlis. Mikrofon diambil. Sepatah dua kata diberikan. Ucapan terima kasih buat rakyatnya tidak dilupakan. Takhtanya kini beralih kepada anak tunggalnya. King Ibrahim.

👑👑👑

Lutfi memimpin tangan Liza dengan erat sekali. Tidak lepas. Aiman pula didukung oleh Lutfi. Orang terlalu ramai. Risau jika mereka terpisah. Dekat negara orang pula tu.

Mata Lutfi liar memandang ke bahagian balkoni yang menempatkan keluarga diraja itu. Matanya terpandang ke arah seorang perempuan muda. Sedang sarat mengandung. Disebelahnya pula seorang lelaki. Sedang tersenyum memandang semua orang yang berada di bawah.

"Abang. Macam mana abang nak jumpa dengan adik-adik abang? Pengawal terlalu ramai." Soal Liza sedikit menjerit. Keadaan terlalu bising. Aiman yang berada di dukungan sudah menutup telinga. Bising sangat.

"Nanti kita fikirkan. Sekarang ni kita tengok je dulu majlis ni." Jawab Lutfi dengan jeritan juga.

Liza mengangguk. Semoga semuanya dipermudahkan.

👑👑👑

"Abang... lama lagi ke?" Soal Hanna berbisik kepada Adam.

"Nak habis dah ni. Hanna okay ke?" Soal Adam kembali.

Hanna mengangguk. "Cuaca panas sangat. Hanna tak tahan. Tapi okay lagi ni nak tunggu majlis habis." Jawabnya.

"Sabar sikit lagi ye. Lepas papa bagi ucapan, kita balik."

Hanna mengangguk.

Adam menoleh ke belakang mencari kelibat seseorang. Pengawal yang berada paling dekat dengannya dipanggil.

"Can you please bring me a small fan?" Pinta Adam kepada pengawal itu.

Pengawal itu mengangguk dan berundur mencari kipas elektronik yang kecil. Beberapa minit kemudian, kipas bertukar tangan dengan Adam.

Adam menghidupkan kipas itu dan dihalakan kepada Hanna.

"Terima kasih abang." Ucap Hanna. Senyum diberi.

King Ibrahim bangun daripada duduknya. Mikrofon dipegang lalu ucapan diberikan kepada semua rakyatnya. Semua bersorak kegembiraan dengan pelantikan raja baru mereka. Ucapan daripada King Ibrahim menyepikan suasana. Semua mendengar dengan teliti dan penuh perhatian.

Di suatu sudut bangunan yang tidak jauh dari perkarangan White House, seseorang sedang tersenyum sinis memandang keluarga diraja itu. Glove hitam disarungkan ke tangannya. Topeng muka yang menutup separuh daripada mukanya dipakai. Hanya menampakkan 2 pasang matanya sahaja.

D

ia mengambil tempatnya. Mata senapang diselaraskan tepat ke bahagian dada. Menunggu masa yang sesuai sahaja untuk dia melepaskan tembakan.

"Aisyah... bahagianya kau dekat situ. Tersenyum memandang suami kau yang akan menemui ajalnya sekejap sahaja lagi. Satu tembakan aku lepaskan, boleh buat dunia kau hancur Aisyah. Aku tak nak tengok kau bahagia. Aku nak kau sengsara. Sengsara macam aku. Menantu kau... mengandung. Huh! Satu tembakan pada perut dia pun boleh buat dunia kau hancur! Tiada cucu, tiada menantu. Anak kau... Adam Affendi. Manusia paling aku benci dalam dunia ni. Sebab darah daging kau. Darah daging suami kau. Darah daging bapa mertua kau. Aku nak semua hancur depan mata kau Aisyah. Biar kau rasa. Rasa kehilangan. Macam yang aku rasa bila aku hilang kau. Dalam kiraan 10, semua manusia yang kau sayang akan hancur. Hahahahahahaha!"

10, 9, 8, 7, 6, 5...

27 DISEMBER 2019
CIRCLE | BOOK 1
THE ROYAL HUSBAND
AIN NURHANI

I'm back finally!

Sis minta maaf sangat-sangat buat korang tertunggu-tunggu. Sis harap korang tak marahkan sis.

Okay lepas ni tak yah tunggu lama-lama lagi dah. Paling lama seminggu. Sis akan keep update lagi lepas ni.

Stay tuned for the next chapter!

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now