BAB 5

13K 588 9
                                    

Adam menarik tangan Hanna masuk ke dalam bilik. Hanna berdebar tiba-tiba. Perasaan apakah ini? Tuhan... perasaan apakah yang Engkau berikan kepadaku? Mengapa perasaan ini tak pernah aku rasai sebelum ini? Jika ini cinta, izinkan aku untuk rasa cinta ini selamanya. Jika ini bahagia, janganlah Engkau ambilnya dariku. Berikanlah aku peluang untuk merasai semua ini.

Pintu ditutup lalu dikunci.

Hanna berdiri tegak menekur lantai di belakang Adam. Adam mencuri pandang wajah Hanna yang menekur lantai. Dagu Hanna dipagut lembut. Mata mereka bersabung.

Mata bulat dengan lentikan bulu mata yang lebat, Adam tilik. Kening yang terbentuk cantik. Hidung mancung yang terbentuk sempurna. Bibir munggil yang merah kebasahan. Semua Adam perhati setiap inci wajah Hanna.

"Kenapa? Malu?" Soal Adam.

Hanna menggeleng perlahan.

Adam senyum. Dahi yang licin itu dikucup lama.

"Dah. Pergi mandi. Aku tahu kau penat." Arah Adam.

Hanna mengangguk. Dia berjalan menuju ke bilik mandi. Pintu bilik mandi ditutup rapat.

Adam menggeleng perlahan. Sabar Adam sabar. Tahan sikit je.

Pintu bilik mandi kembali terbuka. Terpacul kepala Hanna mencari kelibat Adam. Adam menoleh.

"Awak..." panggil Hanna.

Adam menunggu di situ.

Hanna melambai tangannya menyuruh Adam ke arahnya. Adam menapak ke arah Hanna. Kenapa dia ni? Tak kan ajak mandi sekali kot?

Hanna menggamit tangan Adam. Tubuhnya dipusing membelakangkan Adam

"Tolong bukakan zip ni boleh?" Pinta Hanna malu-malu.

Adam tercengang. Ingatkan apa lah tadi. Bukakan zip rupanya.

Zip baju perlahan-lahan ditarik ke bawah. Belakang badan Hanna terdedah. Adam menahan gelisah di dada. Sabar Adam. Sabar.

"Dah."

"Mandi wangi-wangi tau." Sambung Adam.

Hanna mula berasa panas di pipi. Lembut menggoda suara lelaki itu. Tuhan... jangan ambil kenangan ini daripada aku. Hanna mengangguk perlahan. Pintu bilik mandi cepat-cepat ditutup. Malu!

Adam keluar daripada bilik itu lalu menuju ke biliknya. Bilik mandi dimasukinya. Setelah membersihkan diri, dia kembali ke bilik dia dan Hanna. Fikirnya, Hanna sudah pun siap mandi. Rupanya tidak. Mesti kes suka berendam dalam air ni.

Adam duduk di birai katil menunggu kelibat Hanna keluar daripada bilik mandi. 5 minit. 10 minit. Haihh lamanya... daripada duduk, Adam mengubah posisi keoada berbaring. Kaki yang terjuntai ke bawah digoyang-goyangkan. Tak lama selepas itu, Hanna keluar. Baju saiz XL tersarung besar pada tubuhnya yang kecil itu. Dari dalam bilik mandi, dia sudah pun bersiap-siap memakai baju.

Adam bangun daripada baringannya. Tubuh Hanna diperhati lama. "Lamanya kau mandi."

"Maaf. Awak dah mandi ke?" Soal Hanna sambil bergerak ke meja solek.

"Dah. Kat bilik aku tadi. Tunggu kau lama sangat." Adam bangun mendekati Hanna. Dia berdiri di belakang Hanna. Pantulan wajah Hanna diperhati.

Hanna yang perasan dirinya diperhati lama, menunduk wajah menyimpan rasa malu. Adam memusingkan badan Hanna menghadapnya. Kepala yang berbalut tuala itu dipegang.

Hanna senyap menahan debar.

Tangan Adam mula menggosok kepala Hanna. Mengeringkan rambut yang masih basah. Hanna diam membiarkan Adam mengeringkan rambutnya. Tangan yang sejuk digenggam erat.

The Royal Husband || COMPLETEDWhere stories live. Discover now