BAB 41

4.3K 200 1
                                    

" Kenapa Syafwa tak makan? " Suara Ibu membuatkan lamunanku terus mati.

Aku memandang sekeliling. Ketika ini kami sedang berkumpul untuk makan malam di restoren yang cukup terkenal di malaysia.

Uncle Richard dan keluarga juga turun ada sekali. Encik Richard adalah kawan baik ayah dan papa.

" Hmm.. Maaf. " Aku tersenyum kelat.

" Dah lama Uncle tak jumpa Syafwa. " Kata Uncle Richard.

" Ya.. Syafwa busy sikit Uncle. " Jawabku.

" Fayish. Macam mana dengan..

Tiba-tiba aku teringatkan Arash lagi.. Apa agaknya yang dia buat sekarang? Dia dah makan ke?

Aku ada banyak soalan nak tanya Arash. Sejak bila dia tahu aku perempuan? Macam mana dia boleh tahu?

Ataupun selama ni dia tahu dan dia cuma nak balas dendam dengan aku disebabkan hal dulu. Macam mana dia boleh tahu nama betul aku??

Aku rasa sakit hati bila fikir yang Arash cuma nak balas dendam dengan aku.

Arash bukannya orang macam tu.. Arash baik.

" Syafwa. Berhenti sentuh saya! "

Kata-kata itu terlintas di fikiranku lagi. Arash dia.. Dia marah. Dia benci aku ke?

Aku sepatutnya berhenti fikirkan Arash. Lagipun aku yakin Arash dah tak perlukan aku lagi..

~°~

" Kau kat sini rupanya. " Aku melihat ke arah Fayish yang baru saja duduk di sebelahku.

Aku sekadar mengangguk.

" Kenapa dengan kau ni? Kau fikirkan dia lagi ke? " Tanya Fayish sambil melihat tepat ke bebola mataku.

Aku terus berpaling ke arah bunga yang berada di hadapan kami lalu aku mengeluh kecil.

" Ya.. " Jawabku jujur. Aku pun tak tahulah kenapa aku risau sangat dengan Arash. Padahal Arash dah besar.

" Sebenarnya minggu depan dia akan kahwin dengan sepupu dia Aleesya. " Kata-kata Fayish sungguh mengejutkan aku.

 " Ap.. Apa?? " Aku memandang ke arah Fayish tapi Fayish memandang ke arah depan.

" Kau tak perlu lah fikirkan dia lagi sebab isteri dia yang akan jaga dia lepas ni. " Jawab Fayish lalu melihat ke arahku.

Entah kenapa hati aku sakit dan kecewa.

" Macam mana kau tahu? " Tanyaku dengan suara pelan.

" Keluarga dia bagi tahu, so you don't have to worry about him anymore. " Fayish berdiri dari duduknya.

" Dia dah bahagia sekarang. " Kata Fayish sebelum meninggalkan aku seorang diri di taman.

Aku dapat rasakan air mataku mengalir di pipi. Kenapa aku sakit hati bila dengar Arash akan kahwin?

Kenapa Arash tak pernah bagi tahu aku?

Tanpa sedar air mataku mengalir lagi. Semakin lama air mataku dah tak dapat dibendung.

Kenapa aku mesti sedih dengan semua ni? Aku sepatutnya gembira sebab Arash akan kahwin. Tapi dia.. Dia tak pernah pun bagi tahu aku!

Aku benci Arash!

~°~

" Sebenarnya Ibu ada berita gembira untuk Syafwa. " Ibu duduk di sisiku. Dari raut wajahnya saja aku sudah dapat tahu yang ibu sangat gembira saat ini.

" Apa ? " Tanyaku lalu menghadiahkan ibu senyuman termanisku. Aku tak sepatutnya bersedih lagi di hadapan ibu.

" Sebenarnya hari ni Syafhan balik ke malaysia. " Jawab Ibu lalu ibu membalas senyumanku.

Aku menutup mulutku kerana terlalu terkejut bercampur gembira.

" Syaf.. Abang Syafhan?? " Tanyaku separuh menjerit.

" Ya." Ibu terus memelukku. Aku sangat gembira! Aku rindukan abang.

Dari tingkat atas, kelihatan Fayish sedang memandang ke arah Puan Sri Liana dan Syafwa.

" Akhirnya kau senyum juga. " Katanya sebelum berlalu pergi.

~°~

Melepaskanmu. Bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini.

Lagu yang berkumandang di radio kereta saat ini seperti mengejekku.

Aku pun terus mematikan radio itu. Sebenarnya aku sedang memandu kereta milik Fayish untuk berjumpa dengan Abang Syafhan di sebuah Cafe yang asing bagiku.

Aku setakat ikut location yang abang bagi.

Fayish tak dapat ikut sama sebab dia sibuk. Dia dah kembali berkerja di syarikat ayah.

" Akhirnya sampai juga. " Kataku sendiri. Aku memarking kereta di tempat letak kereta yang berada di tepi jalan.

Kini aku berada betul-betul di hadapan cafe Rosess. Dari luar aku dah dapat tahu yang Cafe Rosess ni mesti terkenal.

Dari luar aje dah lawa, belum masuk ke dalam lagi kan?

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now