[12] Lelaki 5 Tahun Lepas

6K 305 4
                                    

" Syafwa.. Kau dari mana? " Tanya Anna setelah melihat Syafwa masuk ke dalam rumah.

" Harini hari paling malang aku. " Syafwa duduk di sebelah Anna.

" Kenapa? Cuba cerita sikit. " Anna mematikan handphonenya lalu dia memandang ke arah Syafwa.

" Kau tau tak, haritu aku ada selamatkan seorang lelaki dekat tempat letak kereta, itulah sebabnya aku lambat. " Syafwa memulakan cerita.

" Ouh masa tu aku marah gila sebab kau lambat. Nasib baik aku tak baling kau guna kasut aku. " Anna berkata dengan wajah geram.

" Lepastu tadi dia call aku suruh aku pergi rumah dia. " Sambung Syafwa lagi.

" Ouh kau keluar tadi pergi rumah dia. " Anna mengecilkan matanya. Syafwa pun tak tahu apa motif dia buat muka macam tu.

" Rupanya dia nak aku jadi bodyguard dia. Bangang betul lah, aku hampir terima kerja tu. " Syafwa tidak meneruskan kata-katanya.

" Bodyguard? Kau reti ke? Kenapa kau tak terima aje? Kau kan dah lama cari kerja. " Anna sungguh ingin tahu kenapa Syafwa menolak.

" Rupanya lelaki yang aku selamatkan tu, Hafiki Arash. " Sambung Syafwa lalu tertunduk.

" Ap.. Apa? Lelaki yang selama ini buat kau sengasara? " Matanya membutang. Anna sungguh tak percaya dengan semua ini.

" Kau sepatutnya tak datang dekat rumah tu.. " Anna meletakkan tangan kanannya di bahu kiri Syafwa.

" Tak.. Aku tak sepatutnya selamatkan dia haritu. " Kata Syafwa lalu dia pergi meninggalkan Anna seorang diri di ruang tamu.

~°~

Hafiki Arash duduk di kerusi panjang yang berada di taman rumah mereka. Sekelilingnya penuh dengan bunga-bungaan indah.

" Ini airnya tuan muda. " Mak Lima selaku pembantu rumah mereka meletakkan gelas yang berisikan jus oren di atas meja depan Hafiki Arash.

Hafiki Arash memandang lama Jus oren itu.

"Saya tak ada cakap pun saya nak air. " Katanya dengan wajah serius.

" Maaf tuan muda. " Mak Lima tunduk lalu membawah pergi gelas yang berisikan jus oren itu bersamanya.

Tan Sri Hamid yang ternampak kejadian itu hanya mampu menggeleng.

Hafiki Arash memandang screen handphonenya lalu mendail nombor Syafwa.

Tut tut.. Tut tut..

Syafwa tidak mengangkat. Hafiki Arash mencuba sekali lagi.

Tut tut.. Tut tut.. Tut tut..

" Nombor yang anda dail..

Hafiki Arash mematikan panggilan lalu mengeluh kecil. Dia mencuba sekali lagi.

Tut tut..

" Apa lagi yang kau nak? " Kedengaran suara Syafwa di hujung talian.

" Kenapa awak pergi macam tu aje kelmarin? Kan saya dah kata, lepas awak jumpa papa saya, kita akan bincang semuanya. " Jelas Hafik Arash.

" Kau nak bincang apa lagi? Aku dah kata aku tak nak jadi bodyguard kau. Kau tak faham bahasa ke? " Kata Syafwa dengan kasar.

" Saya tahu awak marah, saya boleh cari orang lain tapi papa saya tetap nak awak untuk jadi bodyguard saya Syafhan. Awak je yang boleh tolong saya." Rayu Hafiki Arash.

" Aku tak peduli lah. "

" Saya tetap akan tunggu jawapan awak. Fikir baik-baik Syafhan. " Hafiki Arash tetap tidak berputus asa.

Tut.

Syafwa mematikan talian.

Hafiki Arash mengeluh kecil lalu memejamkan matanya lama.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now