[20] Fayish

5.3K 267 10
                                    

Arash duduk di kerusi hadapan Puan Sri Helena. Aku pula duduk di sebelah Arash yang berada di hadapan Tan Sri Hamid.

Puan Sri Helena tersenyum lebar setelah melihat Arash.

" Arash nak sarapan dengan mama dan papa? " Tanya Puan Sri Helena. Arash sekadar mengangguk.

Tiba-tiba air mata Puan Sri Helena mengalir tanda gembira.

" Kenapa mama menangis? Sebab Arash kan? Arash selalu buat mama nangis kan? " Tanya Arash dengan wajah serius. Puan Sri Helena terus mengesat air matanya.

" Kenapa kau cakap macam tu? Mata Puan Sri masuk habuk lah! " Marahku. Mahu saja aku menumbuk muka si Arash ini. Adakah patut dia buat muka serius macam tu depan mama dia? Aish.. Nasib baik anak orang.

" Betul ke mata mama masuk habuk? " Tanya Arash curiga.

" Ya.. Mata mama masuk habuk tadi. " Jawab Puan Sri Helena lalu tersenyum.

Tan Sri Hamid sekadar memerhati.

" Arash makan lah.. " Kata Puan Sri Helena lalu tersenyum manis.

~°~

Sedari tadi aku berjalan mencari baju lelaki . Tapi hanya sedikit yang berkenan di hatiku. Sekarang aku lapar sangat.

Aku masuk ke dalam restaurant.

Aku melimpasi meja pertama, meja kedua, meja ketiga.

" Syafwa! " Langkahku terhenti. Aku terdengar seorang lelaki memanggil namaku dan suaranya cukup aku kenali. Jantungku berdegup kencang.

Tolonglah bukan..

Aku melangkah satu langkah kehadapan. Tiba-tiba tanganku di pegang dari belakang. Mataku membuntang.

Dia memelingkan tubuhku ke arahnya. Memang sah! Dia adalah Fayish, sepupuku.

Syafwa dan Fayish berumur 4 tahun.

" Payis.. " Panggil Syafwa. Fayish melihatnya dengan wajah serius.

" Bukan Payis lah Wa, Fayish.. " Marah Fayish.

" Pa.. Yis.. " Panggil Syafwa lagi. Sebutannya masih belum lurus. Jauh berbeza dengan Fayish.

" Aish.. Fa.. Yish.. Ikut mulut Aku ya. " Fayish mendekatinya.

" Fayish.. Kan Ibu dah cakap, no perkataan Aku. " Kata Puan Sri Liana.

" Maaf Ibu.. " Fayish meminta maaf lalu melihat ke arah Syafwa.

" Ikut apa yang Fayish cakap ya.. " Kata Fayish lemah lembut.

" Hm! " Syafwa mengangguk. Dia meletakkan barbienya di atas sofa ruang tamu rumah Fayish.

Puan Sri Liana sekadar memerhati saja gelagat anaknya Fayish dan anak buahnya Syafwa.

" Fa.. " Fayish cuba mengajar.

" Pa.. Pa.. " Ikut Syafwa.

Puan Sri Liana tergelak kecil.

" Bukan papa. Fa! " Fayish mula naik angin.

" Fayish.. Sebutan Syafwa masih belum lurus macam kamu. Cuba suruh dia panggil nama China kamu. " Arah Datin Sri Liana.

" Xian Xi Hai. " Kata Fayish kepada Syafwa.

" Cian Ci Ai. " Kata Syafwa dengan bersemangat. Fayish tepuk dahi.

" Hahahaha. " Datin Sri Liana tergelak.

" She still can't! " Fayish meninggalkan Syafwa dan Ibunya.

~°~

Syafwa dan Fayish berumur 9 tahun.

Sedang diorang berdua main di taman bunga mama Syafwa, tiba-tiba Fayish menjerit.

" Wa! Aku tercabut bunga mama kau! " Jerit Fayish. Habis berterbangan rama-rama yang berada di sekeliling mereka.

" Matilah kau diva. " Syafwa mendekatinya. Siap panggil Fayish dengan gelaran Diva lagi.

Apa tidaknya. Masuk ke taman bunga pun nak bersarung tangan dan pakai mask bagai. Takut terkena tanah katanya.

" Macam mana ni Wa?! " Fayish mula gelabah. Sekuntum bunga rose merah masih di tangannya. Memang penjenaya yang sangat licik.

" Yang kau bodoh sangat sampai cabut bunga tu kenapa? " Tanya Syafwa dengan wajah tak ada perasaan.

" Apa aku nak buat ni Wa?? Nah aku bagi kau bunga rose ni. " Fayish meletakkan bunga rose itu di tangan Syafwa.

" Syafwa.. Fayish.. " Kedengaran suara Datin Sri Syafwia memanggil mereka berdua.

" Mama! " Mata Syafwa membutang. Dia pun terus membaling bunga rose yang berada di tangannya jauh-jauh.

" Sayang.. Cikgu piano dah datang. " kata Datin Sri Syafwia sambil tersenyum melihat mereka berdua. Syafwa dan Fayish berdiri kaku macam tunggul kayu buruk.

" Ya mama. Nanti Syafwa datang dengan Abang Fayish. " Jawab Syafwa Sopan. Kesopanan sangat penting dalam keluarga mereka.

" Baiklah sayang. " Datin Sri Syafwia pun terus berlalu pergi. Syafwa menggenggam penumbuk.

" Nasib baik mama aku tak perasan bodoh! " Syafwa menumbuk bahu Fayish.

Fayish hanya mampu menahan tangisannya, kalau didengari habis lah mereka berdua.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now