[8] Hidup Berdikari

6.8K 326 3
                                    

Anna mendekati Syafwa yang sedang duduk di sofa ruang tamu lalu duduk di sebelah Syafwa.

Sudah lama mereka berdua tinggal bersama. Syafwa tinggal di rumah sewa Anna, tetapi Anna tidak kesah kerana sudah menganggap Syafwa seperti adik beradiknya sendiri.

" Syafwa tengok ni! Banyak orang komen kata kau kacak waktu aku upload gambar kau kat insta aku kelmarin. " Kata Anna dengan wajah yang cukup teruja.

Syafwa tidak menghiraukannya.

" Diorang kata muka kau macam artis lelaki china. " Kata Anna lagi. Dia kelihatan focus membaca komen. Syafwa terus berpaling ke arahnya.

"Jangan layan semua tu dan delete gambar aku Anna. Kan aku dah kata, jangan upload gambar aku kat mana-mana. " Marah Syafwa. Kali ini Anna pula yang tidak menghiraukannya.

"Betul lah Syafwa, rupa kau seiras dengan artis dari china tu." Kata Anna lagi.

"Delete lah Anna, kau ni degil lah." Syafwa sudah tertekan dengan sikap Anna yang tidak menghiraukan kata-katanya dari tadi.

" Dari tadi aku perasan kau pandang screen handphone kau. Kau tunggu apa sebenarnya? " Tanya Anna.

"Kau dah ada boyfriend ke Syafwa?" Tanya Anna dengan nada terkejut.

"Jangan merepek lah Anna."

Tiba-tiba handphone Syafwa berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

" Hello! " Jawab Syafwa dengan suara yang sedikit kuat.

" Hello? Boleh saya bercakap dengan Syafhan? " Kedengaran suara lelaki di hujung talian.

" Ya aku.. " Syafwa menggaraukan sedikit suaranya.

"Siapa tu?" Tanya Anna.

"Shhh." Syafwa meletakkan jari telunjuknya di bibir menandakan senyap.

"Saya akan bagi alamat saya, nanti awak datang yaa. " Kata lelaki itu sebelum mematikan talian. Dahi Syafwa berkerut.

Tiba-tiba satu mesej dari aplikasi whatapp masuk. Bila Syafwa buka, tertera satu alamat yang dia tidak pernah tahu. Tambah berkerut lah dahinya.

Seminggu yang lalu..

Puan Sri Helena berpandangan dengan Tan Sri Hamid.

" Betul ke Arash nak pindah rumah? " Tanya Puan Sri Helena.

" Yaa, umur Arash dah 21 tahun. Arash dah pandai jaga diri Arash sendiri. " Jawab Hafiki Arash.

" Kenapa? Arash dah tak nak tinggal dengan papa dan mama ke? " Tanya Puan Sri Helena dengan wajah sedih.

" Arash cuma nak hidup berdikari. " Jelas Arash dengan wajah serius.

" Papa tak setuju Arash. Macam mana kalau terjadi sesuatu pada Arash? Macam mana kalau pencuri masuk rumah Arash? Arash takkan dapat lawan. " Tiba-tiba Tan sri Hamid bersuara dengan tegas. Hafiki Arash mendiamkan diri.

Selama ini, Hafiki Arash di kawal ketat oleh kedua orang tuanya.

" Arash cuma nak berdikari, salah ke?" Tanya Hafiki Arash.

" Ataupun Arash masih salahkan mama dan papa tentang kematian Anis? " Tanya Tan Sri Hamid.

" Abang.. " Puan Sri Helena seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata yang baru keluar dari mulut Tan Sri Hamid.

" Semua ni tak ada kene mengena dengan Anis! " Hafiki Arash berdiri dari duduknya.

" Boleh.. Tapi dengan satu syarat. " Kata Tan Sri Hamid. Puan Sri Helena terus melihat ke arahnya.

" Apa? " Tanya Hafiki Arash.

" Papa akan carikan kamu bodyguard. " Jawab Tan Sri Hamid.

" Arash boleh cari sendiri. " Hafiki Arash pun terus berlalu pergi.

" Kenapa abang cakap macam tu? Kenapa abang setuju? Arash tak pernah sekali pun berpisah dengan kita abang.. Arash takkan dapat berdikari sendiri. " Puan Sri Helena berkata dengan wajah sedih. Dia berdiri dari duduknya lalu mendekati suaminya.

" Jangan risau sayang. " Tan Sri Hamid cuba untuk menenangkan hati Puan Sri Helena.

" Abang.. Saya risau. " Puan Sri Helena tertunduk, air matanya mengalir di pipi.

"Abang tahu apa yang abang buat. Sayang jangan risau. " Pujuk Tan Sri Hamid lalu mengesat air mata Puan Sri Helena menggukan ibu jarinya.

"Jangan sedih sayang." Pujuk Tan Sri Hamid.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now