BAB 52

2.9K 114 4
                                    

Sebulan Kemudian..

"Aku terima nikahnya Syafwa Binti Tan Sri Dahrin dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai."

"Sah!" Kata tok kadi lalu diikuti orang ramai.

"Alhamdulillah.." Kata puan Sri Helena. Syafwa dan Arash berpandangan sebelum menyarungkan cincin di jari masing-masing.

Majlis diadakan cukup meriah sekali di rumah Puan Sri Liana pada malam itu.

"Ini Syafhan, abang kembar Syafwa." Syafwa memperkenalkan Syafhan pada Puan Sri Helena dan Tan Sri Hamid. Saat itu mereka semua berkumpul di ruang tamu.

Terkejut juga mereka setelah mengetahui Syafwa ada abang kembar.

~°~

"Tahniah." Kata Fayish pada Syafwa. Syafwa tersenyum. Saat itu hanya tinggal mereka bertiga saja di ruang tamu.

"Terima kasih Fayish." Akhirnya hubungan Syafwa dan Fayish sudah semakin pulih. Walaupun Fayish masih mencintai Syafwa, namun dia sudah terima bahawa Syafwa bukan jodohnya. Asalkan masih mampu melihat Syafwa bahagia dan tersenyum, itu sudah cukup buat Fayish.

"Jaga Syafwa dengan baik, kalau jadi apa-apa dengan dia nahas kau aku kerjakan." Kata Fayish pada Arash. Arash hanya tersenyum lalu mengangguk faham.

"Kau dah kenapa cakap macam tu dekat Arash?" Marah Syafwa pada Fayish.

"Kau diam boleh tak, aku tak cakap dengan kau." Jawab Fayish, Syafwa menggengam penumbuknya.

"Kenapa ni?" Tanya Puan Sri Syafwia yang tiba-tiba saja datang entah dari mana.

"Tak ada mama.. Syafwa borak dengan abang Fayish ni, kan abang." Kata Syafwa pada Fayish lalu tersenyum.

"Yaa mama." Jawab Fayish lalu dia juga tersenyum. Arash tergelak kecil. Dia sudah terbiasa dengan sikap Syafwa dan Fayish.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 11:39 malam. Syafwa masuk ke dalam bilik lalu melihat ke arah Arash yang sudah lena di atas katil.

Syafwa berborak dengan ibu dan mamanya sampai terlupa untuk melihat jam.

Syafwa mematikan suis lampu lalu naik ke atas katil. Dia baring di sisi Arash. Dia melihat cincin yang berada di jari manisnya. Hanya cahaya bulan dari dinding kaca yang menerangi bilik itu.

'Macam tak percaya aku dah kahwin..' Kata Syafwa dalam hati.

"Syafwa."

"Maa!" Jerit Syafwa kerana terkejut. Syafwa melihat ke arah Arash yang kini sudah baring menghadapnya. Arash tergelak kecil.

"Kenapa terkejut." Tanya Arash.

"Bukannya tadi kau dah tido ke?" Tanya Syafwa.

"Dah, tapi saya terbangun." Kata Arash lalu tersenyum. Syafwa membalas senyuman Arash.

"Nak peluk.." Kata Syafwa.

"Okey.." Arash mendekatkan diri pada Syafwa lalu memeluknya. Syafwa membalas pelukan Arash. Arash mengusap belakang Syafwa dengan pelan.

"Saya sayang Syafwa." Kata Arash pelan seakan-akan berbisik lalu mengeratkan pelukannya.

"Sayang Arash juga." Kata Syafwa dan akhirnya mereka berdua pun terlelap.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now