BAB 54

3K 101 11
                                    

Selepas bertemu dengan Anna, Syafwa terus pergi ke rumah Puan Sri Liana kerana rindu.

"Ibu sihat?" Tanya Syafwa lalu dia menyalam tangan Puan Sri Liana.

"Sihat Alhamdulillah." Puan Sri Liana sungguh gembira sekali saat melihat Syafwa.

"Fayish mana ibu?" Tanya Syafwa lalu duduk di sisi Puan Sri Liana.

"Ada dekat bilik dia tu." Jawab Puan Sri Liana lalu tersenyum. Syafwa membalas senyuman Puan Sri Liana.

Jam sudah menunjukkan angka 10:20 malam. Syafwa berborak dengan Puan Sri Liana sampai lupa tengok jam. Sebenarnya Syafwa sengaja untuk balik lewat malam ni.

"Ibu, Syafwa jumpa Abang Fayish kejap yaa." Kata Syafwa.

"Yaa." Jawab Puan Sri Liana. Syafwa pun terus naik ke tingkat atas.

Tok tok tok

Syafwa mengetuk pintu bilik Fayish.

"Fayiiiiishhhhhh." Panggil Syafwa. Rindu juga dia dengan Fayish. Sudah hampir 2 minggu dia tidak bertemu dengan Fayish.

Tanpa membuang masa lagi, Syafwa terus membuka pintu bilik lalu masuk ke dalam. Kelihatan Fayish sedang lena di atas katil. Syafwa tersenyum.

Syafwa merenung wajah Fayish. Tiba-tiba idea jahat muncul di fikirannya.

"Satu.. Dua.. Tiga!" Syafwa menarik selimut Fayish. Matanya membulat. Fayish terbangun kerana terkejut. Pandangan mereka bertemu.

"Syafwa!" Fayish berpeluk tubuh.

Ternyata Fayish hanya mengenakan boxer sahaja. Syafwa terus menutup matanya menggunakan telapak tangan.

"Aku tak nampak apa-apa!" Kata Syafwa lalu berlari keluar dari bilik.

~°~

Syafwa dan Fayish duduk di kerusi meja makan, Fayish duduk berdepan dengannya. Hanya meja yang memisahkan mereka berdua.

"Kau dah gile ke?" Tanya Fayish. Rambutnya masih sedikit kusut kerana baru bangun tidur. Dia sudah mengenakan baju dan seluar lalu turun ke bawah.

"Aku cuma nak kejutkan kau je." Kata Syafwa.

"Kejutkan jelah macam biasa, kenapa nak tarik selimut aku bagai?" Kata Fayish dengan nada biasa tapi kedengaran tegas.

"Sorry lah.. Aku bukannya sengaja, lagipun dulu aku selalu buat macam tu kan." Jawab Syafwa. Syafwa memang selalu buat macam tu dulu.

"Kita ni bukannya budak-budak lagi Waa. Nasib baik aku pakai boxer, kalau tadi aku tak pakai apa apa macam mana?! Siapa nak tanggung kalau kau nampak semuanya?" Kata Fayish.

"Semuanya apa?" Tiba-tiba Puan Sri Liana datang membuatkan Syafwa dan Fayish terkejut.

"Takde apa ibu." Kata Fayish, dia tersenyum nipis.

"Fayish marah Syafwa ke?" Tanya Puan Sri Liana pada Fayish

"Abang Fayish tak marah Syafwa pun ibu." Syafwa pula yang menjawab.

"Takpelah, ibu nak naik atas dulu. Syafwa tidur lah sini malam ni. Lagipun dah lewat, dekat luar hujan." Kata Puan Sri Liana. Syafwa tidak perasan dekat luar hujan.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now