BAB 53

2.3K 106 0
                                    

Syafwa duduk di sisi Arash, saat itu mereka sedang duduk di sofa depan tv yang berada di bilik tidur.

Syafwa memerhati wajah tenang Arash. Arash yang tadinya focus menonton tv terus berpaling ke arah Syafwa. Pandangan mereka bertemu.

"Sayang." Panggil Arash lalu dia memegang tangan Syafwa. Syafwa masih diam sambil memerhati wajah Arash.

"Kenapa sayang?" Tanya Arash.

"Abang ni, diam-diam pun comel." Kata Syafwa. Arash tersenyum. Dah lah senyuman Arash manis. Tambah berdamage.

Syafwa yang geram terus mencubit kedua pipi Arash.

"Sakit sayang." Arash hanya mampu menahan sakit.

"Saya geram!" Syafwa terus memegang pergelangan tangan Arash.

"Jangan gigit.." Arash buat muka sedih, berharap Syafwa tidak mengigit lengannya lagi.

"Tak lah." Syafwa tergelak kecil lalu memeluk lengan Arash dan kepalanya pula di bahu Arash.

"Sayang abang." Kata Syafwa pelan.

"Sayang sayang." Kata Arash pula. Tiba-tiba handphone Syafwa berbunyi menandakan satu panggilan masuk. Tertera nama Anna di screen handphone Syafwa.

Syafwa sedikit terkejut lalu terus menyambut panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Syafwa.." Kedengaran suara Anna di hujung talian.

"Waalaikumsalam Anna. Kau dekat mana? Kau dah balik ke? Mama kau macam mana?" Tanya Syafwa risau. Sudah lama Anna tidak menghubunginya. Dia takut jika ada sesuatu yang buruk terjadi pada Anna.

"Boleh tak kita jumpa harini? Aku nak cakap sesuatu dengan kau.." Kata Anna. Syafwa mengerutkan dahinya.

"Ok, nanti bagi aku location kau." Kata Syafwa sebelum mematikan talian. Syafwa terus berdiri dari duduknya.

Belum sempat Syafwa pergi, tangannya di pegang oleh Arash mengakibatkan langkahnya terhenti.

"Sayang nak pergi mana?" Tanya Arash. 

"Sayang nak jumpa Anna kejap." Jawab Syafwa.

"Siapa Anna?" Tanya Arash lagi.

"Kawan sayang." Jawab Syafwa. Sejujurnya dia sangat risaukan Anna.

"Sayang pergi kejap yaa." Syafwa tersenyum lalu mencium pipi Arash.

"Hati-hati sayang." Arash berdiri lalu memeluk Syafwa sekejap. Syafwa membalas pelukan Arash.

"Baik." Jawabnya singkat.

~°~

Syafwa masuk ke dalam Cafe yang Anna maksudkan. Kelihatan Anna sedang duduk sendiri di meja yang terletak di tepi dinding kaca. Syafwa mendekati Anna lalu duduk di kerusi yang berada di depan Anna. Hanya meja yang memisahkan mereka berdua.

"Syafwa." Anna kelihatan terkejut dengan penampilan Syafwa sekarang kerana Syafwa sudah bertudung.

"Kau ok ke?" Tanya Syafwa.

"Aku ok.." Jawab Anna pelan. Sejujurnya Anna ingin meminta maaf kepada Syafwa kerana telah menipunya dahulu.

"Sebenarnya.." Anna tidak berani untuk meneruskan katanya.

"Sebenarnya apa?" Tanya Syafwa. Syafwa sudah mampu menahan sabar, kalau dulu dia memang tidak suka bila orang basa basi dengannya.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now