[28] Ajar Fayish Selfie

4.3K 230 4
                                    

Syafwa POV

Aku memcuci mukaku di depan sinki yang berada di dalam bilik air. Aku melihat wajahku dari pantulan cermin.

Kenapa aku buat semua ni? Aku sepatutnya tak setuju dari awal lagi..

Lihat lah diri kau sekarang Syafwa. Kau palsu..

Aku mengeluh kecil lalu keluar dari bilik air.

" Ahh!! " Jeritku kerana terkejut setelah melihat Hafiki Arash baring di atas katilku.

Hafiki Arash melihat ke arahku lalu duduk di atas katil.

" Kau buat apa dalam bilik aku ni?" Tanyaku. Aku tak boleh salahkan dia sebab dia fikir aku ni lelaki. Dia tersenyum sambil memegang belakang lehernya

" Maaflah, Saya nak pinjam bilik air awak sebab ada sesuatu kat dalam bilik air saya. " Jelasnya lalu turun dari katil.

" O.. Oh. " Aku berlagak tenang.

" Awak dah selesai? " Tanyanya.

" Ya. " Jawabku lalu pergi ke arah almari baju.

" Saya minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal. " Katanya lagi.

" Tak apalah. " Aku tersenyum. Hafiki Arash membalas senyumanku lalu masuk ke dalam bilik air.

" Ini menakutkan! Macam mana kalau dia masuk masa aku tidur! " Kataku sendiri.

Aku mencapai tuala kecil yang aku khas kan untuk mengelap wajahku.

Aku melihat ke arah jam dinding yang tergantung di dinding hadapan katil. Jam menunjukkan angka 6:30 pagi.

" Lebih baik aku keluar.. " Kataku lagi.

~°~

Mana si Fayish ni??

Sedari tadi aku mencari kelibat Fayish. Namun tak jumpa.

Aku melihat ke arah screen handphoneku lalu menekan aplikasi whatapp. Aku melihat chat lamaku dengan Fayish.

Syafwa
Kau kat mana?

Aku tekan butang send lalu menunggu reply dari Fayish. Namun sudah dua minit masa berlalu, Fayish tetap belum reply. Baca pun tak.

Aku pun terus mendail nombor Fayish. Macam kehilangan anak pula aku ni kan?

Tut tut.. Tut tut..

Sayang sekali.. Tiasa respon dari Fayish.

" Ini yang aku marah ni. " Kata ku sendiri.

Aku mencuba lagi untuk kali yang kedua.

Tut tut.. tut

" Apa kau nakk!! " Jerit Fayish di hujung talian. Sakitnya telinga aku, nasib baik aku tak pekak.

" Kau tak boleh ke cakap elok-elok!!! " Jeritku sekuat hati.

" Sakit telinga aku! Aku sibuk ni! " Marahnya.

" Kau dekat mana? " Tanyaku dengan suara tenang.

" Dekat taman belakang rumah lah. Dah lah aku sibuk ni. "

Tut.

" Tak guna... " Hanya itu yang mampuku katakan.

Aku memasukkan handphoneku ke dalam poket seluar lalu keluar dari rumah untuk pergi ke belakang rumah.

Kata Fayish betul. Aku terlihat susuk tubuhnya sedang duduk bersila di atas tanah sambil membelakangi ku.

Aku macam tak percaya dia duduk atas tanah. Dah gila agaknya Fayish ni.

Aku mendekati Fayish. Kini aku berdiri betul-betul di belakangnya. Dia kelihatan sibuk memasukkan sesuatu ke dalam tanah yang telah berlobang.

" Apa bende kau buat ni? " Aku kerutkan dahi. Fayish melihat ke arahku. Kelihatan rona merah di pipinya, mungkin sebab panas agaknya.

" Kau buat apa dekat sini? Mengganggu ketenangan aku je lah. " Fayish menjelingku. Dia meneruskan kerjanya kembali. Mahu saja aku menendang dia dari belakang.

Aku melihat ke arahnya. Aku macam kenal aje semua ni.. Jangan-jangan..

" Kau tanam pokok ke Fayish? " Tanyaku hairan.

" Bodoh lah kau ni, aku tanam bunga. " Jawab Fayish. Aku menggaru leherku yang tidak gatal.

" Siap! " Katanya dengan suara bersemangat. Dia berdiri dari duduknya lalu dia mengesat peluhnya di dahi.

Dahinya terkena tanah, dah comot macam budak kecil baru siap bermain tanah.

Sekarang dia memakai T-shirt putih yang berlambangkan the vamps di tengah dan juga seluar jeans yang berwarna hitam.

Namun sayang sekali. Bajuhnya yang putih bersih itu kini bercorakkan tanah.

" Aku tengok kau sekarang ni macam budak baru selesai main tanah. Comotnya. " Aku menggeleng sebanyak dua kali.

Fayish melihat ke arah bajunya.

" Boleh tak kau selfie aku jap. " Tanya Fayish secara tiba-tiba. Kami berpandangan.

Selfie?

" Mestilah boleh. " Aku tersenyum penuh makna. Dia memberikan handphonenya kepadaku.

" Fayish meh sini aku ajar kau cara-cara ambil gambar dengan betul. " Aku tersenyum manis. Fayish mendekatiku dengan wajah innocent.

" Macam mana? " Tanyanya.


Fayish POV

" Macam ni. Kita mesti tekan ni. Pilih bagus-bagus. " Jelas Syafwa. Aku kerutkan dahi. Banyak yang syafwa tekan-tekan pada setting kameraku.

" Dah lah! Aku ajar pun bukannya kau faham. " Marahnya. Dia salahkan aku pula?

Syafwa menjauhiku.

" Senyum lah Fayish. " Kata Syafwa. Aku pun terus senyum macho.

2 minit kemudian..

Sudah banyak Syafwa mengambil gambarku. Dia pun terus menyerakan handphoneku kembali.

" Fayish. Aku nak pergi bilik sekejap. " Syafwa berlalu pergi, aku sekadar memerhati saja.

Aku melihat gambarku.

Gambar pertama kabur..

Kedua kabur..

Ketiga gelap sebab cahaya kat belakang aku.

Gambar ke empat.. Muka dia!

" Tak guna betul." Aku hanya mampu menahan marah. Aku tahu, dia mesti tengah gelakkan aku sekarang. Kau tunggu lah Syafwa..

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now