BAB 40

4.6K 199 4
                                    

Aku, Syafwa dan Fayish duduk di sofa yang berbeza di ruang tamu.

" Sebenarnya saya dah tahu Syafwa perempuan.." Aku memberanikan diri untuk memberi tahu Fayish dan Syafwa.


Syafwa kelihatan sungguh terkejut. Fayish terus berdiri dari duduknya.

" Jadi selama ni kau pura-pura tak tahu?! " Marah Fayish. Aku faham bertapa marahnya dia.

" Ya. " Jawabku. Fayish mendekatiku lalu menumbuk pipi kananku. Aku memejamkan mataku kerana menahan sakit.

" Fayish! " Syafwa berdiri dari duduknya lalu mendapatkan aku.

" Arash.. Arash kau tak apa-apa ke? " Syafwa menyentuh wajahku. Aku memandang Syafwa dengan serius.

" Syafwa berhenti sentuh saya! " Aku menepis tangannya. Perubahan pada wajah Syafwa sungguh ketara sekali. Aku tahu dia terkejut dan takut.

Aku tak bermaksud untuk buat dia takut. Dia tak tahu apa perasaan aku bila dia sentuh aku sesuka hati, lepas aku dah bagi tahu yang aku tahu dia perempuan, dia masih sentuh aku.

 Syafwa undur satu langkah ke belakang.

" Syafwa.. " Panggilku pelan.

" Kau siapa nak marah Syafwa? " Fayish menolak bahuku lalu memegang pergelangan tangan Syafwa.

 Jujur aku sangat tak suka dengan tindakan Fayish.

" Syafwa.. Saya minta maaf. " Aku memandang tepat ke mata Syafwa.

" Jom Wa. " Fayish menarik tangan Syafwa. Aku berdiri dari dudukku lalu aku menahan bahu Fayish.

" Dont touch my girl!" Kataku dengan serius.

" She is not your girl and she will never be! She is my fiance! " Jawab Fayish dengan wajah serius. Mataku membuntang dan aku terus kaku.

Dia pun terus menarik tangan Syafwa untuk mengikutinya keluar rumah.

Fi.. Fiance?

~°~

Syafwa POV

Dah tiga hari aku tinggalkan Arash.. Sekarang aku tinggal di rumah Ibu Fayish seperti dulu.

 Masa aku balik haritu, Ibu terus peluk aku. Aku tahu Ibu pelik dengan penampilan aku, tapi ibu tak pernah tanya kenapa aku berpakaian seperti itu.

Sejak tinggal dengan ibu, aku dah tak berpakaian seperti lelaki lagi tapi berpakaian seperti perempuan.

Di sini aku kembali di layan seperti cik muda.

Pakaian seharianku hanyalah dress. Aku telah kembali ke diriku yang dulu. Dan sejujurnya aku tak suka semua ini, itulah sebabnya aku lari dari rumah dan kata yang aku sambung nak belajar.

" Menungkan apa? " Tanya Ibu. Membuatkan lamunanku terus mati. Bila Ibu masuk? Sejak bila Ibu berdiri di hadapanku?

" Tadi Ibu ketuk pintu. Tapi Syafwa tak perasan. " Ibu sepertu tahu apa yang berada di mindaku.

" Kenapa termenung ni sayang.. " Ibu duduk di sisiku. Ketika itu aku sedang duduk di birai katil.

 " Syafwa.. " Aku tak tahu nak jawab apa. Takkan aku nak terus terang?

" Syafwa ada masalah? Ibu perhatikan tiga hari ni Syafwa selalu diam dan termenung.. Bukan macam Syafwa yang ibu kenal. " Ibu memegang tangan kananku. Aku mengeluh kecil lalu memeluk ibu.

" Syafwa risau.. " Luahku jujur. Aku sungguh risau! Aku risaukan Arash! Aku sepatutnya jaga dia.. Siapa yang akan masakkan dia setiap hari? Siapa yang temankan dia? Aku takut dia sakit..

Banyak persoalan yang bermain di mindaku. Aku tak tahu nak buat apa.

Ibu membalas pelukanku.

" Tak apa.. Syafwa rehatlah dulu. Kalau Syafwa dah sedia, ceritalah dengan ibu. " Ibu mengusap rambutku. Aku sekadar mengangguk lemah.

Aku meleraikan pelukanku lalu aku baring. Ibu berdiri dari duduknya lalu mencium dahiku.

" Jangan sedih-sedih.. " Pesan ibu sebelum ibu berlalu pergi.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now