[7] Syafhan

7.1K 348 25
                                    

" Kau biar betul Anna.. Model lelaki? Aku ni perempuan lah! Mana otak kau ni? " Kata Syafwa dengan wajah serius.

" Ish kau ni Syafwa! Kau kan boleh jadi apa aje yang kau nak! " Pujuk Anna dengan yakin.

" Agak-agak lah Anna, macam mana aku nak jadi lelaki? " Syafwa menggeleng sebanyak dua kali.

" Kau lupa ke? Aku ni pakar makeup Syafwa. Setakat make up kau untuk jadi lelaki, Huh! Macam makan kacang! Cepat masuk bilik makeup! Kau tu kacak, kau je tak tahu. Sesiapa yang nampak mesti cair punya. Dah lah suara kau garau sikit. " Anna terus menarik tangan Syafwa untuk masuk ke dalam bilik makeupnya.

~°~

~Syafwa terkejut melihat wajahnya di cermin. Kini wajahnya betul-betul seperti lelaki. Rambutnya yang sedikit geriting disisir ke belakang. Nasib baiklah rambutnya pendek paras bahu.

" Kacak gila! " Jerit Anna.

" Muka aku macam si mekeluk! " Jerit Syafwa risau.

" Oi! Encik John dah call! Show dah nak mula! Cepat-cepat! " Anna terus keluar dari bilik makeup.

" Woi! Tunggulah aku! " Jerit Syafwa

~°~

" Segaknya kau pakai baju ni Syafwa! " Anna memegang lengan Syafwa.

" Kalau lah aku ada boyfriend macam ni. " Anna mula berangan-angan.

" Weh, handphone aku tertinggal dekat kereta lah. Aku nak ambil jap. " Kata Syafwa dengan wajah tenang lalu Syafwa menepis tangan Anna yang kemas memegang lengannya.

" Apa?! No no no. Show dah nak mula ni Syafwa, kau jangan nak buat kerja gila! " Marah Anna.

" Relex lah Anna, kejap je ni. " Syafwa pun terus berlalu pergi.

~°~

Sedari tadi Syafwa mencari handphonenya yang berada di dalam kereta. Akhirnya jumpa, dia pun terus keluar dari perut kereta lalu menutup pintu kereta.

" Kau dah langgar kereta aku, kau fikir kau boleh pergi macam itu je? " Syafwa terdengar suara lelaki dari arah belakang. Syafwa pun terus pergi ke sana dengan langkah yang perlahan.

Kelihatan tiga orang lelaki sedang bercakap dengan seorang lelaki yang berpakaian serbah hitam, kacak pulak tu.

" Nanti saya bayar, saya nak cepat ni. " Kata lelaki kacak itu. Syafwa sekadar memerhati.

"Kami tak peduli! " Tiba-tiba lelaki itu menumbuk lelaki yang kacak itu. Lelaki kacak itu terduduk menahan sakit.

" Woi! " Jerit Syafwa. Dia berjalan ke arah mereka berempat.

" Aku dah call polis, korang ni pencuri kan! " Kata Syafwa dengan wajah serius.

" Po.. Polis boss. " Kata seorang lelaki lagi. Wajahnya kelihatan takut.

" Bodoh! Harini kau selamat. Aku akan pastikan kau berdua mati! " Ugut boss mereka. Mereka bertiga pun terus masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju keluar dari kawasan parking bawah tanah.

" Kau tak apa-apa? " Tanya Syafwa kepada lelaki kacak itu. Syafwa membantu lelaki kacak itu untuk berdiri.

" Ya.. Terima kasih. " Kata lelaki kacak itu dengan pelan.

" Lain kali hati-hati, diorang tu pencuri terkenal dekat kawasan ni. " Jelas Syafwa.

" Siapa nama awak? " Tanya Lelaki kacak itu.

" Syaf..

" Terima kasih sebab dah tolong saya. Saya nak minta nombor handphone awak boleh? saya nak bagi hadiah tanda terima kasih. " Belum sempat Syafwa menghabiskan katanya. Lelaki kacak itu sudah memotong.

' Dia kata hadiah? Hm, rezeki jangan di tolak.' Kata Syafwa dalam hati.

" Nama aku Syafhan. " Jawab Syafwa lalu menulis nombornya di atas kertas memo kecil.

" Ini nombor aku. " Syafwa menyerahkan nombornya kepada lelaki kacak itu.

" Baiklah, saya pergi dulu. Saya ada hal penting. " Kata lelaki kacak itu. Syafwa sekadar mengangguk.

Tiba-tiba handphone Syafwa berbunyi menandakan satu mesej masuk daripada aplikasi whatapp.

ANNA:
Woi Syafwa! Encik John cari kau! Kau kat mana ni?!!

Syafwa tepuk dahi.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now