BAB 58

2K 66 1
                                    

5 tahun kemudian..

"Good morning abang." Sapa Syafwa saat melihat Hafiki Arash mendekatinya. Saat itu dia sedang membasuh tangan di sinki dapur kerana baru selesai menyediahkan sarapan pagi.

"Morning sayang." Hafiki Arash memeluknya dari belakang.

"Kenapa belum siap lagi?" Tanya Syafwa kerana Hafiki Arash masih mengenakan baju tidur.

"Sayang lupa?" Tanya Hafiki Arash.

"Lupa apa abang?" Tanya Syafwa pelik.

"Harini kan abang tak kerja." Kata Hafiki Arash. Syafwa tepuk dahi.

"Haidar dengan Daffie mana?" Tanya Syafwa kerana baru perasan tiada anak kembarnya di kerusi meja makan.

"Mama sini." Kata Daffie sambil menarik hujung baju Syafwa.

"Maaf mama tak perasan." Syafwa tergelak saat melihat Haidar dan Daffie yang ternyata sedang berdiri di sisinya.

"Tak apa mam." Kata Haidar. Pernah sekali Syafwa mencari Haidar di sekeliling rumah padahal Haidar berada di dalam toilet.

"Mama jom breakfast!" Daffie menarik tangan Syafwa ke arah meja makan. Syafwa hanya mengikuti saja.

Walaupun baru berusia 5 tahun, Haidar dan Daffie sangat bijak sekali. Mereka berdua selalu membantu Syafwa di dapur dan mengemas mainan mereka sendiri setelah selesai main.

"Mama semalam kan Haidar mimpi." Kata Haidar secara tiba-tiba.

"Mimpi apa sayang?" Tanya Syafwa.

"Daffie pun ada mimpi juga." Kata Daffie.

"Papa pun ada mimpi." Kata Hafiki Arash tidak mau kalah. Tergelak Syafwa dibuatnya.

"Ok, kita dengar mimpi Haidar dulu." Kata Syafwa.

"Haidar mimpi ada adik perempuan." Kata Haidar.

"Mama nak adik." Kata Daffie secara tiba-tiba.

"Nak adik pula.. Ingat nak dapat adik tu senang ke?" Kata Syafwa.

"Kita beli lah dekat shopee." Kata Daffie. Tergelak Hafiki Arash dan Syafwa dibuatnya.

"Mana ada jual adik dekat shopee." Kata Haidar pula.

"Mama kata kalau kami dengar cakap mama nanti baru mama nak bagi adik, tapi tak ada pun." Kata Daffie dengan muka monyok.

"Betul tu." Sokong Haidar pula.

"Itulah sayang, janji lagi macam tu." Kata Hafiki Arash lalu memasukkan sepotong kecil roti ke dalam mulut.

"Harini kan Acik Ayish nak datang." Syafwa sengaja tukar topic. Wajah Haidar dan Daffie yang tadinya monyok terus bertukar jadi ceria saat mendengar nama pakcik Fayish kesayangan mereka

"Betul ke mama?" Tanya mereka berdua serentak.

"Yaa, kan haritu korang cakap nak jumpa Acik Ayish." Kata Syafwa. Dia tersenyum penuh makna kerana telah berjaya menukar topic.

"Yeyy!!" Sorak mereka berdua serentak. Kelihatan Daffie sudah ingin turun dari kerusi meja makan.

"Nak pergi mana?" Tanya Syafwa.

"Nak tunggu Acik Ayish dekat ruang tamu. Jom Aidar!" Ajak Daffie pada Haidar.

"Jom Affie!" Kata Haidar dengan teruja.

"Habiskan sarapan dulu." Arah Hafiki Arash yang sedari tadi mendiamkan diri.

"Oteyy!" Kata mereka berdua serentak. Syafwa melihat ke arah Hafiki Arash yang masih focus menghabiskan makanannya.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now