[24] Johnson Baby

4.8K 247 17
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 9 malam. Fayish duduk di sofa ruang tamu sambil menonton tv.

" Okey.. Harini kita akan tunjukkan cara-cara untuk ikat rambut.. " Kata Wanita itu dari tv.

Fayish termenung buat seketika.

" Fayish.. Tolong.."

" Aku tak akan ingat kenangan aku dengan si Syafwa tu.. " Fayish memberhentikan imbasannya pada masa lalu. Fikirannya cuba untuk membuatnya ingat tentang Syafwa.

Dia mematikan tv lalu berdiri dari duduknya.

Dia mendaki tangga itu untuk naik ke tingkat atas lalu pergi ke bilik Ibunya.

Tok Tok Tok

Fayish ketuk pintu.

" Ibu dah tidur? " Tanya Fayish.

" Belum, buka je pintu tu. " Jawab Puan Sri Liana.

Fayish terus membuka pintu bilik mamanya. Baru saja dia ingin masuk ke dalam, niatnya terus mati setelah melihat mamanya menyisir rambut.

' What tf.. ' Katanya dalam hati.

" Kenapa? " Tanya Puan Sri Liana.

" Takde ape lah. " Fayish menutup kembali pintu bilik mamanya.

Dia termenung sambil merenung pintu bilik mamanya.

"Fayish.. tolong ikat rambut aku ni.."

" Tak! " Fayish tersedar dari lamunannya. Dia tidak mahu mengingati apa-apa tentang Syafwa lagi.

" Aku takkan ingat semua tu! " Fayish pun terus berlalu pergi lalu menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah.

Dia pergi ke arah dapur kerana tekak terasa haus.

" Not again! " Fayish melihat ke arah kepala mop yang kelihatan seperti rambut. Dia pun terus duduk di kerusi meja makan sambil meletakkan kedua telapak tngan ke wajah.

Saat Fayish dan Syafwa berumur 15 tahun..

Syafwa masuk ke dalam bilik Fayish lalu duduk di atas katil Fayish.

" Fayish.. tolong ikat rambut aku ni.. " Kata Syafwa kepasa Fayish yang sedang sibuk belajar di meja belajar.

" Aku sibuk. Kau fikir aku ni pembantu kau? " Jawab Fayish lalu Fayish menjeling Syafwa.

" Aku bagi tahu rahsia kau pada Ibu. " Ugut Syafwa. Fayish hanya mampu menahan geram.

" Yelah-yelah. " Fayish menutup bukunya lalu duduk di sisi Syafwa.

Syafwa duduk membelakangi Fayish lalu Fayish memegang rambut Syafwa yang panjang itu.

" Ikat apa? " Tanya Fayish sambil menarik-narik rambut Syafwa.

" Sakit lah bodoh! " Syafwa memukul tangan Fayish.

" Ish kau ni! " Fayish mengusap tangannya yang terasa sakit.

" Ikat toncang. " Jawab Syafwa dengan kasar. Kalau ikutkan hati, mahu saja si Fayish memotong semua rambut Syafwa menggunakan gunting yang berada di meja belajarnya.

" Rambut kau hodoh. " Ejek Fayish sambil menocang rambut Syafwa.

" Kau diva. " Lawan Syafwa.

" Rambut kau busuk. " Ejek Fayish lagi.

" Ada aku kesah. " Lawan Syafwa.

" Dah. " Fayish berdiri dari duduknya lalu pergi ke arah meja belajarnya.

" Terima kasih abang Payisss. " Syafwa pun terus keluar dari bilik Fayish dengan wajah gembira macam baru dapat topup 1000 ringgit.

~°~

" Oi. " Syafwa duduk di sebelah Hafiki Arash yang sedang merendam kakinya di dalam kolam ikan yang berada di belakang rumah.

" Sejuk macam ni pun kau rendam kaki? " Tanya Syafwa. Namun dia pun turut ikut merendam kakinya ke kolam ikan yang hanya sampai ke paras lutut sahaja.

" Memang pun sejuk, tapi seronok tengok ikan ni. " Jawab Hafiki Arash sambil melihat ikan yang berenang bebas di sebelah betisnya.

Syafwa juga memerhati ikan itu. Tiba-tiba hidungnya terhidu sesuatu yang pelik.

" Kau dah mandi ke? " Tanya Syafwa lalu melihat tepat ke wajah Hafiki Arash. Hafiki Arash membalas pandangnya.

" Dah, kenapa? Saya busuk ke? " Hafiki Arash menghidu bajunya.

" Bukan.. Aku ada terhidu sesuatu. Kau pakai bedak johnson baby kan? " Syafwa pamer wajah curiga sambil mengecilkan matanya.

" Ya.. Macam mana awak tahu? " Tanya Arash dengan wajah pelik. Syafwa menggaru lehernya yang tidak gatal sambil melihat ke arah kolam ikan.

" Sebab dulu waktu kecil aku guna bedak tu. Jadi bila aku terhidu bau tu lagi, aku kenal dan sedikit rindu. " Jelas Syafwa sambil menggerak-gerakkan kedua kakinya.

" Kau masih guna bedak tu? " Tanya Syafwa lagi.

" Ya. Sebab dari dulu mama biasakan saya guna bedak ni. " Jawab Hafiki Arash.

" Macam budak-budak lah kau ni. " Ejek Syafwa. Ada benarnya juga, sudah berusia 21 tahun tapi masih guna bedak jenama Johnson baby.

Hafiki Arash mendiamkan diri lalu memasukkan tangannya ke dalam baju. Syafwa sekadar memerhati.

Hafiki Arash memandang ke arahnya.

" Kenapa kau ni? " Tanya Syafwa takut.

" Nah. " Hafiki Arash menyentuh lengan Syafwa. Bila Hafiki Arash melarikan tangannya, ada kesan putih di tangan Syafwa.

" Apa ni? " Syafwa kerutkan dahi.

" Bedak dari badan saya. " Jawab Hafiki Arash lalu ketawa terbahak-bahak.

" Tak guna kau Arash! " Syafwa menolak Hafiki Arash. Menyebabkan Hafiki Arash terjatuh ke dalam kolam ikan.

Dia terduduk. Habis basah bajunya sampai ke dada.

" Hahahahah. " Kini Syafwa pula yang tergelak.

" Nasib baik ikan saya tak mati Syafhan. " Hafiki Arash melihat ke arah ikannya yang sempat melarikan diri tadi.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now