[6] Niat Untuk Balas Dendam

7.2K 360 25
                                    

"Kenapa Anis tinggalkan B? B minta maaf sebab selama ni B sibuk, B tak ada masa untuk Anis. B memang tak guna.. B rindukan Anis. " Kata Hafiki Arash sendiri sambil melihat gambar Anis Sofea.

 Air matanya menitik ke atas gambar Anis.

" Arash.. " Kedengaran Suara Puan Sri Helena memanggil Hafiki Arash dari luar bilik.

" Apa?! " Jawab Hafiki Arash dengan kasar.

" Harini kan hari isnin, Arash mesti pergi sekolah.. " Pujuk Puan Sri Helena. Sudah 5 hari Arash tidak pergi ke sekolah.

" Arash tak nak pergi sekolah.. Mama tahu tak? Disebabkan sekolah tu, Arash tak ada masa untuk Anis! " Jerit Hafiki Arash.

" Apa yang Arash cakap ni? Umur Arash baru 16 tahun.. Arash mesti sekolah sayang. Anis dah tak ada Arash, Allah lebih sayangkan Anis." Puan Sri Helena sudah menangis teresak-esak. Dia tidak menyangka Hafiki Arash akan berkata begitu kepada dirinya.

" Mama tak faham Arash! " Hafiki Arash membaling semua bukunya yang berada di atas meja ke lantai.

" Ni semua dah takdir Arash. Anis dah tak ada. " Kini Tan Sri Hamid pula yang bersuara.

" Dah lah! Arash dah tak nak dengar apa-apa dari papa dan mama! Arash tak nak dan tak akan pergi sekolah lagi! " Hafiki Arash tetap berkeras dengan kata-katanya.

~°~

" Oi perempuan! Disebabkan kau, Hafiki Arash dah tak pergi sekolah ni lagi! " Perempuan itu mendekati Syafwa yang sedang memadam tulisan di papan tulis.

" Kau ni dah kenapa? Aku tak faham apa yang kau cakap. " Kata Syafwa dengan suara tenang.

 " Jangan buat-buat bodoh lah Syafwa. Kau dah buat idola kami pergi dari sekolah ni! Sekarang kau puas? Hah?! " Jerit perempuan itu. Syafwa buat muka tak percaya.

" Hafiki Arash? Aku tak kenal lelaki yang sebut tu! " Syafwa cuba untuk mempertahankan diri.

" Lelaki yang duduk sebelah kau tu lah bodoh! Kau fikir hidup kau akan tenang lepas ni?! Jangan harap lah! Perempuan macam kau memang layak di layan macam sampah! Dah lah miskin! " Perempuan itu menolak bahu Syafwa.

"Kau tak akan tenang dekat sekolah ni. " Kata perempuan itu lagi. Dia pun terus berlalu pergi.

Tiba-tiba air mata Syafwa mengalir di pipi, dia terus mengusap air matanya.

" Tak guna! " Syafwa membaling pemadam papan tulis itu jauh-jauh.

" Hafiki Arash.. " Syafwa menggengam penumbuknya.

" Aku akan balas dendam. Aku akan cari kau sampai aku dapat. Hafiki Arash.. " Syafwa menendang kerusi yang berada di hadapan.

Kesian kerusi yang tidak bersalah itu.

~°~

5 tahun kemudian..

Sedang Syafwa mencuci mukanya di sinki. Tiba-tiba handphonenya berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

" Hello. " Jawab Syafwa.

" Nampaknya kau bertuah Syafwa. Encik John perlukan seorang lagi model dan dia nak kau jadi model tu. " Kedengaran suara Anna di hujung Talian. Anna adalah sahabat baik Syafwa.

" Betul ke ni Anna?! Betul ke?? Aku macam tak percayalah! " Jerit Syafwa kerana terlalu gembira.

" Yaa! Tapi.. " Anna tidak menghabiskan kata-katanya.

" Tapi apa?

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now