[27] Aku Suka Kau

4.7K 243 0
                                    

Syafwa POV

" Dia Anis.. " Kata Arash setelah lama membisu. Wajah Arash berubah suram setelah menyebut nama Anis.

Suasana menjadi sunyi
buat seketika.

" Arash. " Aku menepuk bahu Arash. Dia melihat ke arahku.

" Siapa Anis? " Tanyaku. Aku ingin bertanya sendiri pada Arash, siapa Anis?

" Anis.. " Arash memejamkan matanya lalu dia tertunduk.

" Tak apalah.. Kau tidur lah dulu, nanti aku kemas semua ni. " Cadangku. Aku meletakkan kertas A4 yang ku pegang ke dalam kotak yang jatuh. Begitu juga kertas yang jatuh di lantai.

" Syafhan, nanti saya kemas. Cuma sekarang saya tak boleh tidur. " Jawab Arash lalu meletakkan tangannya di bahu kiriku. Aku menegakkan badanku.

" Oh, kalau macam tu kau ikutlah aku pergi dapur. Aku dan Fayish nak masak untuk makan malam. " Cadangku lagi. Arash sekadar mengangguk.

Kami berdua pun terus keluar dari bilik. Arash mengekoriku dari belakang.

Kami menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah. Lalu kami pergi ke dapur.

Kelihatan Fayish sibuk menekan-nekan screen handphonenya. Aku berdiri di belakang Fayish lalu melihat ke arah dada ayam yang masih belum terpotong.

" Oi! Kau ni! " Aku menepuk bahunya.

Fayish terkejut menyebabkan handphonenya terjatuh dari tangan. Dia berpaling ke arahku.

"Kau ni apsal?! " Marahnya lalu mengutip handphonenya yang jatuh di lantai.

" Dari tadi aku suruh kau potong ni. Kenapa kau tak potong. " Kataku dengan wajah serius.

" Kau fikir kerja ni senang ke? " Fayish melihat ke arah screen handphonenya kembali.

Hafiki Arash POV

Aku sekadar memerhati saja mereka berdua bertengkar. Mereka berdua kelihatan rapat. Diorang berdua ni kawan baik ke?

" Aku tengok youtube. Nak tanya kau, kau bukannya tau pun. " Kata Fayish kepada Syafhan.

" Korang gaduh sebab apa ni? " Tanyaku. Mereka berdua melihatku dengan serentak.

" Ehh tak ada lah Arash. Kau duduk lah kat kerusi meja makan dulu sementara kami siapkan makan malam. " Jawab Syafhan. Dia memang sentiasa begini, selalu tak nak susahkan aku dan ambil berat. Cuma aku akan rasa bersalah.

" Aku tak tahu potong dada ayam ni. Dia ni pun tak tahu juga. " Kata Fayish secara tiba-tiba. Tiba-tiba bibirku mengukir senyuman. Benda kecil macam ni pun diorang nak gaduh??

" Saya tahu. " Kataku. Kerana dulu waktu kecil aku selalu tengok Mak Jah pembantu rumah kami masak di dapur.

Tiba-tiba aku teringatkan Mak Jah. Kebelakangan ni aku selalu biadap dengan Mak Jah. Aku pun tak taulah apa yang aku fikirkan.

" Betul ke?! " Tanya Fayish membuatkan lamunanku terhenti.

" Ya.. " Jawabku lalu aku mengambil Apron warna kelabu yang tergantung di tepi almari piring.

Aku memakai apron itu lalu pergi ke arah mereka berdua. Aku berdiri di depan sinki sambil memegang pisau. Syafhan berdiri di sebelah kananku, Fayish pula di sebelah kiriku.

" Betul ke kau tahu ni? " Tanya Syafhan.

" Hm. " Jawabku yakin.

Mereka berdua fokus melihat ke arah tanganku.

~°~

" Assalamualaikum Aunty. " Aleesya menyalam tangan Puan Sri Helena dengan sopan.

" Waalaikumsalam, maaf buat Aleesya tunggu. Tadi Aunty kemas bilik. " Kata Puan Sri Helena lalu duduk di sofa yang berada di hadapan Aleesya.

" Apa? Pembantu rumah tak kemas ke? Nanti Aunty penat macam mana? " Tanya Aleesya dengan wajah risau.

" Aunty yang nak kemas, tak apalah sekali-sekali. " Jawab Puan Sri Helena lalu tersenyum. Aleesya membalas senyuman Puan Sri Helena.

" Kenapa Aleesya datang? " Tanya Puan Sri Helena.

" Sebenarnya.. Aleesya nak minta alamat rumah Arash. Aleesya ada chat Arash cuma Arash tak reply Chat Aleesya. " Jawab Aleesya jujur.

" Ouh. "

" Boleh ke Aunty? " Tanya Aleesya dengan penuh tanda tanya.

" Mestilah boleh cuma.. Dekat rumah Arash semua lelaki. " Jawab Puan Sri Helena.

" Tak apalah Aunty. Aleesya cuma nak jenguk Arash. Bukannya buat apa-apa yang tak senonoh pun. " Kata Aleesya lalu tergelak kecil.

" Hmm yelah. "

~°~

Syafwa POV

Aku duduk di sebelah Fayish yang sedang duduk di bangku panjang yang berada di belakang rumah.

" Fayish. " Panggilku. Dia tidak menjawab panggilanku kerana dia pakai earphone.

" Fayish.. Aku suka kau. " Kataku. Lalu tersenyum manis.

"Aku pun suka kau. " Kata Fayish lalu membuka earphonenya. Dia melihat ke arahku.

" Biasalah, aku kan comel. " Aku buat muka comel.

" Aku suka kau kalau muka kau macam artis. Sekarang muka kau macam lembu terlepas dari kandang. " Fayish tersenyum sinis. Aku terus menjelingnya.

" Kau pergi sini ayah tahu tak? " Tanyaku sambil melihat ke sekeliling kami yang hambar tiada bunga. Tempat ini sepatutnya ada bunga.

" Tak, aku kata aku nak sambung belajar dekat luar negara. " Jawab Fayish.

" Menipu aje kau tahu. " Sindirku.

" Dekat rumah ni takde cermin ke? Cermin lah diri kau tu. " Kata Fayish. Aku benci betul lah dengan si Fayish ni. 

" Aku lain, kau lain. " Kataku.

" Ouh ya, aku lupa. Lembu kan tak pandai bercermin. " Fayish ketawa mengejek. Aku mengetap bibirku.

" Kau tanam bunga dekat sini. Nanti si Arash perasan pula yang kau tu diva. " Aku berdiri dari dudukku sebelum meninggalkannya seorang diri.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now