[17] Semuanya Salah Saya

5.1K 294 7
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 9:30 malam.

Aku duduk di sofa yang berada tidak jauh dari Hafiki Arash yang sedang tidur di katil hospital.

" Bosan. " Kataku sendiri.

Aku berdiri dari dudukku lalu menyelak langsir yang menutupi keseluruhan dinding kaca. Aku melihat ke bawah, kelihatan lebuh raya yang sungguh sesak. Sesekali aku melihat ke arah langit yang diterangi cahaya sang bulan.

Tiba-tiba hatiku terasa tenang. Bulan mengambang pada malam ini membuatkan aku lupa semua masalahku.

" Anis.. "

Lamunanku terus terhenti.

Aku berpaling ke arah Hafiki Arash kerana aku terdengar dia menyebut nama seseorang.

" Anis... " Ternyata Hafiki Arash berkata sambil tidur. Aku kerutkan dahi lalu mendekatinya. Dahinya berpeluh.

" Dah nak mati ke? " Tanyaku sendiri lalu menyentuh dahinya. Panas! Aku pun terus melarikan tanganku.

Tiba-tiba Hafiki Arash mencelikkan matanya. Dia terbatuk sebanyak dua kali.

" Arash.. Kau ok? " Tanyaku inginkan kepastian. Aku tak pernah jaga orang sakit sebelum ni jadi aku tak tahu nak buat apa.

Hafiki Arash sekadar mengangguk lemah. Aku mengeluh kecil.

Aku mencapai segelas air putih yang berada di atas meja tepi katil laluku serahkan padanya.

" Saya tak haus.. " Jawab Hafiki Arash lemah.

" Kau batuk, minum ni. " Aku membantunya duduk untuk minum air putih itu. Setelah selesai aku meletakkan kembali gelas itu ke atas meja.

" Terima kasih, maaf susahkan awak.. " Kata Hafiki Arash.

" Tak apa.. Kau baring lah. " Kataku namun Hafiki Arash tidak juga baring.

Tiba-tiba air mata Hafiki Arash mengalir di pipi. Aku kerutkan dahi.

" Kenapa kau nangis? " Tanyaku, lalu aku duduk di kerusi yang berada di tepi katil.

Hafiki Arash mengesat air matanya.

" Saya mimpikan Anis.. " Jawabnya. Air matanya mengalir lagi.

Siapa Anis? Patutkah aku tanya?

Hafiki Arash meletakkan kedua telapak tangannya di wajah.

" Siapa.. " Belum sempat aku tanya, Hafiki Arash sudah menangis teresak-esak.

" Dah lah.. " Aku menepuk-nepuk belakangnya dengan pelan.

" Semua.. Semuanya salah saya.. " Kata Hafiki Arash dengan tersekat-sekat. Tiba-tiba aku juga terasa sedih melihatnya begini.

Hafiki Arash kelihatan seperti lelaki yang kesunyian, tiada teman.. Tidak rapat dengan keluarga dan selalu berseorangan. Adakah ini yang menyebabkan dia sedih?

" Semuanya bukan salah kau.. " Pujukku. Aku masih lagi menepuk-nepuk belakangnya dengan pelan.

Apalah aku nak buat dengan si Hafiki Arash ni. Patutkah aku teruskan rancangan aku untuk balas dendam atau lupakannya?

Betul lah Hafiki Arash dah berubah..

~°~

Awal pagi lagi Puan Sri Helena dan Tan Sri Hamid sudah datang ke hospital untuk mengetahui keadaan Hafiki Arash.

Puan Sri Helena, Tan Sri Hamid dan Syafwa berbual di luar bilik wad Hafiki Arash.

" Macam mana dengan keadaan anak saya? " Tanya Puan Sri Helena kepada Syafwa.

Syafwa tak tahu nak jawab apa.

" Hmm.. Semalam Arash kata dia mimpikan Anis dan dia menangis. " Jawab Syafwa jujur. Puan Sri Helena terkejut setelah mendengar jawapan Syafwa.

" Anak saya menangis?? " Tanya Puan Sri Helena tidak percaya.

" Ya.. " Jawab Syafwa.

' Aku salah cakap ke? ' Tanya Syafwa dalam hati.

" Tan Sri.. Puan Sri.. " Panggil Nurse yang baru saja keluar dari wad Hafiki Arash. Puan Sri Helena, Tan Sri Hamid dan Syafwa terus memandang ke arah nurse itu dengan serentak.

" Hafiki Arash tak nak makan. Boleh Puan Sri tolong pujukkan? " Pinta nurse itu.

" Baiklah. " Jawab Puan Sri Helena lalu terus masuk ke dalam Wad Hafiki Arash.

Lebih kurang 5 minit berlalu. Puan Sri Helena keluar dari wad Hafiki Arash dengan wajah kecewa.

" Arash tetap tak nak makan abang. " Kata Puan Sri Helena dengan suara sedih.

" Tak apa.. Aku akan pujuk. " Kata Syafwa lalu meninggalkan mereka berdua di luar wad Hafiki Arash.

Syafwa menutup pintu wad itu lalu mendekati Hafiki Arash yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

Puan Sri Helena dan Tan Sri Hamid melihat ke arah Syafwa dan Hafiki Arash dari kaca pintu wad.

" Dapat ke dia pujuk Arash? " Tanya Puan Sri Helena.

" Kita tengok je dulu. " Cadang Tan Sri Hamid.

" Awak pun nak pujuk saya makan? Saya tak nak makan, saya tak ada selera. " Kata Hafiki Arash kepada Syafwa.

Syafwa duduk di kerusi tepi katil.

" Kalau kau tak nak makan, macam mana kau nak sihat? Kan kau kata kau nak pindah rumah. Selagi kau sakit, papa dan mama kau takkan benarkan kau pindah rumah. " Kata Syafwa panjang lebar.

Hafiki Arash mendiamkan diri.

" Kau nak pindah rumah kan? " Tanya Syafwa.

Hafiki Arash mengangguk.

" Jadi? Kau nak makan ke tak? " Tanya Syafwa lagi.

Hafiki Arash mendiamkan diri.

" Makan ke tak? " Syafwa memaksa Hafiki Arash untuk menjawab.

" Ya.. " Jawab Hafiki Arash lemah.

" Bagus. " Syafwa mencapai semangkuk bubur yang berada di atas meja tepi katil lalu diserahkannya kepada Hafiki Arash. Hafiki Arash memegang mangkuk itu.

" Abang! Arash dah nak makan! " Kata Puan Sri Helena dengan wajah tak percaya. Tak sampai satu minit, Syafwa dapat memujuk Hafiki Arash.

" Makanlah, ke kau nak aku suapkan kau? " Tanya Syafwa

" Tak. " Hafiki Arash tergelak kecil.

"Arash ketawa bang! " Puan Sri Helena meletakkan telapak tangan di dada kerana rasa sungguh terharu. Sudah lama dia tidak melihat Hafiki Arash tergelak.

" Abang nampak sayang. " Kata Tan Sri Kamid. Dia tersenyum.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now