BAB 59

1.9K 66 0
                                    

"Dah lama sampai Fayish?" Tanya Hafiki Arash yang baru datang ke ruang tamu.

"Baru je tadi." Kata Fayish sebelum mereka berdua bersalaman.

"Papa.. Janganlah ganggu." Kata Haidar saat melihat Fayish tidak focus kepada mereka berdua yang sedang melukis.

"Mana ada papa ganggu." Kata Hafiki Arash membela diri.

"Acik Ayish tengah lukis dengan kami.." Kata Daffie. Tergelak Fayish di buatnya.

"Jom sambung lukis." Kata Fayish. Dia kembali memegang pencil dan meneruskan lukisannya di kertas A4.

"Papa nak lukis juga." Kata Hafiki Arash lalu duduk di hadapan mereka bertiga. Hanya meja yang memisahkan mereka.

"Papa lukis dengan Daffie nak?" Kata Daffie. Dia berdiri sambil mengangkat kertas A4 nya.

"Nak." Kata Hafiki Arash. Daffie terus mendekati Hafiki Arash lalu duduk di sisinya.

"Waa, Daffie lukis matahari!" Kata Hafiki Arash dengan suara teruja. Daffie tepuk dahi.

"Ini bukan matahari.. Ini bungalah papa." Kata Daffie.

"Oh, bunga.." Hafiki Arash menggaru dahinya yang tidak gatal.

"Haidar lukis kereta pipi. Acik Ayish yang ajar." Kata Haidar pula.

"Bukan kereta pipi." Kata Fayish. Dia sudah tergelak besar.

"Kereta fire!!" Sampuk Daffie dengan penuh semangat.

"Kereta api." Fayish membetulkan ayat mereka berdua.

"Kereta pi.. Pi.." Kata Haidar lagi.

"Ikut Acik Ayish cakap yaa. Aaa.. Pii." Kata Fayish dengan perlahan.

"Aa.. Pii.. Api!" Kata Haidar gembira kerana akhirnya dia berjaya menyebut Api. Tiba-tiba Fayish teringat kenangannya bersama Syafwa waktu mereka masih kecil dahulu. Saat Syafwa tidak dapat menyebut nama Fayish dengan benar.

"Dah siap!" Daffie mengangkat kertasnya tinggi-tinggi. Daffie dengan bangga meletakkan kertasnya di atas lukisan kereta api Haidar.

"Affie menang!" Katanya bangga. Haidar terus berpeluk tubuh. Lukisan bunga matahari Affie di pandang lama oleh Fayish.

"Pandainya Affie lukis." Puji Fayish. Haidar hanya mendiamkan diri dengan muka monyok. Di tau di dah kalah kerana lambat siapkan lukisannya.

"Tapi Affie lupa ke?" Tanya Fayish.

"Lupa apa Acik?" Tanya Daffie.

"Kan tadi Acik Ayish cakap, siapa siap lukis dan warna dulu dia menang." Kata Fayish. Pasti Haidar dan Daffie sudah lupa dengan perkara itu.

"Affie lupa!" Affie ketawa sendiri.

"Haidar cepat warnakan kereta api!" Kata Fayish dengan teruja. Haidar yang tadinya monyok terus kembali bersemangat. Pencik warna kayu itu terus di capainya. Hafiki Arash hanya tergelak. Tidak hairanlah kenapa mereka suka sekali bila Fayish datang kesini.

~°~

"Acik Ayish dah nak balik?" Tanya Haidar dan Daffie serentak.

"Yaa, nak balik dah. Nanti Acik Ayish datang lagi ok?" Fayish mengusap rambut Haidar dan Daffie.

"Ok..." Haidar dan Daffie tertunduk.

"Bye bye Acik Ayish.." Kata mereka berdua serentak saat Fayish membuka pintu utama.

"Bye bye." Fayish melambaikan tangannya.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now