[19] Cerita 5 Tahun Lepas

4.9K 278 9
                                    

Aku mendekati Puan Sri Helena yang sedang duduk seorang diri di kerusi yang tersedia di tepi kolam renang.

" Kenapa Puan Sri tak tidur lagi? " Tanyaku lalu aku duduk di hadapannya, hanya meja yang memisahkan kami.

" Saya fikirkan anak saya. " Jawab Puan Sri Helena jujur. Aku melihat ke arah kolam renang.

Aku mendiamkan diri, begitu juga dengan Puan Sri Helena.

" Kenapa Arash boleh jadi macam tu? " Tanyaku. Sedangkan dulu dia tak macam tu.

" Panjang ceritanya Syafhan. Semuanya cerita 5 tahun lepas. " Jawab Puan Sri Helena lalu mengeluh kecil.

Aku mula mengingati kembali kenanganku 5 tahun lepas. Tiba-tiba aku mula rasa marah.

" Dulu Arash ada kekasih, nama dia Anis. Diorang tu berkawan dari kecil lagi. Dulu Arash tu ceria, dengar cakap dan dia tak pernah lawan cakap saya. Tapi semua berubah selepas Anis meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. " Puan Sri Helena mula menceritakan kisah hidup Arash. Aku sedikit terkejut dengan kisah itu.

" Tapi.. Kenapa Arash boleh jadi macam tu? Kenapa dia tak nak dengar cakap Puan Sri, sedangkan semua ni bukannya salah Puan Sri dan Tan Sri. " Aku melihat ke arah Puan Sri Helena.

" Entahlah.. Mungkin semua ni memang salah kami. Waktu tu Arash baru berumur 16 tahun. Dah 5 tahun berlalu, Arash tetap tak dapat lupakan Anis. Selama 5 tahun ni, Arash tak pernah bergaul dan hanya menghabiskan masa dalam rumah. Arash tak macam lelaki lain yang berusia 21 tahun. " Jelas Puan Sri Helena panjang lebar. Patutlah Arash macam tu. Mungkin dia masih lagi Arash yang berusia 16 tahun.

" Puan Sri janganlah sedih lagi. Aku yakin, suatu hari nanti Arash akan berubah juga. " Aku memberi harapan kepada Puan Sri Helena.

" Arash dah lama tak gelak. Tapi masa dalam wad haritu, saya nampak dia gelak. Terima kasih sebab buat anak saya gelak. " Puan Sri Helena tersenyum. Manis sekali senyumannya.

" Ya. Sama-sama. " Tiba-tiba hatiku terasa tenang. Aku mula merindui mamaku.

Maafkan Syafwa ma..

~°~

Tok tok tok.

Pintu bilikku di ketuk dari luar. Aku terus membuka pintu itu.

" Ada apa? " Tanyaku. Kelihatan seorang wanita yang berumur tersenyum ke arahku.

" Tan Sri panggil makan. " Kata Wanita itu.

" Ouh. Terima kasih. " Aku membalas senyumannya.

" Manis senyuman kamu, macam  perempuan. " Kata wanita itu. Senyumanku terus mati.

Bahaya ni.. Aku mesti jarang senyum..

~°~

Aku mendekati Puan Sri Helena dan Tan Sri Hamid yang sedang duduk di kerusi meja makan.

Tapi Arash tiada di situ. Mana dia? Sakit lagi?

" Tan Sri.. Puan Sri.. Mana Arash? " Tanyaku dengan wajah pelik.

" Arash tak makan dengan kami. Arash selalu makan sendiri. Tak apalah, kita makanlah dulu. " Jawab Puan Sri Helena lalu tersenyum. Tiba-tiba aku terasa sedih. Mesti hati Puan Sri Helena sakit bila aku tanya soalan tadi.

" Aku panggil Arash dulu. " Kataku. Aku pun terus meninggalkan mereka berdua di meja makan. Mungkin kalau Arash ada di sini, hati Puan Sri Helena akan terubat.

~°~

Tok tok tok.

Ikutkan ini, sudah tiga kali aku ketuk bilik Si Arash ni. Takkan masih tidur? Aish.. Pemalas betul.

Tanpa membuang masa lagi, aku pun terus memulas tombol pintu dan masuk ke dalam.

Tak berkunci rupanya. Kalau aku tahu, aku tak ketuk.

Aku melihat ke arah Arash yang sedang duduk di kerusi yang berada di balkoni sambil membaca buku.

" Patutlah tak dengar! Pakai headphone rupanya! " Marahku sendiri. Nanti kau.

Aku mendekati Arash. Sakitnya tangan aku ketuk pintu tadi.

" Oi! " Aku menjentik dahinya sekuat hati.

" Ahh! " Buku yang Arash pegang tadi jatuh ke lantai. Padan muka.

" Sakitnya.. " Arash mengurut-ngurut dahinya sambil memejamkan mata. Aku tergelak.

Arash mencelikkan matanya.

" Syafhan.. Kenapa awak jentik dahi saya? Sakit lah. " Tanyanya sopan. Aku buat muka tak percaya.

Aku membuka headphonenya lalu meletakkannya di leher Arash.

" Mama kau ajak sarapan dekat bawah. " Kataku dengan wajah serius.

" Saya tak nak.. " Arash berpaling ke arah lain.

" Tak nak? Kenapa? " Tanyaku inginkan kepastian. Kalau logik aku akan terima dan tak paksa dia.

" Saya dah terbiasa makan sendiri. " Jawabnya. Dan jawapan itu tidak diterima.

" Kan kau nak buktikan yang kau sihat dan tak gila. Berhenti buat sikap macam ni, jom sarapan dekat bawah. " Pujukku. Dia melihatku lalu menggeleng.

" Kau.. Gi.. La.. " Aku buat muka takut.

" Saya tak gila lah Syafhan. " Arash berdiri dari duduknya.

" Kalau kau tak gila, jom sarapan sama-sama. Cepatlah. " Aku meninggalkannya lalu pergi ke meja belajar.

Aku melihat ke arah Arash. Dia mengutip bukunya yang terjatuh lalu aku melihat ke arah frame gambar yang berada di atas meja.

Ada gambar seorang perempuan yang sedang tersenyum manis. Pasti Anis.

" Syafhan. " Panggil Arash. Aku melihat ke arahnya.

" Jomlah turun. " Katanya. Aku sekadar mengangguk.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now