[32] Arash Demam

4.6K 221 0
                                    

Syafwa POV

Dah lama aku dan Arash menghabiskan masa di taman hanya duduk dan berbual sahaja.

Aku melihat ke arah langit yang kelihatan mendung. Takkan nak hujan? Habislah aku dengan Arash nanti.

" Arash jom kita balik, dah nak hujan ni. " Cadangku.

" Yaa. " Jawab Arash. Lalu aku dan Arash berdiri dari duduk. Anak kucing itu berada di tangan Arash.

Aku dan Arash pun memulakan langkah untuk keluar dari taman.

Sudah lama kami berjalan. Keadaan sungguh sunyi sekali. Angin mula bertiup kencang. Tiba-tiba..

DOOMMM!!

Kedengaran bunyi guntur yang sungguh kuat.

Langkahku terhenti kerana jantungku terasa seperti ingin tercabut. aku sungguh terkejut.

" Awak okey Syafhan? " Tanya Arash. Aku sekadar mengangguk. Padahal hanya tuhan saja yang tahu bertapa takutnya aku pada saat ini.

Tiba-tiba Arash menutup kepalaku menggunakan penutup kepala hoodieku.

" Jomlah. " Arash berdiri di sisiku lalu tangan kanannya memeluk bahu kananku.
Kini kami jalan bersama.

Ya. Kelihatan seperti sahabat karib.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 9 malam.

Tadi sebelum sampai ke rumah, hujan sempat turun dekat lebat sekali. Habis basah baju aku. Sabar aje lah.

" Woi. " Fayish menolak kepalaku dari belakang.

Ketika ini aku sedang duduk di sofa ruang tamu.

" Ish kau ni! Buat aku terkejut aje! " Marahku. Fayish tidak menghiraukan aku. Dia terus duduk di sisiku.

Kami berpandangan. Wajah Fayish yang tak ada perasaan tiba-tiba bertukar. Dia tersenyum.

Mende?

DOOMMM!!

" Maaa!! " Aku memejamkan mataku. Aku menjerit sambil menutup kedua tanganku.

Bunyi guntur tadi betul-betul mengerutkan aku. Nasib baik aku tak ada sakit jantung.

Bila aku buka mata, aku tak dapat lihat apa-apa. Semuanya kelihatan gelap gelita.

" Fayish! Fayish! Kau kat mana?? " Suaraku kedengaram seperti ingin menangis. Tanganku meraba-raba kehadapan.

" Aku kat sini lah. " Jawab Fayish dengan suara tenang. Aku dapat menyentuh wajah Fayish. Hatiku terasa lega.

" Fayish kenapa gelap ni? Elektrik terputus ke? " Tanyaku. Aku meletakkan kedua tanganku di bahu Fayish.

" Taklah, kau dah buta. " Jawab Fayish. Aku hanya mampu menahan marah. Kalau aku marah sekarang mesti Fayish tinggalkan aku, da ni tak boleh percaya sangat.

Tiba-tiba lampu hidup kembali, aku dan Fayish perpandangan.

" Dah hidup. " Tanpa sedar aku tersenyum kerana terlalu gembira. Fayish hanya memandangku dengan wajah tenang.

Kedua tanganku masih berada di atas bahu Fayish. Kami berpandangan agak lama. Senyumanku terus mati.

" Maaf. " Aku melarikan tanganku. Aku tiba-tiba rasa malu.

Entah kenapa situasi ini sangat pelik bagiku. Pandangan Fayish kelihatan berbeza dari sebelum ini. Mungkin aku dah gila?

" Tak apa. " Jawab Fayish. Dia bersila di sofa. Kami berdua berpaling ke arah depan. Suasana sunyi buat seketika.

" Mana Arash? " Tanyaku. Sedari tadi aku tak nampak Arash.

" Dekat bilik dia kot. " Jawab Fayish.

Aku mula risau. Tadi Arash pun basah sebab hujan. Puan Sri Helena pernah cakap yang antibody Arash tu tak kuat. Dia senang sakit.

" Jom pergi bilik Arash, aku tak sedap hatilah. " Cadangku. Aku terus berdiri dari duduk. Fayish juga berdiri dari duduk.

Aku memulakan langkahku. Fayish mengekoriku dari belakang.

Kami berdua menaiki tangga dengan serentak.

Sampai ke tingkat atas. Kami terus pergi ke bilik Arash.

Tanpa ketuk pintu aku terus memulas tombol pintu bilik Arash dan masuk ke dalam.

" Kenapa kau tak ketuk pintu? " Tanya Fayish.

" Bukannya dia buka pun kalau kita ketuk. " Jawabku dengan slumber.

Kelihatan Arash sedang tidur di katilnya. Selimut menyelimuti tubuhnya sehingga ke paras leher.

Aku mendekati Arash. Fayish pula berdiri di hujung katil sambil melihat ke arahku.

Aku menyentuh dahi Arash. Dan ternyata firasat aku betul. Arash demam. Badan dia panas dan bibirnya pucat.

Aku melihat ke arah Fayish. Aku mula rasa bersalah. Kalau aku tak bawa Arash pergi taman tadi, mesti dia tak kene hujan dan demam.

Aku mendekati Fayish.

" Arash demam.. " Kataku pelan.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now