Bonus 3 Part 2 Secret Friend

3.4K 272 151
                                    

*media di atas ialah gambaran Senri😍my cute babyyy. Aip! Jangan curi😂*



"SENRI!!!! "

Senri yang baru sahaja ingin menunggang burung Garuda miliknya dipanggil Eryl. Wajah Eryl yang ceria dipandang kosong. Sedar-sedar sahaja badan dia elok dipeluk abangnya.

"Abang nak apa? " soal Senri sebaik sahaja Eryl melepaskan pelukan. Eryl senyum penuh makna.

"Nak ciuman yang sungguh indah dibibir seksi ini. " kata Eryl seraya memuncungkan bibirnya. Senri mengerdipkan matanya beberapa kali.

"This is stupid and ridiculous. " Terus badan dikalih kebelakang dan bersiap-sedia untuk terbang bersama garudanya. Eryl pula dah tarik baju Senri untuk tunggu.

"Huwarh!! Abang guraulah! Dengarlah dulu! " ujar Eryl gelabah apabila Senri betul-betul nak pergi. Senri mengeluh kasar lalu memandang Eryl sehingga lelaki itu terdiam.

"Kenapa pandang abang macam abang ni sampah? "

"Bukan abang sampah masyarakat? " soal Senri sambil menjongket sebelah kening.

ZUP!

Bapak sakit. Ni mesti ayahanda yang ajar Senri ni. Hurmm.. rasa macam Ayahanda tengah gelakkan dia dengan taduk setan atas kepala aje. Hati Eryl berkecai seribu. Air mata palsu mula turun daripada pipi Eryl. Senri pandang kosong aje.

"Apalah nasib abang dapat adik macam ni. Huii... " Eryl duduk tersimpul ditanah sambil mengelap air matanya.

"Okeylah, jom kita balik istana Nith. "

"Okay, no drama. " hujung baju Senri dicengkam. Senri sengih sinis. Tahu pun. Akhirnya, Senri turun daripada Garuda yang dinamakan Nith.

"Talk.. " arah Senri sambil berpeluk tubuh.

"Okay macam ni. Hari ni abang nak pergi kerajaan Dianthus, jadi boleh tak Senri bagi buku ni dekat cikgu Leon? Yang ni pulak bagi dekat ayahanda. "

Buku dan sekeping surat putih yang dihulur Eryl disambut Senri. Senri mengeluh lalu mengangguk. Buku dan surat itu dimasukkan kedalam beg sandangnya.

"Ada lagi? " soalnya.

"Cakap dekat girl-girl abang, yang minggu ni abang nak cuti. Book date dibuka pada minggu berikutnya. " ujar Eryl dengan sengihan. Senri pandang Eryl dengan muka kosong.

"Tak kuasa aku nak sampaikan yang tu. " Terus Senri menunggang Nith dan terbang ke angkasa. Urat merah jelas timbul diatas kepalanya.

"SENRI!!!! " maka menangislah seorang lelaki bernama Eryl Ryuzaki. Padah sakitkan hati Senri. Sudahnya dia hanya mengeluh aje. Dia bersiul lalu muncul pula seekor Griffin emas. Badan Griffin itu diusap dengan ceria.

"Jom Zeon! Dah lama tak jumpa 'kembar' aku tu hahaha.. "

Griffin yang bernama Zeon sekadar angguk dan berbunyi seperti mengiakan. Eryl melompat naik diatas badan haiwan perliharaanya. Zeon melebarkan sayapnya. Dikibas beberapa kali sebelum kakinya berlari dan terbang keangkasa.

***

Senri masuk kedalam istana. Bilik kerja ayahandanya dicari terlebih dahulu. Apabila tiba di muka pintu, Senri mengetuk sebanyak tiga kali.

"Ayahanda..? "

Senri mengerut dahi. Jarang ayahanda tak menyahut. Tombol pintu dipulas. Tak kunci?

"Ayahanda..? "

Tombol pintu bilik itu dipulas lalu pintu di tolak. Hampir melompong mulut Senri melihat kertas kerja Ayahandanya bersepah dilantai. Tak cukup dengan itu, keadaan perabut bagaikan terkena tsunami!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now