Bonus 1 My Psycho brother

3K 248 62
                                    

Pintu bilik air dibuka oleh seorang wanita dengan perut yang memboyot. Rambut putihnya dilap sehingga kering. Tuala pula elok melilit badanya. Sebaik sahaja pintu bilik air ditutup, satu tangan kekar melilit pinggangnya daripada belakang. Hampir menjerit si wanita mengandung tetapi terbantut apabila suara garau menyapa telinganya.

"Good morning my little snow. " bisik sang suami dengan nada romantis. Si isteri tersenyum malu.

"Abang, i think better you lepaskan i. Nanti tuala ni jatuh. " ujar si wanita.

"Tuala jatuh tak apa, abang jugak yang untung. " terus darah menyerbu kemuka sang isteri. Eii! Gatal lah abang sengal ni!

"Eii! Jangan nak ngada! Dah-dah, Fuyu nak pakai baju. " tolak Fuyu lembut. Luke dah mencebik tetapi dilepaskan juga ibu mengandung itu. Karang tak lepas, merajuk pulak. Maklumlah hormom tak berapa nak betul. Fuyu yang melihat wajah redha Luke tersenyum nakal.

Luke yang baru nak keluar daripada bilik mereka, ditarik kolar bajunya. Membulat mata jingga lelaki itu apabila Fuyu selamba mengucup bibirnya. Apabila ciuman mereka telerai,Fuyu memberi jelingan menggoda.

"Lepas bersalin, abang kena jadi milik Fuyu bila malam hari. " siap package kenyit mata lagi! Terus pintu ditutup rapat. Luke pula masih tercegang. What the..

"Man, isteri kau lagi liar daripada kau. "

Satu suara yang menyampuk tetiba mengejutkan Luke. Lance yang kini mengendong seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun tersengih nakal. Terus merah wajah Luke.

"Bi-bila masa kau dekat situ? "

"Hurm.. cukup lama untuk tengok morning kiss daripada isteri kau. "

Lance berjalan selamba seraya menepuk bahu adiknya.

"Kau kena faham. Ibu mengandung ni ganas dia nanti perh.. "

"Eii! Kau jangan nak ajar aku benda merapu! "

Lance ketawa lalu selamba beredar. Luke mencebik geram dengan perangai selamba abangnya. Tak lama kemudian, Fuyu keluar dengan memakai baju blouse yang agak besar tetapi masih cantik dipakai olehnya.

"Jom pergi date! "

Ujar Fuyu ceria lalu memeluk lengan Luke. Luke pula ketawa dengan perangai Fuyu. Dahi isterinya dicium penuh sayang. Sungguh, dia tak boleh kehilangan gadis ini. Jari-jemari mereka elok bertaut antara satu sama lain.

"Jom. "

***

"Ingat Luke, Fuyu tu tengah mengandung. Kang kau buat kerja gila, langsung kena bersalin express. " pesan Akari yang kini bergelar Ibu dan Isteri kepada abangnya.

"Eii.. Kau ingat aku ni gila sangat ke? " ujar Luke tak puas hati. Akari sekadar angkat bahu.

"Manalah tahu. Kau tu bukan boleh jangka. Dah shuh!" Halau Akari. Fuyu dan Luke sekadar ketawa.

"Yelah. Ni kau jaga anak aku tu. Papehal aku call kau. "

"Okey. "

***

Keindahan pantai yang permai menjadi santapan mata Luke dan Fuyu. Luke elok merangkul pinggang Fuyu. Kepala Fuyu pula elok melentok dibahu Luke.

"Abang. " panggil Fuyu sambil melukis bulatan di dada bidang Luke. Mata dikelip manja.

"Hurmmm..? "

"Abang sayang Fuyu? "

Luke menjongket sebelah kening. Dah kenapa tanya soalan ni?

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now