Chapter 31 Lucia's New Friend

4.1K 324 18
                                    

Pada hari yang sama

Lucia POV

Aku mengikut Cikgu Avia masuk ke dalam sebuah kelas yang pintunya seperti Lif.

"Mari kenal kan diri kamu ya, Lucia? " kata Cikgu Avia yang bertocang dua. Dia memakai kaca mata dan warna rambutnya berwarna jinga.

Aku hanya mengangguk tanda faham. Kemudian kami masuk ke dalam kelas itu. Semua murid terus senyap dan memerhatikan aku.

"Baiklah murid-murid, ini rakan sekelas kamu yang baru jadi buat baik dekat dia ya?Lucia intro yourself. "

Aku mengangguk lalu tersenyum bak bidadari.

"Nampak sangat tak ikhlas"

'Shut up Sidero'

"Nama saya Lucia Ryuzaki. Selamat berkenalan. " Kataku lalu menunduk.

"Baiklah Lucia, kamu duduk di sebelah Arya Rosella . Arya angkat tangan kamu. "

Aku mengangguk lalu berjalan ke arah budak yang mengangkat tangannya. Apabila aku tiba ditempat dudukku, Arya menundukkan mukanya. Pemalu mungkin?

"Alright so let's begin our Math class. Kamu Lucia kalau tak tahu boleh tanya ya? "

Aku mengangguk lagi.

***

Urgh, Finally rehat jugak. Gila betul sekolah ni! Aku memang kena bagi fokus betul, tak boleh main-main! kalau tak faham, memang kena tanya.

Kalau tak memang susah nak hadam. Haaiihh.. Aku pulak risau pasal Abang, dia tu bukan boleh! Sekali peluang dapat tidur, terus tidur!

"Arya! Lucia! " Aku dan dan Aria tersentak apabila Cikgu Atsu memanggil. Laju sahaja kami menghampiri dia.

"Ke-kenapa Cikgu panggil kami? "

Soal Arya agak perlahan tetapi masih boleh di dengari. Shy type huh..?

"Nah, ambil buku ni hantar dekat meja aku. Memandangkan kau budak baru, jadi aku mintak Arya teman kan. Kalau tak ada apa bantahan, korang berdua boleh pergi sekarang."

Katanya lalu berlalu pergi. Cikgu jenis bahasakan diri Kau-Aku ni memang semua tegas eh?

"Mari Lu-Lucia kita hantar buku ni? " ajak Arya lembut dan perlahan.

Aduh dia ni nak malu apa dengan aku. Aku baik per..

"Perasan! "

Aku hanya mengabaikan si Sidero tu. Kalau aku layan demon tua tu, sampai ke sudah tak habis membebel.

"Arya apa kata aku pegang kepala kau? Ok? "

"Huh? Ke-kenapa? "

"Aku lebih rela guna teleportasi lah. Malas nak berjalan. "

"Abang adik sama je dua dua pemalas. "

'Sidero, kalau kau tak nak kena makan penumbuk aku baik diam! '

Sidero hanya ketawa sambil mengangkat bahu lalu membuat halnya sediri. Dasar Demon tua.

Arya hanya mengangguk perlahan. Aku meletakkan tapak tangan kiri ku diatas kepalanya, manakala sebelah tangan memegang buku buku yang di minta cikgu.

"Kau fikir fasal bilik guru tu, nanti kuasa aku dapat tahu lokasinya. Boleh lah kita teleport. "

Lagi sekali Arya mengangguk.

"TELEPORT!! "

Kata ku lalu cahaya pun terbentuk di bawah kaki kami. Kami memejamkan mata sebelum membukanya kembali dan Poff! Dah depan bilik guru!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now