Chapter 54 (part 1) The Best King Ever

3.4K 306 42
                                    

Seorang lelaki berambut hitam tersenyum bersama mata yang tertutup. Sekelilingnya putih sahaja. 6 sayap hitam cantik berada di belakang badannya. Di sisi kepala ada 2 tanduk tajam yang berwarna hitam.

"Abang... "

Panggil seorang wanita berambut putih dan bermata biru. 6 sayap putih juga kelihatan di belakangnya. Lelaki itu menoleh kebelakang lalu didepankan tangannya. Wanita itu tersenyum seraya memeluk suaminya. Kepala didongak sambil dagu di atas dada lelaki itu. Lelaki itu ketawa kecil melihat isterinya yang manja.

"Something wrong Celeste?Sayang manja semacam lah."

"Ish.. nak manja pun tak boleh! "

"Hahahaha... ok ok..please jangan merajuk. Susah abang nak cium nanti. "

Ujar lelaki itu seraya memegang kedua belah pipi isterinya. Dahi wanita yang di gelar Celeste di cium sayang. Celeste tersenyum girang. Pelukan semakin erat.

"Oit Ryuzaki! Jangan nak buat sweet kat dini boleh tak? Benda lain tak settle lagi, kau dah kucup bagai kat sini. Mangkuk punya Raja. "

Sapaan satu suara membuatkan lelaki yang bergelar Ryuzaki berpaling ke kanan. Muka tak puas hati suara itu membuatkan pelukannya pada Celeste terlepas tetapi tangannya masih melingkar di pinggang wanita itu. Celeste tersenyum sipu.

"Kau ada pasangan jugak kan, Aiken? Mana nya? "

"Saya kat belakang Aiken ni Tuanku. "

Balas seorang wanita yang tingginya hanya paras bahu lelaki bernama Aiken. Aiken yang terkejut terus berpaling lalu menghela nafas berat.

"Ingat sapa lah tadi. Haiih... Yuna ni.. "

"Hihi... cowwy~"

Aiken berambut putih dan bermata merah. Badanya sasa dan tegap tetapi tidak terlalu berotot. Penampilanya hampir sama dengan Ryuzaki, cumanya dia hanya mempunyai sepasang sayap Hitam sahaja. Begitu Juga Yuna yang berambut hitam dan bermata biru. Penampilanya sama seperti Celeste tetapi hanya mempunyai sepasang sayap putih.

Muka Aiken mula berubah serius. Padangannya tercacap pada Ryuzaki yang beriak tenang.

"Masa telah tiba. "

"Aku tahu... "

"Jadi? "

"Kita tunggu.. Hakuryu dan Alverta akan bawa mereka kepada kita. Kau panggil Eren kemari. "

"Kau pasti ke mereka orangnya? "

"Aku Raja puak Ryuzaki yang pertama, Of course i know what I'm doing. "

Ujarnya dengan tenang tetapi masih menonjolkan keyakinan yang tinggi. Aiken akur lalu mengibarkan sayapnya begitu juga Yuna.

Apabila kelibat Aiken dan Yuna hilang, Ryuzaki berpaling kehadapan dan berjalan di alam yang serba putih itu. Celeste hanya menurut kemana sahaja dia pergi. Kemudian Alam itu di penuhi rumput hijau yang berbunga serta anak sungai yang mengalir jernih airnya.

"Abang.. "

"Mmmm...? "

"Boleh ke kita selamatkan 'dia'? "

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now