Chapter 66 Hidden Truth

2.7K 251 55
                                    

KRRANGG!!

ZRRRAANGG!!

KTINGGG!!!

"Wow, kau makin kuat lah pulak, haaa..makin banyaklah kuasa aku kena guna. " kata Yurei bersahaja sambil mengelak bilah pedang yang hampir menebas kepalanya! Shiro pula buat muka bosan sebelum menumbuk permukaan tanah! Api kegelapan naik bagaikan gunung!

"Grrr.. huh? Huwarrhh!!! "

Luke yang elok bertarung dengan Demon dalam bentuk musang, terpaksa berubah menjadi manusia apabila api kegelapan hampir membaham dirinya!

"Woi! Tengok sekelilinglah gila!"

"Maaf. Kau hitam sangat sampai aku tak nampak. " sempat Shiro berkata sebelum kembali berlawan dengan Yurei. Luke dah melompong.

"Tak guna punya member. "

"Heh, jangan risau. Nanti kau tak akan nampak dia lagi! "

Luke terkejut dengan sapaan itu terus bertukar menjadi musang dan mengelak duri-duri tanah yang muncul tanpa disangka! Matanya melilau kesekeliling sebelum jatuh pada satu susuk tubuh lelaki yang elok tersenyum sambil mendepakan tanganya. Luke berbunyi garang.

"Gggrrr... "

"Wow, jadi kau lah kan kawan si jahanam tu? Mmm.. menarik! "

"ALGER!!! "

Terus Luke melompat menerkam kearah Alger! Alger sekadar senyum seraya mengeluarkan kapak miliknya!

DUSSHHH!!

KKRUUSHH!!

Cakar dan bilah kapak itu saling berlaga! Kedua dua mereka menyerang dan menyerang tanpa henti! Bulu musang Luke mengembang dan tubuhnya semakin membesar sehingga sama besar dengan tubuh Alger!

"GGGGRRRR!! "

SRRRANNGG!!

Satu cakaran maha kuat menghentam batang tubuh Alger sehingga lelaki itu terpelanting jauh! Luke yang ingin mengejar lelaki itu terbantut apabila tubuh belakangnya tiba-tiba menjadi berat! Matanya membulat apabila melihat Shiro yang tersengih tak bersalah.

"What the.. "

"CEPAT ELAK!! "

Dengan terkejutnya, Luke melompat kesisi! Hampir gugur jantungnya apabila berbilah-bilah pedang daripada Larva kegelapan menyerang! Kaki musangnya laju mengelak setiap serangan!

"Fuuh.. sikit lagi. " keluh Shiro. Luke yang bengang terus melibas salah satu ekornya di muka Shiro!

"Aww! Hey sakitlah! "

"Kau fikir apa hah setan?! Kalau aku mampus tadi macan mana? Cuba kasi amaran ke apa dulu sebelum naik belakang aku! " marah Luke didalam fikiran Shiro. Shiro mencebik sebelum selamba menarik kedua belah telinga musang Luke. Mahu tak melompat kawan tu!

"Woi! "

"Membebel lagi, aku gigit telinga kau! "

"Grrr... "

Dek kerana geram, Luke berhenti mengejut lalu bertukar menjadi manusia! Shiro yang terkejut terus jatuh.

GEDEBUK!

"Arghh! Gila! Cakaplah kau nak berhenti tadi! Sakit my ass tau? "

"Gediklah kau! "

Shiro menjelir lidah. Luke bila-bila masa aje boleh tukar jadi musang balik. Nak makan kawan yang seko nilah!

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now