Chapter 19 First Fight

4.2K 347 40
                                    


Shiro POV

Aku melihat diri aku didalam cermin. Suara semalam masih bermain di fikiran. Siapa pemilik suara tu? Apa yang dia mahukan?
Argh!! Kenapa aku nak kesah? Buat serabut otak jer pikir. Dah lah masalah yang dah sedia ada belum selesai..

Aku mengeluh kemudian keluar dari bilik tidurku. Hari ni adalah hari nya. Hari dimana aku terpaksa berlawan dengan Banduan durjana. Urgh menyusahkan.

"Abang?"

"Ah. Lucia dah siap? "

"Dah. Jom, Cikgu dah tunggu dekat luar."

Ha'ah lah aku lupa cikgu ada cakap dia yang akan ambik kami hari ni. Katanya tempat perlawanan kami di tempat rahsia.

***

"Pagi Orang Tua!! " kata Luke riang.

Ayumi yang berada di sebelahnya menekup muka.
Aku menjeling tajam ke arah Luke.

"Pagi Otak Udang" balas ku pula.

"AH! " Luke buat muka terkejut bersama tapak tangan diletakkan dimulut. Ceh, Drama lebih.

"Pagi abang Shiro! Kak Lulu! " kata Ayumi riang.

Aku dan Lucia mengangguk dan membalas nya. Kemudian cikgu menyuruh kami masuk ke dalam kereta miliknya. Luke duduk di depan manakala aku, Lucia dan Ayumi duduk di belakang.

"Kamu semua dah sedia? "

Kami semua mengangguk.

"Baiklah... "

Kemudian bulatan Magic berwarna kuning terbentuk di depan kereta cikgu.

*kereta milik Leon*

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*kereta milik Leon*

"Mari pergi ke Arena!! "

Viuuww!!!

Cikgu terus memecutkan keretanya masuk ke dalam bulatan magic kuning itu.

***

"Wow"

Itu sahaja yang boleh aku gambarkan. Arena ini terletak di Bandar Eve, Negeri Emerald. Bandar Eve terletak di salah satu pulau terapung. Bandar ini juga digelar 'Kepala Penjara Penjenayah' kerana bandar ini hanya diduduki oleh penjahat dan penjenayah durjana.

Disekeliling pulau ini dikelilingi oleh tembok tembok besar bersama bulatan bulatan magic sihir pertahanan dan kurungan agar penjahat dan penjenayah tidak keluar dari pulau itu.

Dan sekarang kami berada di sebuah Arena.

"Shiro, Luke kamu masuk ke dalam bulatan magic tu. Bersiap sedia. Lucia, Ayumi kamu ikut cikgu. " arah Cikgu lalu membuat dua bulatan Magic.

Aku dan Luke berpandangan sebelum mengangguk. Kami berjalan ke arah bulatan magic itu. Tiba tiba baju lengan aku dan Luke ditarik lembut.

"Abang hati hati okey? "

ELEMENTAL KEGELAPAN [C]Where stories live. Discover now